Permintaan Aneh Dari Chelsea Untuk Mendapatkan Coutinho

Frank Lampard pernah menyatakan hasrat beliau untuk mendapatkan Coutinho ke Chelsea.

Akan tetapi, pemain kebangsaan Brazil itu tidak berminat untuk kembali beraksi semula ke premier league dan bersama pasukan seteru Liverpool.

Coutinho masih menyayangi Liverpool dan sangat menginginkan untuk kembali beraksi bersama the reds.

Jadi alasan beliau untuk menolak beraksi bersama pasukan lain di Premier League adalah kerana tidak mahu mengkhianati Liverpool.

Oleh kerana itu, Coutinho lebih memilih untuk sertai Bayern Munich secara pinjaman dari kembali ke Premier League.

Tetapi sayangnya Coutinho tidak berjaya untuk menambat hati pengurusan Bayern Munich untuk menandatangani beliau secara tetap.

Dengan tidak di duga, bulan lalu Coutinho dilaporkan telah membuat keputusan U turn untuk kembali beraksi dalam saingan premier league.

Coutinho kononnya mengutamakan tawaran dari Liverpool sebelum memikirkan tawaran lain, tetapi Liverpool awal-awal sudah menarik diri dari persaingan untuk mendapatkannya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp sama sekali tidak menunjukkan minat untuk mendapatkan semula Coutinho.

Klopp sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Liverpool tidak mampu untuk membayar nilai yang diletakkan oleh Barcelona untuk Coutinho.

Chelsea telah memanfaatkan kesempatan ini untuk cuba memancing Coutinho menyertai mereka kerana Liverpool tidak menunjukkan minat untuk mendapatkannya.

Menurut laporan dari Express UK, Chelsea sudah menghubungi Barcelona untuk berunding bagi mendapatkan Coutinho secara pinjaman dan mempunyai pilihan untuk membeli.

Kini kedua-dua pasukan sedang mengadakan perbincangan. Barcelona dilaporkan meletakkan tanda harga ยฃ57 juta dan turut meletakkan syarat Chelsea wajib membeli pemain itu secara tetap.

Tetapi apa yang hairan dan ajaibnya, Chelsea yang diketuai oleh Marina Granovskaia meminta agar tanda harga itu dinaikkan kepada ยฃ78 juta.

Adakah ini cara terbaru untuk menganjing?

Selalunya rundingan begini akan berakhir dengan si pembeli akan merayu untuk mendapatkan diskaun. Tetapi Chelsea pula mintak naikkan harga.

Yang menjadikan situasi semakin aneh adalah, selepas Chelsea meminta mereka menaikkan harga, Barcelona pula mintak waktu untuk mempertimbangkan tawaran itu.

Apa masalah kalian sebenarnya? Yang satu dah kasi murah mintak mahal, yang satu lagi dah bagi pulangan lumayan nak fikir lagi. Apa sebenarnya mereka mahu?

Sehingga kini, Barcelona masih tidak setuju untuk menaikkan harga Coutinho dan mereka masih tetap dengan tanda harga yang diberikan.

Tetapi Chelsea mempunyai alasan mereka sendiri untuk mereka meminta agar tanda harga Coutinho dinaikkan.

Chelsea mahu membayar ยฃ78 juta kepada Barcelona secara keseluruhannya dengan syarat klausa wajib beli itu harus di batalkan.

Ini bermakna dalam perjanjian yang di minta oleh Chelsea, mereka akan diberikan pilihan untuk membeli terus atau tidak selepas perjanjian pinjaman tamat.

Chelsea menawarkan untuk membayar ยฃ30 juta terlebih dahulu lalu baki ยฃ48 juta akan dibayar jika mereka mahukan pemain tersebut.

Sebelum ini Barcelona dilaporkan meletakkan tanda harga minimum ยฃ120 juta untuk Coutinho. Selepas tidak menerima tawaran dari mana-mana pasukan mereka menurunkan harga kepada ยฃ85 juta.

Nilai pasaran pemain semakin susut ekoran dari impak penularan virus Covid-19. Oleh kerana itu Barcelona sanggup menerima tawaran serendah ยฃ57 juta saja untuk melepaskan Coutinho.

Pengurus pasukan Chelsea, Frank Lampard yakin Coutinho akan menyerlah bersama Chelsea dan nilai ยฃ78 juta untuk mendapatkan Coutinho berbaloi untuk mereka.

BACA:ย  Wesley Sneijder Dedah Punca Tolak Tawaran Liverpool Pada Tahun 2013