Pemain Maghribi, Achraf Hakimi merupakan pemain yang mengesahkan kemaraan Singa Atlas itu ke suku akhir Piala Dunia 2022 menewaskan Sepanyol dengan satu sepakan Panenka yang penuh berisiko.
Gambar Achraf Hakimi dikucup oleh ibunya selepas mengejutkan dunia bola sepak dengan kemenangan 2-0 ke atas Belgium, menjadi perkongsian warganet di media sosial.
Achraf Hakimi segera berlari ke arah tepi padang selepas tamat perlawanan untuk bertemu dengan ibunya yang setia mengibarkan bendera negaranya sepanjang 90 minit perlawanan.
Ibunya yang jelas kelihatan sudah tua dimamah usia pantas mencium pipi anaknya, dan Hakimi membalasnya dengan satu kucupan di dahi ibunya.
Achraf Hakimi celebrating with his mother after defeating Spain in the Round of 16 is everything ❤️🇲🇦 pic.twitter.com/XPiBNtHpNc
— ESPN FC (@ESPNFC) December 6, 2022
Seperti sudah menjadi rutin, Hakimi kemudian menanggalkan jersi dipakainya dan dihadiahkan kepada ibunya. Foto menyentuh hati itu kemudian menjadi viral.
Sudah pasti gambar ini akan dianggap sebagai salah satu foto ikonik Piala Dunia yang akan dikenang zaman berzaman kerana mempunyai kisah yang tersendiri.
Gambar Zinedine Zidane yang berjalan keluar melewati trofi Piala Dunia 2006 di perlawanan akhir antara contoh foto ikonik Piala Dunia yang mempunyai kisahnya tersendiri, Materazzi – kad merah – bersara.
Pengorbanan seorang ibu
Di sebalik sekeping foto itu, sebenarnya ada kisah yang lebih menyentuh perasaan. Ibu Hakimi, Saida Mou suatu ketika dahulu pernah bekerja sebagai pembantu rumah membersihkan rumah orang-orang berada di Sepanyol demi memastikan anak-anaknya mampu memiliki kehidupan yang senang di kemudian hari.
Suaminya pula seorang penjual jalanan. Bola sepak akan mengubah kehidupan mereka. Hakimi sendiri akan berkahwin dengan seorang pelakon muda berbakat Sepanyol, Hiba Abouk.
It's more than just football for Achraf Hakimi ❤️🇲🇦 pic.twitter.com/h9YoGKH0L3
— ESPN FC (@ESPNFC) December 6, 2022
Pasangan tersebut melakukan penampilan di majalah Vogue hanya beberapa bulan lalu. Tetapi segalanya bermula di jalanan sekitar Madrid.
“Ibu saya pergi dari rumah ke rumah untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan, dan ayah saya berniaga di jalanan. Kami datang dari keluarga sederhana yang sentiasa bergelut untuk mendapatkan wang perbelanjaan untuk meneruskan kehidupan,” kata Achraf Hakimi dalam satu temubual bersama Bundesliga sebelum ini.
أحبك أمي ❤️ pic.twitter.com/2BLQ2jVbii
— Achraf Hakimi (@AchrafHakimi) November 27, 2022
“Hari ini saya berjuang demi mereka. Mereka telah mengorbankan segalanya untuk saya. Mereka sanggup mengabaikan pelbagai perkara yang sepatutnya diberikan kepada abang yang lain demi melihat saya untuk berjaya.
Asal usul dan salasilah kedua-dua ibu bapanya membenarkan Hakimi yang lahir di Sepanyol untuk mewakili Maghribi.
Di Madrid segalanya bermula
Pada suatu hari ketika berusia 7 tahun, Hakimi yang sememangnya sudah mulai membuktikan diri pada peringkat usianya di kelab yang disertainya menerima sepucu surat di kediamannya.
Ayahnya amat terkejut kerana surat itu datangnya daripada Real Madrid. Hakimi sendiri tidak mempercayainya.
“We don’t expect from a man the same things that we expect from a woman… it’s like that in the whole world, and in our Arab world too.” Get to know @AchrafHakimi and @HibaAbouk like never before with our #October2022 #CoverStory.https://t.co/LOTXtf20fT
— Vogue Arabia (@VogueArabia) October 3, 2022
“Saya ingat ia adalah penipuan dan ada pihak yang sengaja mereka cerita. Sehinggalah ayah saya menarik kaki saya.”
Tidak lama selepas itu beliau ditawarkan kontrak; kehidupan mulai bertambah baik untuk Hakimi, dan kedua-dua ibu bapanya terus bekerja keras demi memastikan segala keperluan Hakimi menjadi pemain bola sepak profesional menjadi realiti suatu hari nanti.
Digantung FIFA
Dan apabila beliau begitu hampir untuk beraksi buat kali pertama untuk Los Blancos, FIFA menggantung Hakimi pada 2016.
Ini kerana Hakimi disiasat sebagai pemain bawah umur dan dianggap bukan warga Sepanyol walaupun lahir di Madrid dan keseluruhan kehidupannya selama itu hanya bermain bersama skuad simpanan dan remaja Real Madrid.
🎙| Achraf Hakimi: "Real Madrid is the club that gave me a chance and I learned everything from it when I was young. I owe everything to Real Madrid, it is my home and I will always love it." pic.twitter.com/VOpAbP39MY
— Madrid Xtra (@MadridXtra) May 18, 2022
Selepas sekian lama, kes beliau digugurkan. Seorang pencari bakat, Rabie Takassa kemudian mendedahkan kepada Bleacher Report: “Saya berpendapat FIFA hanya melakukan semakan kerana namanya aneh dan mempunyai asal usul imigran, tetapi lupa di mana beliau dilahirkan.
“Itulah yang berlaku kepada beliau – mereka melihat seorang anak muda dengan nama asal Maghribi dan beliau kemudian dihukum walaupun ia tidak sepatutnya sedemikian.”
Perjalanan karier Hakimi
Selepas dilepaskan FIFA, Hakimi mendapat mentor yang hebat di dalam skuad utama Real Madrid, iaitu bek kiri dari Brazil, Marcelo. Pada 2017, Hakimi mulai melakukan penampilan bersama skuad senior Los Blancos.
Hakimi kemudian dipinjamkan kepada Borussia Dortmund di mana beliau begitu menyerlah, membantu kelab tumpangannya itu menjuara Piala Super Jerman selain gelaran individu Pemain Muda Terbaik Afrika selama dua tahun berturut-turut.
Dan selepas menyertai Inter Milan, Hakimi mengubah haluan ke Paris untuk membentuk gandingan bersama Lionel Messi.
“Membentuk hubungan teknikal bersama dia [Messi] adalah mudah! Saya berikan bola, saya berlari dan dia akan menghantar kembali bola ke tempat yang sepatutnya.
“Saya agak terkejut dengan cara Messi berinteraksi. Dia sebenarnya sangat mudah orangnya, pendiam…. apa lagi saya boleh katakan? Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan untuk saya [beraksi bergandingan dengan Messi].
PSG have announced the signing of Achraf Hakimi.
The 22-year-old has already played for:
✅ Real Madrid
✅ Inter Milan
✅ Borussia Dortmund
✅ PSG pic.twitter.com/Azyq7GL1p6— ESPN FC (@ESPNFC) July 6, 2021
“Saya telah beraksi bersama ramai pemain hebat dan satu-satunya yang sering saya rindui adalah Messi! Saya bangga kerana turut dibangunkan bersama seorang pemain yang begitu berbakat.
“Untuk terus maju ke depan, saya akan mengkaji bagaimana beliau menjalani latihan, bagaimana beliau bermain.”
Tidak akan lupa pengorbanan orang tua
Walaupun sudah berada di tahap ini, Hakimi tidak akan sesekali mahu melupakan jasa kedua-dua orang tuanya. Di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia, Hakimi turut melakukan perkara serupa memberi kucupan kepada ibunya selepas setiap perlawanan.
“Bukannya saya amat memerlukan, tetapi kedua-dua orang tua saya sentiasa memberikan apa yang mereka mampu untuk saya dan adik beradik yang lain,” tambah beliau lagi.
Ketika bercakap kepada Marca dalam satu temubual berasingan, Hakimi turut pernah memdedahkan bagaimana ibu bapanya berkorban bahasa baharu demi memastikan mereka mampu membesarkan anak-anak.
Hakimi turut menjelaskan sebab mengapa memilih menyarung jersi Maghribi ketika ditemubual oleh Vogue.
“Di Paris anda bermain untuk pasukan yang mewakili bandar itu, tetapi ia tidak sama apabila anda bermain untuk pasukan negara anda.
“Berjuta-juta penduduk akan memberikan sokongan kerana anda beraksi untuk mereka. Ia seperti anda bermain untuk datuk dan juga moyang anda. Anda bermain untuk ramai orang. Sangat ramai rakyat Maghribi.”
**Artikel ini adalah dirembat dari GrandstandKita.net selepas mendapat kebenaraN.