Lima Pengajaran Dari Kekalahan Liverpool

Pihak FA England sudah menyediakan Trophy emas untuk pasukan Liverpool sekiranya mereka berjaya memenangi Liga Perdana musim Ini dengan tidak terkalahkan.

Liverpool Bakal Menerima Trophy Premier League Emas Khas

Seluruh dunia yakin bahawa Liverpool akan memenangi Liga musim ini dengan rekod tidak terkalahkan. Kerana itu lah pihak FA turut sama berkeyakinan bahawa Liverpool akan memenangi Liga dengan Invicible.

Pelbagai rekod telah mereka pecahkan pada musim ini. Baik rekod berpasukan atau Individu semuanya telah berjaya mereka pecahkan. Namun ada beberapa rekod lagi yang mereka sedang dalam proses untuk pecahkan dan semuanya tinggal kenangan dan mungkin bakal di sambung untuk musim hadapan.

Setelah memenangi 26 dari 27 perlawanan Liga, Liverpool akhirnya terpaksa akur untuk tewas buat pertama kalinya di perlawanan ke-28 dengan keputusan yang begitu mengejutkan 3-0.

Senarai Rekod Yang Boleh Dileburkan Liverpool Musim Ini

Pedih sebenarnya menanggung kekecewaan apabila sesuatu yang kita rancang sudah hampir berjaya namun terciduk betul-betul berhampiran garisan penamat. Liverpool masih boleh memenangi Liga itu pasti. Liverpool cuma tidak bernasib baik untuk memenangi Liga dengan tidak terkalahkan, itu takdir.

Disini kita kongsikan tiga ibrah disebalik kekalahan Liverpool kepada pasukan bawahan seperti Watford. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

1) Liverpool Tewas Akhirnya Di Liga

Musim ini adalah musim paling cemerlang, gemilang dan terbilang untuk pasukan terhebat di dunia Liverpool. Setelah empat tahun ketibaan Jurgen Klopp, satu demi satu kejayaan berjaya di capai oleh pasukan terulung ini.

Bermula dengan Champions League kemudian Liverpool berjaya memenangi Super Cup dengan menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti.

Terakhir Liverpool berjaya memenangi Club World Cup (CWC ) pada bulan Disember lalu sebagai permulaan untuk tahun 2020 yang cemerlang. Liverpool memulakan Liga dengan tidak terkalahkan dan dari 27 perlawanan mereka hanya seri sekali sahaja menentang United.

Pada perlawanan ke-28 Liga Perdana minggu ini. Pasukan terhebat di dunia akhirnya tewas juga. Bukan satu atau dua gol, tetapi mereka tewas dengan keputusan 3-0. Pedih untuk diterima namun segalanya sudah ditetapkan. Kita manusia hanya mampu merancang.

Kekalahan pertawa pasukan Liverpool nampaknya di sambut riang gembira oleh seluruh musuh seteru. Namun peminat Liverpool ada jawapan untuk mereka.

“Kalah pon top of the league lagi, team kau hado?”

2) Klopp tunaikan Hasrat Peminat Cilik United

Baru-baru ini tular, seorang kanak-kanak yang mengirim surat kepada Jurgen Klopp dan meminta Klopp untuk tewas sekali sahaja. Dan Klopp membalas surat anak itu lalu menyiarkan kepada media menceritakan kisah yang terjadi.

Surat Dari Klopp Untuk Peminat United

Anda nilai sendiri kemuliaan hati seorang Klopp melayan peminat yang bukan datang dari pasukannya. Lebih hebat lagi peminat itu datang dari pasukan seteru utamanya. Selain membalas surat itu, Klopp telah memenuhi hasrat anak kecil itu.

Sebagai seorang bapa, Klopp tahu isi hati anak kecil itu, kerana itu lah Klopp sanggup untuk memenuhi hasratnya. Seorang lelaki yang luar biasa prihatin.

Dengan sedikit usaha saja dari Klopp seperti meletakkan Lovren sebagai pemain utama sudah cukup untuk membuatkan Liverpool tersungkur dan menggembirakan hati anak kecil itu. Dan perlawanan ini bakal menjadi perlawanan terakhir Liverpool tewas, kerana selepas ini Liverpool akan memenangi semua perlawanan.

3) Carry Foward Rekod Yang Gagal Di Pecahkan

Musim ini Liverpool telah memecahkan pelbagai rekod dalam liga perdana. Apa yang menariknya adalah, selepas memecahkan begitu banyak rekod, Liverpool sebenarnya dalam proses untuk memecahkan lagi beberapa rekod yang sudah hampir mereka pecahkan.

Kemenangan berterusan tanpa kalah, kemenangan Away berturut-turut, Invicible dan pelbagai lagi rekod yang sedang dalam proses untuk mereka pecahkan.

Namun dengan satu keputusan kekalahan sahaja, semua rekod itu nampaknya tidak berjaya untuk mereka pecahkan. Tetapi! Tetapi! Tetapiii! Segalanya masih belum berakhir, musim depan masih boleh mencuba untuk memecahkan rekod-rekod itu.

4) Mane Masih Terkejut Tentang Juara Bakal Menerima Medal

Sadio Mane seorang pemain Liverpool paling zuhud dan berkarisma baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu sekiranya memenangi Liga Perdana, semua pemain akan menerima pingat. Beliau fikir hanya akan mendapat piala pusingan sahaja.

Mungkin kerana terkejut tentang hal pingat itu Mane jadi tidak focus dalam perlawanan menentang Watford awal pagi tadi. Mane musim ini sangat cemerlang dengan statistik dan gaya penampilan beliau hingga menjadi rebutan pasukan-pasukan besar di luar sana.

Beliau senantiasa menjaringkan gol penting untuk pasukan Liverpool. Beliau adalah antara penyerang yang paling digeruni lawan. Pemain terbaik Afrika itu adalah penyerang berbisa yang perlu di awasi dalam mana-mana pertembungan sebelum ini.

Namun lihatlah statistik beliau dalam perlawanan ini. Beliau tidak ada langsung melakukan percubaan baik percubaan tepat mahupun percubaan tersasar. Semoga Mane lekas sedar dan focus untuk menghabiskan musim ini dengan membawa pulang pingat Kemenangan Liga Perdana.

5) Focus Menang Liga Dan Champions League

Seperti sedia maklum, untuk mencapai Kemenangan Invicible sudah pasti menjadi hal yang tidak masuk akal kerana mereka telah tewas dalam perlawanan menentang Watford.

Tetapi mereka masih mampu memenangi Liga dengan hanya memerlukan lebih kurang empat Kemenangan sahaja lagi. Jadi bebanan para pemain untuk mengejar Invicible sudah hilang, mereka kini cuma perlu focus untuk memenang Liga sahaja.

Dalam masa sama, Liverpool masih ada perlawanan penting untuk berdepan Atletico dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Anfield nanti. Jadi buat masa ini Liverpool cuma perlu focus pada baki perlawanan Liga untuk menjulang Piala dan berjaya memenangi Champions League kali kedua berturut-turut.

Kekalahan kepada Watford ini boleh dijadikan sebagai iktibar kepada semua pemain Liverpool. Semoga mereka terus bangun dan berjuang untuk pasukan hingga berjaya kelak. Jangan sedih dengan kekalahan ini kerana kita kena percaya disebalik ujian berat pasti akan ada hikmah yang hebat menanti.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 2-2 Brighton & Hove Albion