Menang tetapi tetap pulang awal itulah yang menimpa pemain Croatia, Nikola Kalinic yang dihantar pulang oleh Zlatko Dalic dan terpaksa melihat perlawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Croatia dan Perancis di ruang tamu rumah sendiri.
Nicola Kalinic yang merupakan salah seorang pemain skuad Croatia yang mara ke final menerima akibat terpaksa pulang awal tetapi kerana keengganannya masuk sebagai pemain gantian.
Bekas penyerang Blackburn itu menolak untuk masuk ketika perlawanan Croatia menewaskan Nigeria diperingkat kumpulan pasti akan menjadi penyesalan terbesar dalam hidup.
Inilah erti penyesalan yang sebenar. Kalinic telah digugurkan dari pasukan kebangsaan Croatia pada hari kelima kejohanan yang panjang buat Croatia yang mara ke final.
ATTENTION:
I want you to meet Nikola Kalinic. He came to the World Cup as part of Croatia's squad. He's a talented striker. He reportedly refused to come in as a sub in the group stage win over Nigeria.
He was then sent home as a result.
Don't be like Nikola Kalinic. pic.twitter.com/cr8lT4yRRy
— Roger Gonzalez (@RGonzalezCBS) July 11, 2018
Pemain yang kini berusia 34 tahun itu nyata memendam rasa kerana terpaksa sekadar memanaskan bangku simpanan dalam semua perlawanan termasuk ketika menentang Nigeria.
Pengurus Croatia, Zlatko Dalic telah meminta Kalinic untuk masuk pada minit ke-85 tetapi dengan angkuhnya beliau menolak tanpa sebarang alasan ketika itu.
Kalinic kemudiannya dilaporkan oleh Sata24 membuat aduan bahawa beliau mengalami masalah belakang badan. Namun aduan Kalinic kepada media tidak dapat diterima akal oleh barisan kejurulatihan Croatia.
Big call by Croatia to send Nikola Kalinic home from the World Cup after he refused to come on as a sub in first game. He'll miss a WC final now. No matter how much talent you have, it not worth risking a toxic dynamic in a dressing room.
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) July 12, 2018
Kerana kengganan Kalinic masuk maka pemain bekas Juventus, Marko Pjaca masuk sebagai pemain gantian dan Croatia menang selesa dua gol tanpa balas pada perlawanan pembukaan kumpulan.
Croatia hanya mempunyai seorang saja pemain nombor 9 original bukan copy ori 1:1 iaitu Mario Mandzukic tetapi mereka berjaya menghasilkan keputusan yang menakjubkan. Pemain posisi lain juga mampu menjaringkan gol.
Kalinic pada ketika itu masih beraksi bersama Fiorentina tetapi menghabiskan musimnya sebagai pemain pinjaman di AC Milan telah dikatakan bakal meninggalkan Italy namun dengan perangai sebegini mungkin akan memberi kesan kepada penghihrahannya. Perangai macam setan sape nak.
No matter how bad you feel this morning, at least you're not Croatia’s Kalinic. He refused to come on as a late sub against Nigeria, claiming to be 'injured', he was sent home from the World Cup. and now has to watch his country play in a World Cup final from his home.
— Mootaz Chehade (@MHChehade) July 12, 2018
Ketua jurulatih Zlatko Dalic kemudiannya mengesahkan dia telah memecat Nikola Kalinic daripada skuad Piala Dunia 2018 Croatia.
“Semasa pertemuan vs Nigeria, Kalinic sedang memanaskan badan dan sepatutnya masuk pada separuh masa kedua. Bagaimanapun, dia kemudian menyatakan bahawa dia tidak bersedia untuk tampil kerana masalah belakang.”
“Perkara yang sama berlaku semasa perlawanan persahabatan Brazil di England, dan juga sebelum sesi latihan pada Ahad.
“Saya dengan tenang menerimanya, dan memandangkan saya memerlukan pemain saya cergas dan bersedia untuk bermain, saya telah membuat keputusan ini.”
Nikola Kalinic sent home from World Cup 2018 as #CRO boss Zlatko Dalic confirms full reasoning behind decisionhttps://t.co/9axhYkZFSj #WorldCup pic.twitter.com/qKOMr42G6o
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 18, 2018
Sungguh memilukan kerana terlepas Piala Dunia kerana masalah sikap dan boleh dilabel sebagai bangang. Kalinic juga bakal hilang medal Piala Dunia kerana isu ini.
Sejarah telah tercipta, Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka. Sebelum ini kejayaan terbaik mereka adalah ke peringkat separuh akhir sahaja pada 1998.
Selepas tamat kejohanan, Kalinić telah dianugerahkan pingat perak kerana menjadi sebahagian daripada pasukan Croatia, tetapi enggan menerimanya.
Perangai buruk Nikola Kalinic telah menamatkan karier antarabangsanya bersama pasukan Kebangsaan Croatia dan itu bukanlah kali pertama Kalinic membuat perangai.
🗓 18th June:
❌ Nikola Kalinic sent home by Croatia for refusing to come on as a substitute in their first match
🗓 15th July:
🇭🇷 Croatia set to take on France in the 2018 #WorldCup Final pic.twitter.com/8MwIzws1sg
— ODDSbible (@ODDSbible) July 15, 2018
Sebelum itu Kalinic juga enggan bermain atas sebab yang sama semasa perlawanan persahabatan menentang Brazil dan juga semasa sesi latihan hari sebelumnya.
Nikola Kalinic selepas Piala Dunia memilukan itu telah menamatkan tempoh pinjamannya ke AC Milan dan menyertai Atletico Madrid dengan kontrak selama tiga tahun.
AS Roma telah meminjam Kalinic dengan klausa pilihan untuk membeli secara tetap namun Roma tidak mengaktifkan klausa tersebut dan Kalinic kembali ke Atletico.
Pada tahun 2022, Kalinic menyertai Hellas Verona dan kini kembali ke kelab pertama dalam karier profesionalnya, Hajduk pada tahun 2022.