Tujuh Kesilapan Penjaga Gol Paling Teruk Dalam Premier League 2019/20

Saingan Liga Perdana Inggeris dijangka akan kembali dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi setelah digantung hampir 3 bulan kerana penularan wabak Covid-19.

Pasukan Liverpool kini sedang mendahului Liga dengan 25 mata mengatasi pencabar terdekat mereka, Manchester City.

Musim ini mempamerkan begitu banyak aksi mantap yang dipersembahkan oleh para pemain.

Penyerang seperti Adama Traore mencuri tumpuan dengan aksi menarik yang dipamerkan musim ini.

Begitu juga dengan kemantapan yang dipertunjukkan oleh pertahanan kiri dan kanan Liverpool, Andrew Robertson dan Trent Alexander Arnold.

Dibahagian tengah pula, Bruno Fernandes yang baru saja sertai United telah mempamerkan aksi luar biasa hebat.

Musim 2019/20 ternyata bukan musim yang baik untuk penjaga gol di Premier League. Banyak keeper error yang berlaku dalam saingan musim ini.

Alisson dan Dean Henderson antara penjaga gol yang mempamerkan aksi mantap musim ini.

Tetapi penjaga gol lain selain dari mempamerkan aksi mantap mereka turut melakukan kesilapan yang boleh dikatakan dungu hingga menyebabkan gawang mereka dibolosi.

Berikut tujuh kesilapan penjaga gol paling teruk sepanjang musim 2019/20 yang menyebabkan gawang mereka dibolosi.

Dean Henderson vs Liverpool (28/09/19)

Henderson mempamerkan aksi memukau ketika menentang Liverpool dalam perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga musim ini.

Namun kesilapan yang beliau lakukan telah menyebahkan pasukan Sheffield tewas dengan jaringan 1-0.

Bola percubaan Wijnaldum meleleh masuk ke celahan kangkang beliau lalu menerjah jaring gawang pasukan Sheffield.

Aksi mantap yang dipamerkan sepanjang perlawanan tercalar dek kerana satu kesilapan yang membawa kekalahan buat pasukannya.

Martin Dubravka VS Leicester (29/09/19)

Kekalahan 5-0 kepada Leister bukanlah semuanya berlaku kerana kesilapan dari Dubravka, Newcastle terpaksa bermain 10 orang pada minit ke-43 kerana Isaac Hayden telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Dennis Praet.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keputusan dan aksi yang dipamerkan oleh beliau sememangnya boleh dipersoalkan dalam perlawanan ini.

Gol kedua jaringan dari Jamie Vardy terlalu mudah dilepaskan oleh Dubravka di sudut sebelah kirinya dan kesemua gol yang dibolosinya dia berada dalam kedudukan yang salah.

Roberto Vs Burnley (09/11/19)

West Ham dengan mudah menghadiahkan tiga mata kepada Burnley dalam perlawanan pada bulan November itu.

Para penyokong West Ham sangat kecewa dengan aksi hambar dan dungu yang dipersembahkan oleh penjaga gol mereka, Roberto dalam perlawanan itu.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu melakukan kesilapan paling dungu untuk jaringan ketiga dari Burnley.

Dua gol awal yang beliau bolos turut hasil dari kedudukan beliau yang salah dan reflect yang lambat.

Gol ketiga dari Burnley nyata kesilapan dari Roberto. Bola dari tendangan sudut ditepis masuk kedalam gawangnya sendiri.

Para penyokong ternyata kecewa dengan aksi hambar yang dipamerkan dan pasukan mereka tewas 3-0.

Ederson Vs Manchester United (08/03/20)

Ederson musim ini serba tidak menjadi dan sering melakukan kesilapan mudah hingga menyebabkan gawangnya dibolosi.

Tewas 2-0 kepada United sememangnya kedua-dua gol itu adalah kesilapan dari Ederson.

Beliau melakukan keeper error untuk gol pertama United dan jaringan kedua setan merah pula hadir hasil dari kesilapan dungu penjaga gol simpanan Brazil itu.

Lontaran tanpa pedoman beliau tepat menemui Mctominay yang dengan mudah menolak bola masuk menerjah gawang City.

David de Gea vs Watford (22/12/19)

De Gea adalah antara penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Perdana beberapa musim lalu.

Entah apa yang merasuki penjaga gol berusia 29 tahun ini hingga melakukan begitu banyak keeper error pada musim ini.

Ketika bertemu Watford, telah melakukan kesilapan paling dungu dalam sejarah kariernya apabila bola cubaan dari Ismaila Sarr gagal ditangkap kemas oleh beliau.

Bola itu sudah berada di tangannya namun terlepas masuk ke gawangnya lalu menerjah jaring gol United.

Terbaru ketika bertemu Everton. David De Gea telah menghadiahkan gol percuma kepada Everton.

Cantik kawalan bola De Gea namun tendangan entah bagaimana telah terkena kaki Dominic Calvert-Lewin. De Ge tak perasan ke?

Kepa Arrizabalaga vs Newcastle (18/01/20)

Kepa kini melalui detik kesukaran untuk aksinya di pentas premier league. Kekurangan Cleen Sheet dan peratusan menyelamatkan yang teruk membuatkan penjaga gol ini dikritik teruk.

Aksi tidak menentu yang dipamerkan oleh beliau menyebabkan Lampard sering manyisihkan penjaga gol muda Sepanyol ini dari kesebelasan utama.

Beliau boleh dikatakan tidak diuji sepanjang perlawanan tetapi satu serangan dari Newcastle yang sepatutnya boleh diselamatkan tetapi beliau gagal menyelamatkan bola tandukan lemah dari Isaac Hayden.

Vicente Guaita vs Sheffield (02/02/20)

Vicente Guaita diperharapkan untuk mempamerkan aksi mantapnya untuk berhadapan dengan pendatang baru premier league, Sheffield United.

Beliau telah menunjukkan aksi konsisten sepanjang musim ini dengan mengawal gawang pasukan Crystal palace dengan begitu baik.

Namun dalam perlawanan menetang Sheffield ini beliau telah melakukan satu kesilapan dungu yang menyebabkan gawang nya dibolosi dan pasukannya tewas 1-0.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu gagal untuk mengawal bola hantaran dari Oliver Norwood’s dan melepaskan bola itu kedalam gawangnya sendiri.

Itu adalah antara detik paling memalukan untuk penjaga gol Crystal Palace itu pada musim ini.

BACA:  AC Milan Dengan Bangga Senaraikan Giroud Sebagai Penjaga Gol Baharu Musim Ini