Jurgen Klopp mengakui bahawa adalah sesuatu memalukan bila dilihat dominasi Liverpool bersama Manchester City di Premier League sejak beberapa musim yang lalu telah pun tamat.
Tidak dapat dinafikan lagi Liverpool dan Manchester City saling lari berkejaran dalam mengejar gelaran Premier League terutamanya pada musim lalu tempoh 15 minit terakhir menjadi penentu.
Itulah kemuncak buat Liverpool apabila terus terciduk teruk musim ini dengan kesalahan itu cuba diletakkan pada masalah kecederaan dan kelab lain mampu berbelanja.
Jika tempoh 5 tahun dengan satu kejuaraan Premier League dipanggil satu dominasi dan tidak mendominasi adalah memalukan, apakah tahap bagi pasukan menjuarai EPL 13 kali dalam 20 tahun yang hampir menghilang?
📺 Jurgen Klopp on other teams:
"They are all investing and improving. They all do extremely well and they are not going away. What happened in the last few years between City and Liverpool was absolutely exceptional. Crazy consistency. It will get tougher for everybody." 🔴 pic.twitter.com/c8Wn0kJBb0
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023
Jurgen Klopp mengakui situasi ini sangat memalukan ketika bercakap dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Brighton dalam pusingan ke-4 Piala FA pada hari Ahad.
“Apa yang berlaku dalam liga bersama City dan kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini benar-benar luar biasa,” kata Klopp.
“Agak memalukan untuk diperkatakan tetapi tahap konsistensi yang kami tunjukkan dalam tempoh itu adalah gila. Benar-benar gila.”
“Tetapi kami tidak menggunakan itu walaupun satu peratus sebagai alasan untuk mengatakan ‘lima tahun kami telah mengendalikan bola sepak, sekarang kami perlu menontonnya seperti ini’.”
"What happened in this league with City and us in the last few years was absolutely exceptional." 🗣️
Liverpool manager Jurgen Klopp was asked if he thought that Liverpool and Man City's recent dominance of the Premier League was over ⬇️ pic.twitter.com/l0njzswICY
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 29, 2023
Jurgen Klopp tidak akan menggunakan itu sebagai satu alasan tapi telah menyebutnya untuk mengingatkan semua, kami juara semua Piala dan apa yang penting adalah konsistensi.
“Konsistensi adalah perkara yang paling sukar untuk dimiliki dalam bola sepak dan kita akan lihat bagaimana keadaannya untuk pasukan lain apabila mereka mengalami sedikit kejatuhan atau kecederaan.”
“Tetapi kemungkinan besar ia akan menjadi lebih sukar untuk semua orang di sana untuk kekal di sana, untuk layak ke Eropah, Liga Juara-Juara dan terutamanya menjadi juara.”
“Ia akan menjadi sangat sukar kerana kualiti pasukan, wang di sekeliling dan kualiti jurulatih yang telah banyak meningkat juga.”
Jurgen Klopp reflects on his ‘legacy’ and Liverpool’s golden era
By @RichJollyhttps://t.co/gTPFNCnoxI
— Indy Football (@IndyFootball) January 29, 2023
Semua pasukan kini semakin meningkat dan dengan peningkatan permainan dan tahap mereka bermain akan menyebabkan kelab berbelanja untuk memperkuatkan pasukan. Arsenal giat memperkasakan pasukan untuk mengekalkan penguasaan mereka.
“Arsenal adalah pasukan yang sensasi. Mikel mempunyai banyak masa dengan hanya sedikit bola sepak Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dia melakukan tugas yang cemerlang.”
“Mereka tidak akan pergi dengan mudah dan berkata ‘kami mempunyai satu tahun, terima kasih banyak. United berada dalam masa yang sangat baik, apa sahaja yang berlaku di sana mereka tidak akan berhenti melabur dan bertambah baik.”
“Jika City, secara teorinya, tidak memenangi liga, saya tidak fikir Pep akan menerima situasi seperti ini untuk beberapa tahun. Mereka akan pergi lagi.”
“Tottenham, Newcastle, Brighton bermain dengan sangat baik. Kita kena lihat berapa lama Brighton boleh mengekalkan pasukan itu bersama. Kami tahu perkara seperti ini boleh berlaku jadi ia menjadikannya sangat menarik.”
𝟮 𝗺𝗶𝗻𝘂𝘁𝗲𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝟯𝟮 𝘀𝗲𝗰𝗼𝗻𝗱𝘀 from Jurgen Klopp on why Liverpool won't give up this season. pic.twitter.com/a3x5PRp9dJ
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 28, 2023