Kisah Ole Penyelamat Man Utd Dari Sindrom Musim Ketiga Mourinho Yang Akhirnya Terciduk

Ole ni bila dia jadi interim, ramai yang mempersenda dia sebab rekod dengan Cardiff. Lepas tu konnonya dia menguruskan liga pertanian Norway boleh la kan.

Masa tu United sangat down kalau korang ingat. Dengan Mourinho tiba tiba menjadi gila menyerang beberapa pemain dia sendiri. Kemudian Pogba pula buat hal dengan ejen dia.

Mourinho lepas tu menyindir pemain pemain dia nak cakap mereka ni tak bagus dan perlu pemain baru untuk dibeli.

Raiola mencelah lagi nak bawa Pogba keluar.

Mourinho sampaikan satu ketika memberikan pemain dia makan pisang ketika sedang beraksi. Ingatkan dia beri tu ikhlas.

Rupanya drama dia nak cakap pemain pemain dia yang ada overused dan tak boleh buat sub atau rotation sebab tak ramai pemain yang nak bermain.

Kemudian De Gea pula buat hal tetiba tanya, mesin faks dah ok ke? Boleh tak dia pergi Madrid?

Paling gila masa Mourinho menurunkan pemain pemain yang sama dalam beberapa minggu walaupun team mereka struggle.

Mourinho pada perlawanan terakhir dia sebelum kena pancung cakap, korang suka ke tak suka dengan Fellaini, Young, itu adalah pemain yang masih mahu bermain dengan pasukan pada masa tu.

Dia menyindir bahawa ramai pemain dah tak ada hati nak bermain untuk United. Kemudian dia tuduh team sekarang dan ada virus. Ya, orang tu Pogba.

Lalu Raiola pun bengang dan nak bawak Pogba ke Juventus. De Gea menunggu giliran agar mesin faks tu diperbaiki.

Kehadiran Ole Mengubah Segalanya

Dia datang, pemain pemain yang diseksa secara mentaliti oleh Mourionho ni kembali bersemangat. De Gea mulai komited dengan kelab.

Martial dan Rashford mulai meberikan bayangan mereka akan kekal. Walaupun sebelum tu kontrak mereka menuju ke pengakhiran.

Sesi latihan pertama Solskjaer adalah fitness. Dia tak melatih pun pemain dia shooting atau passing. Dia siap mintak kelab bawa team ni pergi dubai masa rehat pertengahan liga.

Di sana pemain pemain ni sampai termuntah dikerjakan latihan kecergasan Ole.

Ramai pemain mulai cedera. Ole cakap apa? Tak apa mereka cedera sebab tak biasa dengan intensiti latihan macam tu. Atau mereka sudah tak lama berlatih dengan baik dalam keadaan intensif.

Sebab Mourinho memang dah pinggirkan ramai pemain. Dan ada pemain pemain pun terpecah kem mereka di United. Masa tu United sarat dengan ego.

Koresponden MEN malah menyatakan bahawa United terpecah kepada 2 team.

Team Pogba dan team bukan Pogba.

Kembali Menjadi Man Utd Sebenar

Ole datang semua kembali menjadi United sebenar. United sekarang bermain menyerang. Mereka tak lagi bacul macam sebelum ni.

Pedihnya menjadi fans United bila kau berjaya ikat Liverpool dengan taktikal parking bas pun ada media pro United tulis Mourinho masterclass.

Ada seorang fans United masa tu tular tweet dia. ‘What masterclass?’

Dia memberitahu, istilah pasukan kecil sahaja yang meraikan seri’ adalah quote yang sinonim dengan Alex Ferguson.

Di bawah Ole, United bangkit. Mereka bahkan mencipta magis ketika berdepan PSG dalam aksi UCL. Semua itu kerana Ole.

Para pemain mengekspresikan diri mereka.

Cabaran Pengurus Sepenuh Masa

Namun interim dan full time dua benda berbeza. Ole sangat bagus sebagai interim.

Sebab apa?

Sebab dia cuma fokus hal latihan dan bonding dengan pemain. Dia tak sentuh hal kontrak atau nego deal dengan pemain.

Namun apabila selepas peristiwa Rio Ferdinand tepuk meja tu, Ole permanent. semuanya serba mencabar.

Dia handle semua tu. Sebab tu korang akan perasan, ada manager interim sangat bagus dan bila permanent mereka akan struggle.

Untuk handle benda benda macam ni Ole sangat sukar kerana dia manager baru. Dia handle Man United kot. Kontrak pemain dia rumit dan kelab sangat besar.

Lain la kelab kecil lain. Kau tak perlu fikir rumit sebab pemain pemain dia tak diva dan tak perlu fikir hal event dengan peminat kat Timor Leste untuk pra musim sekalipun.

Pep berjaya kat Barca dulu sebab dia ada sokongan daripada Cruyff. Ole di United tak ada. Bila dia gagal, Ed Woodward nak tolong macamana? Dia sendiri tak tertolong.

Ole Mulakan Proses Pembersihan Dengan Formula Baru

Ole berdepan dengan beberapa kedivaan yang ada pada era Mourinho secara langsung. Lukaku tiba tiba nak bla. Raiola mulai mempersoalkan kenapa gaji Pogba tak dirombak supaya lebih tinggi dari Sanchez.

Ole setelkan semua tu. Dia singkirkan pemain bergaji paling tinggi dari kelab iaitu Sanchez. Dia tahu pemain ni masih boleh pakai. Tapi isu utama dia, Sanchez perosak struktur gaji.

Kalau Sanchez cemerlang ya amat di Inter masa tu pun, Ole tak akan mahukan dia balik. Kerana banyak kebaikan daripada keburukan masa Sanchez keluar.

Keburukan mungkin hanya kerana United bayar separuh gaji Sanchez yang boleh membayar seorang lagi star. United bayar gaji pemain yang bermain untuk kelab lain.

Ashley Young yang dianggap untouchable, pun Ole lepaskan. Kemudian Fellaini dan beberapa yang lain. Deadwood dalam United dah dibersihkan.

Lepas semua ini berlaku la, De Gea, Rashford, Martial semua sedia sign kontrak dengan deal yang lebih rendah daripada mereka mintak sebelum ni.

Martial masa tu on form la. Tapi lepas dia sign kontrak tu terus jadi apa entah.

Kes Lukaku kerana Ole menyatakan dia nak build up team dengan Rashford sebagai penyerang utama mereka. Ole jelas sekali dengan apa dia nak buat masa tu.

Walaupun seringkali di Ole Out. Tapi second half musim lalu benar benar mengubah pendirian ramai tentang Ole. United menuai kemenangan demi kemenangan.

Pemain Bintang Tidak Cocok Dengan Formula

Dan ketika Man United mendapatkan pemain seperti Sancho, Varane, Telles dan VdB – lebih awal. Ramai menyatakan musim ini mereka sedia mencabar.

Maguire dan Shaw perform teruk. Bruno Fernandes ada atas padang seolah olah tidak kenal erti kalah atau mengalah. Mentaliti United bangkit pada second half tu wujud.

Ole kemudian membuat benda ni terbalik dan seperti kembali kepada asal. Kenapa? Dia mulai menandatangani pemain yang profiling mereka tak sesuai dengan taktikal dia.

Kemudian pemain macam Maguire dan Shaw merudum. Wan Bissaka pun tak menyerlah. Lepas tu Lindelof tetap Lindelof. Kau kata dia teruk tak, kau nak cakap dia power pun tak.

Ole kemudian stick dengan team yang struggle terlalu lama walaupun dia ada ramai pemain berkualiti.

Impak kecederaan tu semua team rasa. Namun Ole tidak menunjukkan pemain pemain seperti Martial, Rashford, McTominay ada peningkatan.

Coach yang baik mereka mampu membangunkan pemain. Mungkin Ole fokus bangunkan Fernandes je la kot.

DNA Yang Semakin Tidak Jelas

United sekarang tidak ada isu kontrak pemain. Tapi Ole sendiri yang buat hal. Dalam 3 tahun ni dia tak membina DNA taktikal yang jelas.

Memang kemenangan itu penting. Namun jika kamu menang dengan taktikal yang jelas macam Pep. Ia akan menjamin kesinambungan dalam pengurusan taktikal.

Tak ada la kes, pemain cedera, kau terpaksa tukar taktik sebab ikut pemain simpanan yang akan bermain. Ataupun pemain tak jelas apa taktikal kamu?

Lepas tu, dia pergi sign Ronaldo. Daripada team yang dianggap team Bruno Fernandes, sekarang United perlu menjadi team Ronaldo pula.

Ole menukar core taktikal dia agar sesuai dengan Ronaldo.

Namun dia tak jumpa pun cara menggunakannya. United tak ada crosser yang bagus. Ramai pemain wing attacker yang nak buat gol.

Jadi dalam banyak situasi Ronaldo yang power ni tak diutilized sebaiknya. Kalau ada pemain yang cantik hantar bola kat dia, dia selamber je skor.

Semalam dia tanduk bola Sancho dan setting kepada VDB. Sebelum ni beberapa kali dia selamatkan United dari kalah.

Sebab tu Winger macam Greenwood, jadi teragak agak nak cross ke nak shoot.

Bruno sekarang ibarat menumpang dalam sistem permainan. Dia masih bagus, masih bagi assist dan gol tapi tak macam sebelum ni.

Ole sepatutnya memperbaiki apa yang rosak. Bukannya pergi menukar benda yang dah elok. Dia harus mencari pemain DM yang solid, seorang CB yang bagus.

Varane tu masuk akal lah. Tapi dia trust Maguire tu macam makan diri musim ni sebab Maguire tu buat hal tak macam musim lepas.

Varane pula injury prone. Patut Man United sign seorang lagi kalau mereka cakna dengan rekod kecederaan Varane. Sebab tu Real lepaskan Varane dan Ramos macam tu je.

Dia tak tahu cara pakai Ronaldo. Ronaldo tak akan pernah menjadi masalah kalau sistem berfungsi dengan dia. Sebab dia masih mampu skor.

Kemudian sekarang ni Raiola dan menyindir nak Pogba gaji setaraf atau lebih tinggi dari Ronaldo. Ronaldo ni dapat GBP480k seminggu.

Tapi tak boleh buat apa. Bak kata Berbatov, United ni team yang terlalu suka bersentimental. Daripada pencarian pengurus, sehingga ke sporting director, kalau boleh semua nak bekas pemain dia.

Jadi, tahun yang sepatutnya menjadi tahu execution buat Ole, telah menjadi tahun membina semula pasukan. Ia memang akan mengambil masa lagi.

Bila ada Ronaldo dalam pasukan, Neville kata, tekanan dia akan berbeza. Sebab Ronaldo proven winner.

Ok tu je, tak ada penutup, sebab panjang sangat.

**Artike ini dirembat dengan kencang dari Axello Riise.

BACA:  Lihat Reaksi Ole Melihat Jaringan Cantik Dari Ighalo