Kisah Farah Ann Gimnas Kebanggaan Negara

Farah Ann binti Abdul Hadi atau lebih dikenali sebagai Farah Ann merupakan ratu gimnastik yang telah mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia.

Ratu gimnas negara ini sungguh terkenal dek kerana kecantikan dan kejelitaannya disamping kehebatannya dalam sukan gimnastik.

Pelbagai kejayaan yang beliau pernah kecapi seterusnya telah mengharumkan nama negara dalam kancah dunia gimnastik ini.

Selain memiliki rupa paras yang menawan aksi lincahnya di gelanggang gimnastik sentiasa mendapat perhatian ramai.

Farah Ann adalah seorang gadis kacukan melayu dan Kanada. Beliau sudah mula menyertai dunia gimnastik ini sejak usia seawal tiga tahun lagi.

Ya tiga tahun, baru belajar nak berlari Farah Ann dah mula menceburi dunia gimnastik ini.

Permulaan Karier

Farah Ann mula masuk kedalam dunia gimnastik seawal usia tiga tahun dan telah mula bersaing dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma).

Penampilan pertama secara professional atlet tercantik Malaysia ini adalah pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.

Antara pencapaian terbaik beliau dalam temasya itu adalah. Mencatatkan 12.050 mata (senaman lantai), 10.500 (batang titian) dan 10.250 (palang tidak sejajar) dan keputusannya Malaysia menduduki tempat keempat dalam acara berpasukan.

Farah Ann turut memperoleh pingat gangsa dalam acara latihan lantai dan acara berpasukan di Artistic Celtic Cup Commonwealth Invitational di Perth Scotland, tahun 2014.

Pada tahun yang sama, Farah Ann menamatkan saingan di tempat ke-11 daripada 24 gimnas pada pusingan separuh akhir putaran individu wanita di Sukan komanwel di Glasgow, Scotland.

Detik suram Farah Ann

Farah Ann mengalami kecederaan lutut yang agak panjang kerana terjatuh ketika beliau berusia 11 tahun. Beliau kembali beraksi semula selepas menghabiskan masa rehat selama hampir satu tahun.

Pada tahun 2010, sebelum bermulanya temasya sukan Malaysia (Sukma), gimnas cantik manis ini sekali lagi mengalami kecederaan.

Baru saja pulih dari kecederaan yang dialami, Gimnas cantik ini sekali lagi ditimpa kecederaan pada bahagian bahunya kerana terjatuh ketika aksi kejohanan dunia 2011.

Pada tahun 2013, kerana kecederaan lama yang dihidapi, Farah Ann terpaksa bercuti panjang.

Kerana kecederaan demi kecederaan yang dialami, Farah Ann hampir menyerah dan tidak mahu meneruskan kariernya dalam sukan Gimnastik.

Namun, berkat semangat juang dan kecekalan yang dimiliki, gimnas cantik negara kembali bangkit dan beraksi semula pada tahun 2014.

Kejayaan Farah Ann

Seperti sedia maklum, sepanjang karier Farah Ann sebagai atlet gimnastik negara, beliau telah berkali-kali mengharumkan nama negara atas kejayaannya.

Antara yang terbaik pernah dicapai oleh gimnas cantik manis ini adalah memenangi pingat perak di kejohanan gimnastik Piala Dunia tahun 2016 di Slovenia.

Farah Ann turut pernah memenangi dua pingat emas dan tiga pingat gangsa di acara Sukan Sea di Singapore pada tahun 2015.

Gimnas cantik negara ini turut pernah memenangi pingat perak di temasya Sukan Sea di Indonesia dan juga berjaya memenangi dua pingat emas di temasya yang sama di Kuala Lumpur.

Farah Ann turut menjadi penyumbang pingat emas untuk temasya Sukan Sea di Filipina.

Farah Ann juga telah menerima darjah kebesaran iaitu Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin idris shah pada Disember 2016.

Selepas terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik 2016 Rio, Farah Ann telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo secara merit dan menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-59 daripada 180 gimnas.

Farah Ann akan beraksi dalam acara individual all-around di Olimpik 2020 selepas melepasi kelayakan di kejohanan 2019 World Artistic Gymnastics Championships di Stuttgart, Jerman.

View this post on Instagram

Tokyo 2020 🇲🇾

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Farah Ann menjadi gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik. Au Li Yen layak pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan Ng Shu Wai Sukan Olimpik 2004 di Athens yang kini menjadi jurulatih Farah Ann.

Gimnas Malaysia yang pernah layak ke Olimpik :

1. Au Li Yen – Sukan Olimpik 2000 Sydney Australia
2. Ng Shu Wai – Sukan Olimpik 2004 Athens Greece
3. Farah Ann – Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

Sukan SEA 2011 Indonesia

1. Acara Palang Tidak Sejajar – Perak

Sukan SEA 2015 Singapura

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai Emas
3. Acara Palang Tidak Sejajar – Gangsa
4. Acara Batang Titian – Gangsa
5. Melombol – Gangsa

Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai – Emas

Sukan SEA 2019 Filipina

1. Individu Keseluruhan – Emas
2. Palang Tidak Sejajar – Emas
3. Senaman Lantai – Emas

Keperibadian Farah Ann

Selain memiliki kecantikan dan kelincahan dalam sukan gimnas ini. Farah Ann juga seorang yang ceria dan wanita yang tabah.

Walau dikecam pelbagai pihak tentang penglibatannya dalam acara ini Farah tetap cekal meneruskan perjuangan beliau.

Farah seorang yang minat membaca, antara bahan bacaan yang beliau gemari adalah bahan bacaan bergenre fiksyen dan fantasy. The Sukan bukanlah satu bahan bacaan Farah Ann.

View this post on Instagram

🌸 #farahann

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Selain mempunya hobi membaca beliau juga suka mengisi masa lapang dengan menonton wayang.

Jika sudah tidak aktif lagi dalam arena gimnas beliau bercita-cita mahu meneruskan kerjayanya sebagai seorang jurulatih gimnas atau mahu menjadi seorang pengacara televisyen.

Beliau juga menjadikan Dato Nicol Ann David dan Pandelela Rinong sebagai idolanya.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 masih dalam perbincangan sama ada mahu ditangguhkan, dibatalkan atau diteruskan.

Kemungkinan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan ditangguhkan pada tahun 2021. Keputusan muktamad akan diumumkan oleh menteri belia dan sukan Jepun.

Semoga Farah Ann terus cantik dan terus mengharumkan nama negara di persada dunia.

BACA:  Kelayakan Piala Asia B-23: Thailand 0-0 Malaysia