Kisah Vietnam Kempunan Makan Babi Di Piala AFF 2020

Kisah Vietnam yang kempunan memakan daging babi di Piala AFF 2020 bunyi seperti kelakar namun serius sehingga menjejaskan kempen mereka apabila tersangkut di separuh akhir sahaja.

Kini Vietnam telah menebus kembali kempunana mereka apabila format Piala AFF kembali kepada asal dan mereka bebas menentukan makanan yang mereka mahukan.

Kerana wabak melanda ketika itu, Piala AFF 2020 dijalankan dengan Singapura menjadi tuan rumah tunggal yang mengenaka peraturan yang sangat ketat.

Pelatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo telah meluahkan kekecewaan selepas pemain pasukannya kempunan dan tidak berpeluang untuk menikmati hidangan babi sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 berlangsung di Singapura.

Pasukan Vietnam yang mendapat jolokan Golden Star Warriors tiba di Singapura pada rabu, 1 disember 2021 selepas mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 Qatar.

Vietnam ketika itu dalam situasi kepenatan dan menjadi antara pasukan yang tiba awal di Singapura tetapi sejak tiba mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu dan idamkan.

Dalam sidang media menjelang kejohanan yang akan bermula pada 5 disember 20, Park Hang Seo mendedahkan bahawa pasukannya menghadapi masalah kekangan dari penganjur kejohanan.

“Hari ini saya bercakap dengan pemain. Selain letih secara fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin kepenatan. Terpaksa hidup dengan perjalanan terhad di mana makan dan minum juga bermasalah.” kata Hang Seo, dipetik dari Tuoitre.

“Kesukaran yang tidak dapat diatasi. Kini kami hanya boleh berfikir secara optimis, berfikiran positif untuk meneruskan kejohanan.” Tambah Hang Seo lagi.

Singapura telah melaksanakan standard operating procedure (SOP) yang ketat bagi melindungi ‘sports bubble’ ini dari sebarang masalah berkaitan wabak.

Salah satu kekecewaan terbesar Vietnam tentang masalah kekangan makanan di Piala AFF 2020 yang dikatakan jurulatih Korea Selatan ialah mereka tidak boleh makan dan menikmati daging babi.

“Buat masa ini pasukan Vietnam menginap di hotel Mercure Roxy bersama empat pasukan lain. Masalahnya semua 5 pasukan makan menu yang sama sedangkan setiap pasukan berbeza agama dan budaya.”

“Makan menjadi masalah jika kita terpaksa makan menu yang sama. Pemain pasukan Vietnam sahaja sudah mempunyai agama dan budaya yang berbeza dan kami perlu menghormatinya.”

“Sebagai contoh, orang Vietnam suka makan daging babi, sehingga hari ini kita semua perlu makan ayam. Saya rasa penganjur harus lebih fleksibel dan mengatur menu makanan dengan lebih tepat.”

Jika dikira tarikh ketibaan Park Hang Seo dan pasukan Vietnam dan ketiak luahan dilakukan maka sudah empat hari mereka tidak dapat menikmati daging babi.

Makanan yang disediakan oleh chef hotel ini agak teruk. Makan malam pertama, pasukan Vietnam makan 3 keping ikan dengan sos gaya Singapura, 2 ketul ayam rebus, 1 mangkuk kecil kentang putar, 1 mangkuk kecil sup, 1 mangkuk salad kacang, 1 mangkuk nasi dan 2 biji pisang .

Sehingga pagi semalam, kotak makan tengah hari sekali lagi termasuk 1 mangkuk telur dengan sos, 2 roti kecil, 1 bola avokado kecil, 2 sosej mini, 1 mangkuk salad, 1 pisang, 1 epal, 1 yogurt tanpa gula, 1 botol air, 1 secawan kopi hitam.

Pengurusan Vietnam sudah menyatakan bahawa menu tersebut mungkin akan membuatkan para pemain mereka sukar berlatih. Namun doktor pasukan Doktor Choi yang ditugaskan mengawal pemakanan di kem Vietnam menyatakan bahawa, mereka sudah menyediakan makanan yang sihat.

Choi menegaskan bahawa, paling penting adalah makanan secukupnya dengan nutrisi yang tepat berbanding dengan makanan yang berlebihan dan tak sesuai dengan diet.

Vietnam terbang ke Singapura dua minggu selepas bermain perlawanan keenam mereka dalam Kumpulan B pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 di zon Asia. Dalam enam perlawanan itu, Vietnam tewas kesemua perlawanan dengan hanya menjaringkan 4 gol dan bolos 12 gol.

Vietnam telah diundi untuk berada di Kumpulan B bersama empat lagi pasukan iaitu Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Kumpulan B

Vietnam
Malaysia
Indonesia
Kemboja
Laos

Vietnam dan Indonesia berjaya lolos ke separuh akhir dan Malaysia pulang awal, Indonesia lolos ke final dan Vietnam terciduk kepada Thailand di mana Thailand muncul juara dengan menumbangkan Indonesia di final.

BACA:  Nguyen Quang Hai Tamatkan Kontrak Lebih Awal Bersama Pau FC