Penjaga Gol Sevilla Jaring Gol Penyamaan Minit Akhir

Penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou yang digelar Bono telah menjaringkan gol penyamaan yang penuh dramatik pada minit akhir perlawanan ketika Real Valladolid.

Jaringan kemenangan atau pun penyamaan pada minit akhir merupakan satu saat dan detik yang sangat dramatik dalam bola sepak. Kalau tengok kat stadium pecah tekak jerit.

Namun apa yang lebih istimewa tentang jaringan penyamaan lewat permainan ini dijaringkan oleh seorang penjaga gol. Sesuatu yang jarang terjadi.

Sevilla bertandang ke Jose Zorilla dalam perlawanan La Liga menentang Real Valladolid dan telah ketinggalan pada penghujung separuh masa pertama melalui sepakan penalti Fabian Orellana.

Selepas tamat masa permainan sebenar, pasukan bimbingan Julen Lopetegui masih ketinggalan dengan satu jaringan dan hampir pulang dengan kekalahan.

Pad minit 90+4, Sevilla mendapat sepakan penjuru dan Yassine Bounou telah naik ke atas untuk meramaikan umat dan meningkatkan lagi peluang gol.

Sepakan penjuru itu berjaya mencari rakan namun tandukan liar dilakukan dan ketika bola hampir keluar pemain Sevilla mendapat bola.

Satu tolakan lemah dibuat namun cukup membuatkan pertahanan Real Valladolid kelam kabut dan tidak mampu mengeluarkan bola.

Bola terkena tiang dan kembali kepada Sevilla yang menghantar bola ke tengah kotak penalti yang dipenuhi kaki para pemain.

Dalam situasi kelam kabut bola sampai kepada Yassine Bounou yang terus melakukan percubaan dengan kaki kiri untuk gol penyamaan.

Yassine Bounou terus berlari berkejaran ke bangku simpanan dengan rakan sepasukan meraikan jaringan tersebut sambil membuka baju.

Tindakan Yassine Bounou meraikan gol dengan membuka baju membuatkan beliau dilayangkan kad kuning.

Selepas bola hampir keluar Yassine Bounou seperti mahu kembali ke gawang sendiri namun beliau menunggu dan mempunyai naluri bola akan datang.

Pada awal musim penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic menjaringkan gol menentang Atletico Madrid melalui sepakan penalti.

Dan pada awal bulan ini menyaksikan Marko Dmitrovic gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Eibar tewas 1-0 kepada Cadiz lalu menjunam ke zon penyingkiran.

Di Premier League hanya 5 orang penjaga gol sahaja yang berjaya menjaringkan gol iaitu Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard dan Asmir Begovic.

BACA:  Penjaga Gol Dan Pertahanan Terbaik Dunia Kena Gitu Je