Richarlison Sertai Everton Dalam Perjanjian Bernilai £40 Juta, Sasar Panggilan Brazil Dalam Masa Terdekat

Everton melengkapkan perpindahan terbesar pada tirai perpindahan musim panas kali ini dengan membayar £40 juta untuk mendapatkan pemain sayap Watford, Richarlison.

Skysports difahamkan perpindahan ini mampu mencecah nilai £50 juta bergantung kepada persembahan Richarlison pada masa yang akan datang dan jumlah tersebut bakal memecahkan rekod pembelian kelab yang kini dipegang oleh Gylfi Sigurdsson dengan nilai £45 juta.

Pembelian termahal Everton setakat ini, mungkin juga bakal memecahkan rekod kelab bergantung kepada prestasi Richarlison

Richarlison diumumkan sebagai pemain rasmi Everton semalam dan telah menandatangani kontrak untuk bermain di Goodison Park bagi 5 tahun yang akan datang.

Pengurus baru Everton, Marco Silva merupakan pengurus yang bertanggungjawab membawa Richarlison ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2017. Ketika masih bergelar pengurus Watford, Silva menjadikan Richarlison sebagai pembelian pertama beliau di Vicarage Road. Richarlison dibeli pada nilai £11.5 juta setahun yang lepas dari Fluminese, dan dijual kepada Everton dengan berkali-kali ganda. Satu urusniaga hebat yang dilakukan Watford.

Dalam temu bual pertama Richarlison sebagai pemain Everton, beliau mensasarkan kejayaan di peringkat kelab dan yakin perpindahan besar ini bakal membantu beliau meraih panggilan antarabangsa pada masa akan datang.

“Saya mahu meraih lebih banyak kejayaan bersama Everton. Amat penting bagi saya untuk bermain di bawah Marco Silva sekali lagi. Saya akan belajar lebih banyak, kerana sebagai seorang pemain masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya mahu berkembang dan membesar di kelab ini.”

“Everton telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap saya dan saya bercadang untuk menghormati baju ini dan pamerkan di atas padang apa yang mampu saya lakukan.”

“Saya sudah mengenali pengurus [Marco Silva] buat seketika, jadi saya tahu bagaimana beliau bekerja. Perkembangan saya sebagai seorang pemain di bawah beliau ketika di Watford berjalan dengan sangat baik.”

“Saya berasa gembira kerana dapat kembali bekerjasama dengan beliau dan pada suatu hari nanti, saya percaya beliau akan membantu saya untuk dipilih menyertai skuad utama Brazil.”

“Tetapi itu sasaran saya pada masa hadapan. Sekarang fokus saya adalah pada Everton. Saya mahu impian saya menjadi realiti di sini, di salah sebuah kelab terbesar di England.”

5 gol sahaja musim lepas. Adakah berbaloi dengan harga tersebut ? Salah pon murah lagi

Richarlison memulakan musim 2017/2018 dengan agak baik, apabila menjaringkan 5 gol dari 12 perlawanan pertama beliau di Liga Perdana Inggeris. Tetapi prestasinya merudum selepas itu dan beliau gagal menjaringkan sebarang gol untuk Watford sejak bulan November.”

Marco Silva jelas gembira kerana dapat kembali bekerjasama dengan Richarlison dan percaya versatiliti yang dimiliki pemain muda ini akan membantu beliau mencapai kejayaan di Everton.

“Beliau merupakan pemain yang akan membantu Everton. Beliau merupakan pemain yang bagus dan akan menjadikan pasukan ini lebih kompetitif.”

BACA:  Peminat Bengang Richarlison Tidak Dihukum Selepas Melempar Flare Ke Arah Penyokong