Kevin De Bruyne Mempertimbangkan Untuk Tinggalkan City

Kevin De Bruyne mengakui bahawa beliau akan mempertimbangkan masa depannya bersama Manchester City sekiranya penggantungan kelab selama dua tahun di pentas Eropah itu masih diteruskan.

City telah dihukum penggantungan selama dua tahun dari beraksi di mana-mana pentas Eropah pada Februari lalu kerana melanggar peraturan ‘Financial Fair Play’.

De Bruyne menyertai City pada tahun 2015 dan beliau telah menjadi salah seorang pemain midfield terbaik dunia ketika beraksi dibawah kendalian Pep Guardiola.

Pemain kebangsaan Belgium itu menyatakan bahawa beliau percaya dengan kelab dan yakin mereka boleh lepas dari hukuman penggantungan itu, tetapi beliau turut mahu membincangkan soal masa depannya disana.

“Saya hanya menunggu.”

Kata De Bruyne kepada media Belgium, Het Laatste Nieuws.

“Kelab memberitahu kami bahawa mereka akan appeal dan mereka 100% yakin City dipihak yang benar. Sebab itu saya masih menunggu untuk melihat kesudahannya. Saya percaya pasukan saya.”

“Sekiranya keputusan diterima baru saya akan fikirkan kesemuanya. Dua tahun mungkin terlalu lama, tapi kalau dalam setahun saya boleh pertimbangkan.

Pemain berusia 28 tahun itu terus memuji pasukannya ketika ini dengan menyatakan bahawa Manchester City merupakan pasukan terbaik dunia pada ketika ini.

“Saya beraksi bersama pasukan terbaik dunia, bermain di England menurut saya adalah antara saingan paling hebat dan saya sangat sukakanya.”

Jelas De Bruyne lagi.

“Ia juga adalah cabaran untuk saya menjadi lebih baik, dan saya sangat memerlukan itu.”

Perkembangan karier De Bruyne di Etihad banyak dipengaruhi dan dibantu oleh Pep Guardiola. Dan pengurus City itu juga mempunyai perancangan masa depan untuk De Bruyne.

Kontrak Guardiola bersama City dijangka akan berakhir pada tahun 2021 dan beliau sepertinya belum membuat keputusan untuk kekal atau pergi.

Ekoran dari itu, De Bruyne menjelaskan bahawa apa saja keputusan dari Pep tidak akan sama sekali mengubah keputusannya sendiri.

“Pep pernah cakap dia akan habiskan kontraknya disini walau apa pon berlaku tetapi selepas kontraknya tamat saya pon tidak pasti.”

“Tetapi saya tak mahu membuat keputusan bergantung kepada apa yang Pep lakukan.”

“Sudah tentu saya pernah bekerja dengan ramai lagi pengurus sebelum ini, jika bukan bersama Pep saya akan terus bekerja bersama pengurus lain.”

“Tetapi buat sementara waktu ini, saya sama sekali tidak memikirkan hal itu. Saya rasa banyak lagi hal lebih penting harus saya utamakan.”

Walau City musim ini tidak sehebat musim lalu dengan berada 25 mata di belakang sang penakluk dunia, Liverpool, musim ini adalah yang terbaik untuk Kevin De Bruyne.

Beliau menjaringkan lapan gol dan mencatatkan 17 assist dalam saingan premier league sepanjang musim ini.

BACA:  Gabriel Jesus Terpaksa Berehat Lama Akibat Kecederaan, De Bruyne Masih Samar