Liverpool Bakal Melepaskan 5 Lagi Pemain Pada Jendela Perpindahan Musim Panas Ini

Liverpool sepertinya sedang melalui jendela perpindahan yang sangat sibuk pada ketika ini dengan mereka selain membeli beberapa pemain, mereka turut menjual ramai bintang lain.

The Reds berjaya menandatangani Darwin Nunez dari Benfica dengan bintang Uruguay itu ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga berjaya mendapatkan Fabio Carvalho dari Fulham dan Calvin Ramsay dari Aberdeen.

Ramai pemain yang turut meninggalkan Liverpool pada musim panas ini dan antara yang paling memberi kesan adalah perpindahan Sadio Mane menyertai Bayern Munich.

Takumi Minamino turut meninggalkan kelab untuk menyertai Monaco dengan Divock Origi memilih untuk meneruskan kariernya beraksi bersama AC Milan.

Terbaru, Liverpool turut kehilangan khidmat Ben Davies yang menyertai Rangers dengan pemain pertahanan itu sebenarnya tiada tempat dalam sistem kendalian Jurgen Klopp.

Sepertinya bukan itu sahaja barisan pemain yang akan meninggalkan Anfield pada musim panas ini, dengan lima lagi pemain dijangka akan turut melakukan hal yang sama.

Wartawan ternama, Neil Jones telah mendedahkan bahawa:

β€œNat Phillips, pemain berusia 25 tahun, beliau sangat sesuai beraksi dalam saingan Championship dan beliau juga serasi bermain di Jerman.”

β€œBeberapa pemain juga akan turut pergi sebagai pemain pinjaman seperti pemain midfield, Leighton Clarkson dan Jake Cain serta pemain penyerang Jack Bearne .”

β€œTyler Morton juga mungkin akan berpindah kerana ada kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya.”

β€œBeliau walau bagaimanapun hanya akan dipinjamkan sahaja kerana Liverpool berminat mahu menyimpan pemain berusia 19 tahun itu dengan beliau pada musim lalu sempat membuat sembilan penampilan bersama skuad senior.”

Walau bagaimanapun, kebanyakkan dari perpindahan tersebut hanyalah perpindahan sementara dan hanya perpindahan Nat Phillips sahaja yang akan melengkapkan perpindahan secara tetap.

Berikut merupakan senarai pemain Liverpool yang sudah melengkapkan perpindahan secara tetap pada musim panas ini:

Sadio Mane – Bayern Munich

Neco Williams – Nottingham Forest

Takumi Minamino – Monaco

Marko Grujic – FC Porto

Ben Davies – Rangers

Divock Origi – AC Milan

Sheyi Ojo – Cardiff

Ben Woodburn – Preston

Loris Karius – Masih tiada kelab

Liverpool pada ketika ini sedang menjalani aksi pra-musim mereka di Asia dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sepertinya sedang bergelut dengan masalah besar.

Kem Liverpool dibelenggu masalah kecederaan pada ketika ini dengan beberapa pemain utama mereka menderita masalah kecederaan ketika beraksi dalam aksi perlawanan persahabatan.

Liverpool mencatatkan kekalahan 4-0 bertemu Manchester United dan mereka kemudiannya berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0.

Pembelian mega mereka, Darwin Nunez gagal untuk mempamerkan aksi persembahan terbaiknya pada ketika ini dan para peminat mula bimbang memikirkan adakah beliau individu yang tepat atau tidak untuk ditandatangani sebagai pengganti Sadio Mane.

Dari dua perlawanan terakhir beliau, Darwin Nunez gagal untuk menunjukkan impak seperti yang diharapkan dan beliau juga turut menunjukkan aksi persembahan yang sangat hambar.

Bukan hanya ketika sesi latihan, beliau bahkan turut menunjukkan aksi persembahan yang agak hambar ketika menjalani sesi latihan bersama skuad Liverpool.

Fabio Carvalho sementara itu berjaya mencuri perhatian peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang cukup meyakinkan ketika aksi pra-musim ini.

Bintang Brazil itu bahkan turut dianggap sebagai jelmaan semula Coutinho ketika sedang berada di kemuncak prestasi beliau.

Calvin Ramsay sementara itu dikatakan sedang menerima rawatan pada ketika ini kerana beliau sedang dibelenggu masalah kecederaan.

Melihat kepada persembahan Liverpool pada aksi pra-musim ini, sepertinya mereka sukar untuk mengulangi pencapaian mereka pada musim lalu.

Jurgen Klopp jelas sekali ada perancangan beliau tersendiri untuk membantu The Reds mendapatkan semula tahap persembahan terbaik mereka.

Adakah Liverpool akan mampu mendapatkan semula tahap persembahan terbaik mereka pada musim baharu nanti? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Senarai Kelemahan Utama Yang Ada Pada Liverpool, Chelsea dan Manchester City