Premier League 2021/22: Liverpool 2-2 Brighton & Hove Albion

Liverpool hadir dengan dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion dengan reputasi yang sangat gah dan menakutkan apabila menjaringkan 10 gol dan tanpa bolos dalam dua perlawanan terakhir.

Akibat dibelasah Liverpool dengan 5 gol tanpa balas, kelab yang dirahsiakan namanya bagi menjaga aib telah mencetuskan huru-hara dikalangan hieraki kelab sehingga ke peminat.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mungkin berada diprestasi terbaik namun tidak boleh diabaikan bahawa Brighton & Hove Albion juga tidak kurang hebatnya musim ini.

Liverpool memulakan permainan dengan aksi yang penuh meyakinkan apabila berada didepan seawal minit keempat lagi menerusi jaringan ketua pasukan yang berkaliber, Jordan Henderson.

Satu permulaan yang sempurna buat Liverpool di mana gol tersebut menyaksikan Mohamed Salah mencetak nama selaku pencipta assist.

Pada minit ke-19 Naby Keita yang disangka cedera teruk di terjah Paul Pogba dalam perlawanan lepas telah dikeluarkan kerana mengalami kecederaan yang agak serius, Alex Oxlade-Chamberlain terus dimasukkan.

Namun ketiadaan Naby Keita langsung tidak memberikan kesan kepada Liverpool yang sememangnya power namati.

Hanya lima mini sahaja diperlukan oleh Alex Oxlade-Chamberlain mempamerkan kehebatan apabila mencipta peluang kepada Sadio Mane untuk gol kedua Liverpool.

Pada minit ke-34, Sadio Mane terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga namun gol tersebut dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) kerana bola terkena lengan Mane dan melantun ke gawang.

Jika gol ini dikira maka jaringan Mane ini akan menjadi gol paling kelakar musim ini.

Empat minit sebelum tamat 45 minit pertama, Enock Mwepu telah menjaringkan gol kebangkitan Brighton & Hove Albion dengan penuh bergaya sekali.

Cantik dan penuh bergaya sekali gol penuh bersahaja dari Enock Mwepu dari luar kotak penalti yang telah melemaskan penjaga gol terbaik dunia, Allison Becker.

Gol itu menjadi pemangkin semangat buat The Seagulls untuk menampilkan permainan lebih kemas. Penjaga gol terbaik dunia pun boleh lemas sebegitu sahaja.

Penyokong Liverpool dilihat sedaya upaya membela Alisson Becker yang kelemasan tanpa perlu diminta apabila menyatakan gol itu terjadi kerana Allison silau.

Mohamed Salah tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol ketiga Liverpool pada awal separuh masa kedua dengan menggelecek penjaga gol Brighton & Hove Albion sebelum meletakkan bola ke gawang.

Tapi penjaga garisan telah melakukan tugas dengan begitu adil apabila mengangkat bendera memberi isyarat kepada pengadil bahawa Mohamed Salah berada dalam kedudukan offside.

Virgil Van Dijk kelihatan tantrum dan meroyan di padang selepas satu terjahan bahaya dilakukan pemain Brighton & Hove Albion namun sempat menarik kakinya dari sebelum mengakibatkan kecederaan teruk kepada Van Dijk.

Namun Van Dijk hanya berdiam diri apabila rakan sepasukannya Curtis Jones melakukan satu stamping ganas ke kaki pemain Brighton & Hove Albion dan tiada tindakan dari pengadil.

Pemain penyerang Brighton & Hove Albion, Leandro Trossard menyamakan kedudukan pada minit ke-65 apabila berjaya menewaskan pertahanan dan penjaga gol terbaik dunia.

Pada minit ke-75, Leandro Trossard berjaya menjaringkan gol ketiga namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offside, satu kelegaan yang nyata buat Liverpool.

Liverpool nampak bersungguh untuk mencari gol kemenangan namun buntu dengan permainan kemas dari Brighton & Hove Albion yang berjaya mengekalkan keputusan seri sehingga tamat perlawanan.

Kesebelasan Utama Liverpool : Alisson, Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson, Keita, Henderson, Jones, Salah, Firmino, Mane.

Pemain Simpanan : Gomez, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Jota, Tsimikas, Origi, Matip, Morton.

Kesebelasan Utama Brighton & Hove Albion : Sanchez, Veltman, Duffy, Dunk, Cucurella, Moder, Lallana, March, Bissouma, Mwepu, Trossard.

Pemain Simpanan : Lamptey, Webster, Maupay, Mac Allister, Gross, Steele, Locadia, Roberts, Sarmiento.

Pengadil Perlawnan : Mike Dean (Wirral)

BACA:ย  Griezmann Bantai Pengadil Kerana Terlalu Manjakan Liverpool