Kisah Haaland Dari Budak Kurus Jadi Gergasi Eropah

Dalam tempoh dua musim ini nama Erling Braut Haaland menjadi sensasi dengan kemampuannya menggegar jaring di Eropah dan menjadi buruan serta idaman kelab besar, akhirnya Haaland menjadi milik Borussia Dortmund.

Dengan susuk tubuh yang sasa lagi bergaya diadun dengan kepantaran tidak boleh dibawa bincang serta kawalan bola yang kemas ditambah dengan ketajaman penyudah Haaland menjadi prospek bola sepak tumpuan dunia.

Sejak Erling Braut Haaland mengegarkan bola sepak Eropah dengan ketajamannya di hadapan gol pada dua musim ini, satu persatu kisah kejayaan pemain ini dikongsi oleh pelbagai pihak walaupun perjalanan kariernya masih panjang.

Selain ayah dan bekas jurulatih, turut tidak ketinggalan adalah rakan sepasukan Haaland di Molde.

Pendedahan terbaru adalah mengenai perubahan fizikal Erling Haaland daripada seorang budak kurus yang dianggap sekadar akan bermain di Norway, sehingga menjadi pemain bersaiz gergasi yang menjadi bintang eropah.

Bekas rakan sepasukan di Molde, Ruben Gabrielsen mendedahkan pada satu ketika Haaland mengalami kecederaan yang menyebabkan pemain itu terpaksa disisihkan agak lama.

Penyerang itu kemudiannya kembali ke Molde menjadi pemain yang amat berlainan secara fizikal.

Haaland menjadi lebih kuat dan lasak serta memiliki fizikal yang lebih tegap dan besar.

Gabrielsen turut berkongsi bagaimana perubahan tersebut mengubah kemampuan pemain itu ketika latihan dan dalam perlawanan.

“Pertama kali tiba di kelab [Molde], beliau [Haaland] adalah pemain yang berbadan kecil dan kurus…secara jujurnya beliau bukannya bagus sangat,” kata pemain pertahanan itu.

“Pada ketika itu saya berfikir…’ya, di Norway bolehlah dia bermain.’

“Kemudian Haaland terpaksa disisihkan agak lama akibat kecederaan. Ia menyebabkan kami tidak berjumpa dengan dia dlam tempoh agak lama.

“Dan apabila beliau kembali, saiz badannya amat besar. Beliau ibarat ‘haiwan’ yang berlainan!

“Ketika latihan beliau mulai menunjukkan belangnya menewaskan semua orang… kami hanya mampu ketawa dan saya berfikir, ‘Siapa sebenarnya dia ini?’ Dan sejak daripada itu peningkatan beliau amat ketara dan pantas sekali ke hadapan.

Gabrielsen juga mendedahkan bagaimana Haaland kekal prolifik ketika perlawanan walaupun selepas melalui sesi latihan yang kurang baik selama seminggu.

“Bersama Halaand, apabila kami bersama-sama bermain di Norway, beliau pernah gagal menjaringkan gol sepanjang minggu dalam latihan sehingga sebelum perlawanan.

“Kami semua hanya akan ketawakan dia!

“Dan tiba-tiba beliau berada diletakkan dalam kesebelasan utama dan saya berfikir, ‘Ini tak boleh jadi… bagaimana kami mahu bermain dengan pemain ini!?’

“Dan selepas 20 minit perlawanan beliau telah menjaringkan empat gol. Dan selepas itu segala-galanya hanya peningkatan buat Haaland.

“Tetapi saya berpendapat semua itu kerana beliau belajar sesuatu yang penting ketika keadaan sukar, iaitu untuk bekerja lebih keras. Dan sebagai pemain muda, mereka harus ada keinginan sebegitu.”

Haaland berhijrah ke RB Salzburg daripada Molde sebelum melengkapkan perpindahan ke Borussia Dortmund pada Januari 2020 selepas kuat dikaitkan dengan Manchester United

Borussia Dortmund tidak dapat dinafikan lagi sebagai sebuah kelab yang mampu mencungkil potensi bakat muda sehingga ke peringkat tertinggi dan sangat cocok untuk Haaland meneruskan peningkatan prestasi.

Haaland merupakan pemain paling pantas dan paling termuda mencatatkan rekod 20 gol dalam sejarah kewujudan Champions League. Haaland menjaringkan 20 gol hanya dalam 14 perlawanan sahaja.

Pemain kebangsaan Norway itu menjaringkan gol yang ke-20 pada 9 Mac 2021 di usia 20 tahun 231 hari , 8 gol dijaringkan bersama RB Salzburg dan 12 gol dijaringkan bersama Borussia Dortmund.

Sebelum ini rekod pemain paling pantas menjaringkan 20 gol Champions League dipegang oleh Harry Kane yang melakukannya dalam 24 perlawanan.

Pemain paling pantas menjaringkan 20 gol di Champions League:

1. Erling Haaland (09/03/21) – 14 Perlawanan

2. Harry Kane (26/11/19) – 24 Perlawanan

3. Alessandro Del Piero (15/04/98) – 26 Perlawanan

4. Ruud van Nistelrooy (24/09/02) – 27 Perlawanan

5. Filippo Inzaghi (24/09/02) – 28 Perlawanan

6. Mario Gomez (13/03/12) – 32 Perlawanan

7. Rivaldo (10/10/01) – 33 Perlawanan

8. Jardel (12/09/00) – 33 Perlawanan

9. Karim Benzema (27/09/11) – 34 Perlawanan

10. Marco Simone (07/11/00) – 35 Perlawanan

Pemain termuda Menjaringkan 20 gol di Champions League:

1. Erling Haaland: 20 tahun 231 hari

2. Kylian Mbappé: 21 tahun 355 hari

3. Lionel Messi: 22 tahun 266 hari

4. Raúl González: 22 tahun 297 hari

5. Alessandro Del Piero: 23 tahun 157 hari

6. Karim Benzema: 23 tahun 282 hari

7. Wayne Rooney: 24 tahun 157 hari

8. Thomas Müller: 24 tahun 159 hari

9. Andriy Shevchenko: 24 tahun 165 hari

10. Cristiano Ronaldo: 24 tahun 306 hari

BACA:  Gary Neville Dedah Akibat Diterima Selepas Memaki Alex Ferguson