Pada tahun 2002, Bayer Leverkusen merupakan salah satu pasukan terbaik di benua Eropah dan pada satu ketika mereka hampir saja memenangi gelaran treble tetapi akhirnya terciduk dipenghujungnya tanpa sebarang piala.
Pasukan dari Jerman itu dibarisi oleh para pemain yang hebat dan mereka ketika itu hampir menjuarai semua piala yang dipertandingkan di saingan Bundesliga, German Cup dan Liga Juara-juara.
Tahun 2002 menyaksikan Bayern Leverkusen mempunyai skuad emas, sayangnya tiga Piala utama sasaran mereka gagal untuk dimenangi dan mereka akhirnya menamatkan musim tersebut tanpa sebarang kejuaraan.
Very often forgotten that Lúcio played every minute of Brazil’s 2002 World Cup triumph.
Key part of Bayer Leverkusen’s 2002 CL run & scored in the final.
Key part of three league and cup doubles at Bayern.
Key part of Inter’s treble. pic.twitter.com/jVLcSrMDWq
— Cerebronè (@Cerebrone) April 13, 2020
Dalam saingan liga Jerman iait Bundesliga, skuad kendalian Klaus Toppmoller’s mendahului Dortmund dengan kelebihan lima mata serta mempunyai baki tiga perlawanan untuk menamatkan saingan liga musim tersebut.
Mereka juga turut menghampiri kejayaan untuk menjuarai saingan kejohana paling agung di Eropah, liga Juara-juara Eropah pada musim yang sama.
In May 2002, Bayer Leverkusen lost out on three trophies in the space of 11 days.
May 4th – Lost the Bundesliga title by one point.
May 11th – Lost in the German Cup final.
May 15th – Lost in the Champions League final.Could you be arsed! 😂😂😂 pic.twitter.com/vP4VOtBcmC
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 1, 2020
A REMINDER:
Bayer Leverkusen 01/02 season has been named "Treble Horror", finishing R/U in the Bundesliga, German Cup and Champions League. pic.twitter.com/A4n6ZLvqRs
— Football Remind (@FootballRemind) November 22, 2016
Mereka menamatkan peringkat kumpulan saingan liga Juara-juara di tempat kedua di belakang Barcelona dan berada dalam satu kumpulan bersama Lyon dan Fenerbahce.
Handalnya skuad emas Bayern Leverkusen ketika itu, mereka turut berjaya menewaskan Barcelona ketika aksi peringkat kumpulan di halaman mereka sendiri.
Bayern Leverkusen bertemu Liverpool di peringkat suku akhir dan di peringkat separuh akhir Bayern Leverkusen berjaya menyingkirkan Juara triple premier league, Manchester United melalui kiraan away gol.
Mereka bertemu Real Madrid untuk perlawanan akhir yang beralangsung di Glasgow. Perlawanan tersebut dikenang kerana ketika itulah Zinedine Zidane menjaringkan gol volley tercantik dalam sejarah Liga Juara-juara.
Skuad Bayern Leverkusen ketika itu sememangnya sangat hebat dengan penjaga gol mereka Jorg Butt yang beraksi sangat cemerlang.
Glasgow 2002, Final Champions league Real Madrid vs Bayern Leverkusen and watch Zidane volley live 🥰 https://t.co/fOKlSNNpTV pic.twitter.com/pgZYIwWz5b
— ElDon™️ (@eldon3366) March 13, 2020
Bintang Brazil ketika itu, Lucio yang baru memenangi Piala Dunia dan treble bersama Jose Mourinho bersama Inter Milan turut berada dalam senarai pemain Bayern Leverkusen.
Di bahagian midfield mereka mempunyai duo midfield Jerman, Michael Ballack dan Carsten Ramelow yang mana kedua-dua pemain tersebut sangat kreative dan lincah.
Diposisi serangan mereka mempunyai dua pemain berbisa dengan Yuldiray Basturk bermain di role no 10 dan Oliver Neuville bermain di atas. Gandingan yang luar biasa handal.
Selain itu, di bangku simpanan dalam perlawanan akhir tersebut, Bayern mempunyai pemain seperti Dimitar Berbatov dan Ze Roberto.
Hebatnya skuad mereka ketika itu, Bayern Leverkusen hampir memenangi tiga Piala utama dalam satu musim, namun sayangnya dalam tempoh 11 hari mereka terlepas ketiga-tiga Piala tersebut.
A magnificently talented side. Bayern fans would see Ballack, Lucio, Ze Roberto and Butt join their club in the following years. https://t.co/9nAsF7prS8
— Bavarian Tweets (@BavarianTweets) April 9, 2020
Mereka akhirnya menamatkan musim dengan tangan kosong. Pemain handalan yang mereka miliki juga seorang demi seorang pergi meninggalkan pasukan musim berikutnya.
Ballack dan Ze Roberto telah menandatangani perjanjian bersama Bayern Munich musim berikutnya.
Begitulah pengakhiran generasi emas Bayern Leverkusen yang awalnya hampir memenangi treble tetapi akhirnya pulang tangan kosong.