Kisah Watford Dibangkitkan Si Kunyit Sehingga Ke Uefa Cup, Dan Diperkasa Keluarga Pozzo

Watford FC merupakan sebuah kelab bola sepak Inggeris yang berasal dari Hertfordshire. Pada awal penubuhannya, Watford digelar Watford Rovers.

Kelab ini ditubuhkan pada 1881, dan menyertai Piala FA Inggeris yang pertama mereka pada 1886.

Musim yang sama mereka menyertai Herts Senior Cup yang merupakan piala daerah. Pada 1896/97 Watford menyertai Liga Selatan dan mengubah kelab mereka menjadi pasukan profesional.

Pada 1898 West Hertfordshire 2 Pasukan iaitu Watford St Mary dengan Watford Rovers untuk membentuk Watford Football Club.

Mereka pasukan paling kuat di Liga Selatan ketika itu dengan menjuarai 6 liga Selatan.

Namun perang dunia pertama membuatkan liga bola sepak di England terhenti. Mereka mulai menyertai Liga Divisyen 3 England pada musim 1919/20 selepas perang tamat.

Perubahan format liga membuatkan mereka beraksi di liga bawahan.

Mereka termendap di divisyen bawahan selama 37 tahun. Pada 1960 mereka berjaya memenangi promosi ke divisyen 3. Dan kemudian naik ke divisyen 2, pada 1969. Namun selepas itu mereka tersingkir selepas 5 musim.

Pada 1970, nasib pasukan ini berubah secara drastik. Apabila penyanyi legenda Elton John yang merupakan peminat setia Watford dari kecil telah menjadi pengerusi kelab.

Kita semua tahu Elton John lelaki romantik yang ada suami.

Watford melantik Graham Taylor sebagai pengurus pada 1977. Dan mereka berjaya naik sehingga ke liga utama pada 1982 buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Pada musim 1983/84, Watford layak ke Piala UEFA (kini Europa League). Ini selepas musim sebelumnya mereka layak ke final Piala FA. Namun tewas di tangan Everton.

Pada 1987, Taylor meninggalkan kelab itu dan pada 1988, terus Watford tersingkir ke divisyen 2.

Selepas 8 tahun bergelumang dengan divisyen 2 mereka tersingkir ke divisyen 3.

Graham Taylor kembali menyelamatkan Watford sekali lagi. Beliau membawa Watford memenangi beberapa siri promosi sehingga naik semula ke EPL.

Namun sayang beliau tidak dapat membantu Watford daripada mengelak penyingkiran pada 1999/00.

Kemudian pasukan ini memasuki era penuh kesukaran.

Mereka hampir muflis. Salah satu sebabnya adalah perlantikan Gianluca Vialli sebagai pengurus. Di mana Vialli berbelanja terlalu besar. Tetapi impak yang rendah.

Mereka cuba bertahan di Liga Championship. Pada 2003, Watford mengejutkan ramai pihak dengan mara ke Semifinal Piala FA dan kemudian mara ke separuh akhir Piala Liga pada 2005.

Pada musim 2005/06, Watford mengejutkan ramai pihak apabila bersaing untuk naik ke EPL.

Mereka menang perlawanan play off ke EPL menewaskan Leeds.

Namun mereka hanya bertahan semusim dan tersingkir. Mereka mara sekali lagi ke perlawanan play off tetapi gagal untuk menang dan gagal naik ke EPL pada 2007/08.

Mereka berhadapan masalah kewangan sekali lagi. Tetapi kali ini diselamatkan oleh keluarga Pozzo. Mereka menetapkan model pengurusan lebih baik.

Dan hasilnya pasukan Watford lebih baik dari semua aspek termasuk kewangan.

Pada musim 2014/15 mereka mara sekali lagi ke EPL. Kali ini Watford ada legenda baharu yang dilahirkan bernama Troy Deeney.

Deeney dan Vydra ketika itu membentuk gandingan yang sangat tajam dan menghasilkan sangat banyak gol.

Pada musim 2018/19, Watford telah mara ke final Piala FA buat kali kedua dalam sejarah kelab bertemu Manchester City namun dibelasah teruk 6-0 di perlawanan akhir.

Selepas itu Watford terus kekal di liga tertinggi dan beraksi dengan kelab handalan selama 5 musim di Premier League sebelum jatuh ke Liga Kejuaraan lagi.

Sebelum turun ke liga bawahan, pada februari 2020, Watford berjaya menewaskan Liverpool dan menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah Liverpool dan turut memutuskan rantaian 18 kemenangan berturut-turut Liverpool.

Menamatkan musim di Premier League ditangga ke-19, musim 2020/21 Watford bermain di Liga Kejuaraan dan berjaya menjadi naib juara dan kembali ke Premier League bagi musim 2021/22.

Itulah sejarah Watford.

BACA:  Foster Terkejut Dan Kagum Dengan Soalan Yang Ditanya Oleh Salah