Kisah Zlatan Ibrahimovic Hampir Menyerah Kalah Dari Menjadi Pemain Bola Sepak

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman dan terus diikat secara tetap. Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Zlatan Ibrahimovic Hampir Menyerah

Dalam tempoh 18 tahun kerjayanya, pemain kelahiran Sweden ini boleh dikatakan salah seorang penyerang terbaik yang lahir dalam generasinya. Segalanya mungkin berubah jika Zlatan tidak bertemu Johnny Gyllensjo.

Zlatan bercita-cita besar untuk mengikut jejak idolanya, Ronaldo Original. Pada usia 15 tahun, Zlatan telah bekerja keras di pelabuhan demi sesuap nasi sementelah bermain untuk pasukan remaja Malmo.

Pada ketika itu Zlatan beranggapan bekerja di pelabuhan lebih berbaloi dan menarik untuk kelansungan hidup sehariannya. Dalam masa yang sama Zlatan juga mengalami krisis keyakinan diri di dalam dan juga di luar padang.

Keputusan telah dibuat dan bermain di minda Zlatan untuk meninggalkan bola sepak. Namun takdir yang menentukan pertemuan yang tidak disangka takdir jua menentukan perpisahan apabila Zlatan telah bertemu Johnny Gyllensjo seorang jurulatih pasukan remaja Malmo.

Perbualan hati ke hati selama 90 minit antara Zlatan dan Gyllensjo di tepi padang untuk meyakinkan dan mengubat keretakan serta kerapuhan jiwa remaja yang bernama Zlatan untuk terus mengejar impian untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Ini merupakan satu detik yang paling penting dalam hidup Zlatan tetapi pada pandangan Gyllensjo itu merupakan sebahagian dari tugasnya. Gyllensjo dalam temuramah bersama Manchester Evening News menceritakan kembali peristiwa tersebut.

“Atan pada ketika itu sudah tidak berminat untuk bermain bola sepak lagi. Sebagai seorang ahli psikologi amatur aku bercakap dengan Atan.

Atan di zaman remaja gemar membaca majalah Mangga kini Tumblr menjadi pilihan. IMEJ : TAPE Collective

“Aku fikir Atan suka menjaringkan gol tapi dia gagal melakukannya dan inilah masalah Atan pada ketika itu. Ujar Gyllensjo yang mungkin memanggil Zlatan sebagai Atan.

Selepas sesi luahan perasaan Zlatan mula menujukkan peningkatan.

“Kami selalu bersembang dan saling menghormati antara satu sama lain. Atan kemudian mula berubah dan move on serta mula bermain bersama pasukan Malmo.

“Dan kami di Malmo sangat berbangga kerana dapat mempengaruhi perjalan kerjaya Atan walaupun sedikit.” jelas Gyllensjo dengan merendah diri.

Pembantu Gyllensjo, Ola Gallstad telah mengambil alih sesi latihan tatkala Zlatan sedang memikirkan masa depannya.

Zlatan Berbasikal ke Latihan dan Berlatih 8 Jam Sehari

Zlatan telah mencipta nama dengan usaha kerasnya sendiri di akademi kelab dari kelaparan yang wujud dalam jiwa Zlatan. Beliau berlatih lapan jam sehari dan membaiki teknik dengan bermain bola sepak jalanan di Rosengard.

Keinginan tinggi Ibrahimovic kekal dalam ingatan Ola Gallstad apabila ada pemain yang berputus asa dalam perjalanan menjadi pemain profesional seperti Tony Flygare yang memiliki bakat yang lebih hebat dari Zlatan tetapi gagal memenuhi potensi yang ada.

“Atan akan balik dan bermain bola sepak jalanan bersama rakan-rakan.”

“Atan akan bermain bola sepak jalanan pada hari sabtu dan bermain bola sepak pada hari Ahad di Rosengard. Atan bermain bola tiap-tiap hari. Giga betei!.”

“Aku fikir ini cerita yang menjelaskan kenapa Atan sangat teknikal dan berjaya dalam karier bola sepaknya.” Ujar Gallstad.

Sebelum memiliku Volvo XC90, Zlatan berbasikal sejauh 5km ke Malmo untuk menghadiri sesi latihan dan pada kebiasaanya basikal itu bukan milik Zlatan malah basikal Gallstad juga pernah di ‘pinjam’ oleh Zlatan.

Gallstad mengimbas kembali, Zlatan pernah ‘merembat’ basikal beliau.

“Aku ada basikal untuk ke latihan, masa nak balik tu aku tengok basikal aku dah takde.

“Mungkin ada pemain yang fikir mereka ambil basikal aku lepas tu esok boleh guna buat pergi latihan.

Gallstad banyak memainkan peranan penting di peringakt awal kejaya Zlatan.

“Rupanya Atan rembat basikal aku. Setan punya budak. Esok aku perati je dari tingkap tempat latihan dan aku nampak Atan sampai. Aku jerit’Woi Atan!’

“Kemudian Atan membalas, ‘Im so sorry’.” Ujar Gallstad sambil ketawa mengingat kembali Im Sorry Zlatan persis gaya Amir Raja Lawak.

Zlatan mempamerkan kehebatan untuk mengembalikan Malmo ke Divisyen Pertama Liga Sweden sebelum melebarkan sayap ke Ajax dan Juventus. Kemudian Zlatan mengikut jejak idolanya, Ronaldo Original dengan bermain di Serie A.

Pada pandangan Gallstad, Juventus telah membina Zlatan yang baru secara fizikal. Pada waktu remaja Zlatan telah mengesan daya tarikan yang ada pada liga Italy selepas balik dari lawatan ke San Siro.

Kata-kata keramat Zlatan ”You can take a man out of Rosengard but you can’t take Rosengard out of a man”

“Atan berpaling ke arah aku dan cakap ‘Ola Ole kuberi nama cikeboom cikeboom, aku rasa aku akan bermain di sini dalam tempoh 5 tahun lagi.’ Lima tahun lepas tu, Atan main dengan Juve. Atan ada impian dan beliau akan bekerja keras menggapainya.”

Ukhawah Antara Atan, Gallstad dan Gyllensjo Masih Utuh

Apa yang berlaku selepas Zlatan ke Juventus adalah satu sejarah yang semua sudah tahun, dan ukhwah antara Zlatan, Gallstad dan Gyllensjo masih kuat dan akrab.

“Aku dan Ola masih berhubung dengan Atan hingga ke hari ini dan kami pusing satu Eropah di mana saja Atan meneruskan kerjayanya. Amat padu rasanya dapat berkawan dengan Atan.” Ujar Gyllensjo.

“Kami biasa bertemu setahun sekali bila beliau balik ke Malmo kalau ada masa kami mengeteh sambil hisap shisha di mamak. Biasanya Atan sibuk bila balik.

“Kelab Malmo dan pekan Malmo ni orang kenal sebab Atan la. Banyak jasa Atan kat pekan ni. Atan jugalah yang meletakkan Malmo di dalam peta. Tidak haram orang tak kenal.” Luah Gyllensjo tanda bangga.

Pemain sehebat Zlatan pernah mengalami krisi keyakinan diri di awal kariernya namun dengan semangat yang kental serta dorongan daripada orang yang betul Zlatan kini penuh dengan keyakinan yang tak pernah terfikir bahawa Zlatan akan mengalami situasi begini.

Kini Zlatan Ibarhimovic menggelarkan dirinya sebagai Singa yang menawan keluarga bahagia. Dulu Zlatan umpama biri-biri yang hampir putus asa tetapi bangkit menjadi Singa.

“Rise and Rise Again Until Lambs Become Lions”

Sumber : Manchester Evening News

BACA:  Ibrahimovic Pernah Minta Untuk Tidak Dibayar Gaji Ketika Bersama Manchester United