Penjaga gol adalah benteng pertahanan terakhir untuk sesebuah pasukan. Tugas mereka adalah untuk mengawal gawang agar tidak dibolosi. Mereka akan lakukan apa saja demi memastikan bola tidak menyentuh jaring gawangnya.
Tetapi apa yang akan berlaku apabila penjaga gol menambah tugas mereka selain dari menjaga gawang agar tidak dibolosi mereka juga mampu membolosi gawang pasukan lawan.
Seolah bermain di dua posisi didalam padang,sebagai penjaga gol dan juga seorang penyerang.
Rekod dicipta untuk dipecahkan, ungkapan itu sudah biasa kita dengarkan. Namun bukan semua rekod mudah untuk dipecahkan.
Bahkan untuk mencipta sesuatu rekod itu juga sangat sukar.
Rekod Jaringan Luar Biasa
Pernah tak korang semua dengar kisah Ceni seorang penjaga gol yang telah menjaringkan 132 gol sepanjang kariernya?
Ceni adalah penjaga gol kelahiran Brazil yang turut beraksi bersama pasukan kesayangannya Sao Paulo.
Beliau adalah seorang penjaga gol yang sangat cemerlang,beliau juga pernah mewakili Negaranya di dua edisi Piala Dunia.
Selama 25 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, Ceni telah berjaya menjaringkan 132 gol. 60 gol mengatasi penjaga gol kedua paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah,Jose Luis Chilavert.
Bayangkan sahaja seorang penjaga gol mampu menjaringkan gol sebanyak itu dalam karier bola sepaknya.
Sedangkan Ryan Giggs yang bermain sebagai seorang penyerang pun hanya mampu menjaringkan 111 gol sahaja dalam tempoh masa yang sama dengan Ceni.
Kisah Ceni, Penjaga Gol Lagenda
Selepas bersara beliau telah menjadi seorang pengurus untuk pasukan Sao Paulo. Rekodnya sebagai seorang penjaga gol yang menjaringkan gol terbanyak masih kekal sehingga kini.
Mungkin akan dipecahkan satu hari nanti tetapi ianya sudah pasti sangat sukar untuk dilakukan oleh mana-mana penjaga gol.
Ketika beliau masih didalam kandungan, Ibunya telah dinasihati oleh doktor bahawa ada risiko yang sangat tinggi untuk dirinya sendiri dan bayi didalam kandungannya.
Doktor mensarankan agar kandungan itu digugurkan untuk langkah keselamatan. Namun atas sokongan suaminya beliau memutuskan untuk tidak mengikut nasihat Doktor.
Dan beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang menjadi kebanggaan buat beliau dan suaminya. Bayi itu diberi nama Rogerio Ceni yang telah selamat dilahirkan pada 22 Januari 1973 di Parana Selatan, Brazil.
Beliau menamatkan kerjayanya dengan 1238 penampilan untuk kelab dan berjaya menjaringkan 132 gol yang luar biasa, 61 jaringan melalui tendangan bebas, 70 penalti dan satu jaringan yang terhasil dari permainan terbuka.
Rekod ini menjadikannya penjaga gol yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah, serta pemain Brazil yang paling banyak muncul untuk satu pasukan sahaja.
Beliau juga telah berjaya memenangi 20 gelaran utama, termasuk tiga Liga Brazil, dua Copa Libertadores dan Piala Dunia Kelab FIFA 2005.
Perjalanan Karier Ceni
Ketika masih kecil, keluarganya berpindah ke bandar Sinop di Mato Grosso,di rantau tengah-barat Brazil. Eurides adalah Bapa kepada Ceni yang sangat berjasa dalam mempengaruhi beliau untuk terus bermain bola sepak.
Bapanya sendiri adalah seorang penjaga gol dan kerana itu lah beliau sering mangasuh anaknya agar menjadi seorang penjaga gol yang baik.
Rogério mula bermain bola sepak bersama pasukan remaja Sinop FC. Pada mulanya beliau bertukar-tukar untuk bermain di dua posisi iaitu penjaga gol dan juga pemain pertahanan.
Tetapi dek kerana pengaruh dari Bapanya itu serta bakatnya yang terserlah kearah penjaga gol maka beliau membuat keputusan untuk memberi tumpuan penuh kepada satu posisi sahaja iaitu penjaga gol.
Pada tahun 1989, yang mana pada ketika itu Rogério baru berusia 16 tahun, pengurus Sinop telah bertemu bapanya untuk mendapat keizinan membawa anaknya menjadi penjaga gol ketiga untuk pasukan Senior mereka.
Rogeria dipanggil untuk menjadi penjaga gol ketiga pasukan Seniur untuk pertandingan piala Liga kejuaraan.
Namun permintaan mereka telah ditolak oleh bapanya. Eurides berkata dalam satu temu bual untuk dokumentari mengenai kehidupan anaknya pada tahun 2013.
“Dia sudah bekerja di Bank of Brazil, dan kejohanan ini berlangsung selama empat bulan
“Mereka mahu dia meninggalkan bank untuk menjadi penjaga gol ketiga dan saya tidak bersetuju dengannya. Apa yang akan dia lakukan selepas itu? Empat bulan, maka apa yang akan dia lakukan”
Retorik ini menunjukkan kewujudan yang tidak menentu dari segi peratusan pemain bola sepak profesional di Brazil, dengan ramai yang bermain di peringkat bawah dan tertakluk kepada kehidupan kontrak bola sepak jangka pendek. Serta mendapat upah yang rendah dan tempoh pengangguran yang lama.
Pada tahun berikutnya, Bank tempat Rogerio bekerja melakukan rombakan pekerja dan beliau telah di buang.
Hal itu sampai ke telinga pengurus pasukan Sinop. Lalu pihak Sinop menghubungi semula bapa Rogerio dan dengan senang hati bapanya telah menerima tawaran dari Sinop itu.
Beliau menghabiskan musim pertamanya ketika itu sebagai seorang penjaga gol pilihan ketiga. Beliau tidak langsung dapat beraksi dalam mana-mana perlawanan.
Walau bagaimanapun, penjaga gol utama pasukan, Marilia telah mengalami kecederaan lutut yang serius. Hal ini menyebabkan Rogerio telah menjadi penjaga gol pilihan kedua dan duduk dibangku simpanan.
Pada perlawanan seterusnya penjaga gol kedua Sinop telah diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan. kerana penjaga gol utama cedera.
Pada babak kedua dalam perlawanan itu beliau telah dikeluarkan kerana beliau naik membantu bahagian serangan dan beliau telah menahan bola menggunakan tangan di kawasan lawan.
Rogério telah dimasukkan untuk bermain, beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.
Kerana aksinya yang cemerlang sudah cukup untuk meyakinkan pengurus bahawa mereka tidak perlu tergesa-gesa menandatangani penjaga gol lain dengan mendadak selepas kehilangan dua penjaga gol utama mereka.
Rogerio telah memulakan aksi pertamanya sebagai penjaga gol pertama dalam satu perlawanan penting. Mereka berusaha keras dan menewaskan Mato Grosso buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.
Di dalam perlawanan itu Rogerio Ceni telah berjaya menyelamatkan sepakan penalti dalam detik-detik terakhir untuk mengekalkan kedudukan 1-0.
Rogério mengekalkan tempatnya untuk baki perlawanan kempen. Bagaimanapun,langit tidak selalu cerah Rogerio sekali lagi hilang pekerjaannya.
Beliau terpaksa menganggur sementara menunggu musim baru yang akan bermula semula selepas 8 bulan.
Untuk mencuba mendapatkan nasib yang lebih baik selepas mengharungi musim itu, Bapanya kemudian mengatur perbicaraan bersama Sao Paulo untuk memberi ruang kepada anaknya agar dapat beraksi bersama pasukan itu.
Melalui kenalan lama Bapanya mereka berjaya meyakinkan Jurulatih Sao Paulo agar menandatangani anaknya.
Ceni telah dipilih untuk bermain bersama skuad bawah 20 tahun pasukan. Untuk empat tahun yang pertama beliau di Sao Paulo, beliau dilatih dengan pasukan belia dan beliau telah tinggal bersama pemain yang lain di Stadium Morumbi.
Mereka tinggal di dalam Stadium Morumbi,yang mana mereka menganggap itu adalah gelanggang utama mereka.
Ketika beliau tinggal di stadium, Ceni berkata:
“Saya sangat gembira. Saya akan bangun pukul lima pagi untuk persiapan ke padang latihan bersama kakitangan pembersihan dan katering”
“Kami akan tiba pada jam enam dan saya akan duduk di sofa menunggu latihan pada jam 8.30. Saya biasa memulakan latihan pada jam lapan kerana Telê Santana [pengurus São Paulo] selalu memberitahu saya untuk memulakan setengah jam lebih awal daripada yang lain. “
Santana adalah jurulatih pasukan Brazil pada tahun 1982. Beliau adalah pengaruh besar terhadap Ceni dan memperkuat etika kerjanya selain Ibu Bapa Ceni sendiri.
Telê santana juga merupakan jurulatih yang memfokuskan kepada pembangunan belia. Beliau jugalah yang akan memilih pemain muda yang akan diserap ke pasukan utama.
Pasukan São Paulo adalah pasukan yang memberi latihan terbaik dan latihannya diyakini adalah merupakan salah satu yang terbaik di Amerika Selatan pada masa itu.
Rogério menyaksikan pemain Seniur pasukannya memenangi gelaran liga Brazil pada tahun 1991 dan Copa Libertadores pada tahun 1992.
Pada tahun itu pasukan bawah 20 tahun sekadar mendapat tempat kedua di Copa São Paulo de Futebol Júnior.
Namun pada ketika itu Ceni masih lagi menjadi pilihan kedua kerana di hadapannya adalah Alexandre seorang pemain yang lebih seniur dan beraksi dengan baik juga.
Beberapa bulan selepas kejohanan belia itu, Alexandre adalah pilihan kedua untuk pasukan Utama dan mengancam untuk menjadikan dirinya sebagai pemain nombor satu pada ketika itu.
Namun tragedi telah menimpa Alexandre yang mana beliau telah terbunuh dalam kemalangan kereta ketika berusia 20 tahun.
Ceni sendiri mengakui bahawa Alexandre adalah pemain unggul dan jika kemalangan itu tidak berlaku kerjayanya mungkin tidak seberjaya seperti sekarang. Beliau mungkin akan masih berada di belakang Alexandre.
Selepas kemalangan itu, beliau dipanggil menjadi penjaga pilihan ketiga São Paulo dan dipilih untuk bermain dengan pasukan skuad utama.
Dan pada ketika itu mereka telah memenangi Piala Intercontinental melawan Barcelona pada Disember 1992, Libertadores sekali lagi pada 1993 dan sekali lagi berjaya mendapatkan Piala Intercontinental buat kali kedua berturut-turut mengalahkan AC Milan 3-2 pada akhir tahun 1993.
Dalam beberapa tahun selepas itu, ramai pemain meninggalkan pasukan dan hasilnya bertambah buruk.
São Paulo telah menamatkan Série A pada tahun ’94, ’95 dan ’96 sebagai pasukan pertengahan Liga sahaja. Namun, Ceni mula membuat beberapa penampilan dalam Kejuaraan Liga serta beberapa Piala pertandingan. Dan ia mula memberi tekanan pada Zetti untuk tempat sebagai penjaga gol utama di dalam pasukan.
Pada tahun 1997 tekanan yang diberikan kepada Zetti membuahkan hasil. Rogério telah dipilih menjadi penjaga gol utama pasukan.
Buat pertama kalinya beliau menjadi penjaga gol utama untuk pasukan seniur Sao Paulo. Beliau telah bermain 70 perlawanan pada tahun ini.
Walaupun telah mengharungi satu lagi musim yang sukar untuk pasukan, tetapi beliau telah menunjukkan aksi yang cukup baik.
Aksi yang telah ditunjukkan cukup untuk mengesahkan bahawa beliau layak bergelar penjaga gol utama untuk Sao Paulo pada ketika itu.
Setelah bakatnya dalam sepakan bebas ditemui beliau sering menjadi pengambil sepakan percuma untuk pasukan dan juga pengambil penalti utama untuk pasukan.
Dari situ lah beliau banyak menjaringkan gol untuk pasukannya. Semoga akan muncul seorang lagi pemain berbakat seperti Ceni Rogerio di masa hadapan.