Everton Berpotensi Ditolak Tambahan 9 Mata Lagi Dan Berhadapan Penyingkiran Daripada Premier League

Everton berhadapan kemungkinan ditolak sembilan lagi mata sekiranya pengurusan kelab itu terpaksa digantung (menuju administration), sekiranya jawatankuasa bebas mengarahkan kelab itu membayar pampasan kepada beberapa kelab lain akibat kesalahan melanggar peraturan kewangan.

Pada Jumaat lalu Mail Sport mendedahkan tiga kelab iaitu Burnley, Leeds dan Leicester sedang meningkatkan usaha mendapatkan bayaran pampasan terhadap Everton, dan kes itu akan ditentukan tiga panel bebas yang dilantik oleh Premier League pada akhir musim ini.

Bakal pembeli 777Partners pada masa ini memberikan komitmen untuk menyalurkan £20 juta sebulan untuk membantu kelab itu menampung kos operasi, pada ketika Premier League sedang memproses proses pengambilalihan.

777Partners bagaimanapun dilaporkan tidak sanggup membayar pampasan yang mencapai angka puluhan ribu pound seperti yang dituntut tiga kelab itu.

Perjanjian di antara pemilik semasa Farhad Moshiri dan 777 pada September menyatakan kelab itu akan dijual pada nilai rendah sekiranya Everton diarahkan membayar pampasan dan disingkirkan daripada Premier League musim hadapan.

Pihak pengurusan Everton pada masa ini dikatakan mengalami kekurangan dana untuk menjelaskan pampasan sedia ada dan berhadapan administration, dan diikuti oleh penolakan sembilan mata automatik oleh Premier League sebagaimana yang dikuatkuasakan oleh badan itu pada 2004 untuk kelab yang mengalami masalah kewangan.

Pada masa ini skuad kendalian Sean Dyche dibezakan dengan dua mata untuk keluar daripada zon penyingkiran selepas ditolaj 10 mata pada Jumaat lalu. Penolakan sembilan lagi mata akan menjadi malapetaka buat Everton.

Perbicaraan awal oleh jawatankuasa bebas pada Mac lalu mendapati Burnley, Leeds dan Leiester mempunyai sebab yang munasabah untuk mendapatkan pampasan.

Ketiga-tiga kelab difahamkan menuntut £100 juta masing-masing berdasarkan kerugian yang dialami selepas tersingkir dari Premier League di musim Everton didapat bersalah kerana melangggar peraturan kewangam.

Jumlah sebenar pampasan bagaimanapun akan ditentukan oleh satu lagi jawatankjuasa bebas, sekiranya Everton dikehendaki melakukan pembayaran.

Kini Burnley, Leeds dan Leicester diberikan tempoh 28 hari sejak Jumaat lepas untuk memfailkan tuntutan masing-masing, dan pihak Premier League turut mahu kes itu diselesaikan sebelum saingan musim ini berakhir.

Everton menjadi kelab ketiga dikenakan hukuman penolakan mata di dalam sejarah Premier League.

Middlesbrough ditolak tiga mata pada 1997 kerana enggan beraksi menentang Blackburn pada 2017 selepas majoriti anggota skuad utama tidak dapat beraksi kerana demam.

Portsmouth ditolak sembilan mata pada 2010 selepas mengalami masalah kewangan sehingga menuju administration.

Kedua-dua kelab tersingkir daripada Premier League pada akhir musim.

BACA:  Kedudukan Dalam Saingan EPL Tanpa Campur Tangan VAR