Klopp Anggap Gol Neves Tak Aci Kerana Wolves Melepasi Garisan Tengah

Wolves menang bergaya dan berjaya ke atas Liverpool dalam aksi EPL semalam.

Dan paling mencuri tumpuan adalah bagaimana juara enam kali Eropah itu hanyalah menjadi stok lato lato pasukan Wolves.

Wolves membedal Liverpool seperti tiada hari esok.

Liverpool memulakan kekelakaran mereka dengan gol sendiri seawal minit kelima menerusi pemain yang dirahsiakan namanya demi menjaga aib.

7 minit kemudian, belum pun sempat peminat Wolves habis ketawa, satu lagi detik Liverpool bocor lagi kali ini menerusi Craig Dawson.

Pada separuh masa kedua Ruben Neves terus menjadikan Liverpool ibarat tidak berguna dengan gol ketiga minit ke-71. Yang menutup terus peluang The Reds untuk bangkit.

Peminat Liverpool kelihatan tidak mampu berkata apa apa. Kerana pasukan mereka sudah kalah 7 kali musim ini.

Dan kemudian dalam 7 aksi terakhir Liverpool terbenam kepalanya sebanyak 4 kali. Rekod terburuk yang dialami Klopp sejak 7 tahun bergelar pengurus kelab tersebut.

Selepas tamat perlawanan Klopp menganggap hanya 2 gol sahaja patut dikira. Dan gol ketiga Ruben Neves tak aci. Dan tak patut dikira.

Hal ini kerana Klopp tak puas hati dengan taktikal Wolves yang suka berkampung di kawasan sendiri.

Maka mereka tidak harus menjejakkan kaki ke kawasan Liverpool dengan melepasi garis sempadan tengah padang.

Itu peraturan yang sangat pelik ditetapkan Klopp.

Menariknya di Twitter rasmi Wolves, admin page tersebut membuat grafik khas menyatakan Wolves hanya menang 2-0 dan gol Ruben Neves tidak dikira.

Klopp berkata: “Gol ketiga bagi saya, saya tak kira gol itu. Kerana itulah kali pertama mereka melepasi garisan tengah padang pada separuh masa kedua.”

Klopp kemudian membidas pasukannya sendiri yang seolah olah berterusan memberikan lawan menjaringkan gol awal.

Kelakukan tidak bertamadun itu sukar dihadam oleh Klopp pada ketika ini. Kerana mereka seolah olah menjadi bahan jenaka pasukan lain.

Klopp menambah:”Dua lagi gol, dengan situasi kami katakan sepanjang minggu lalu, menuju ke perlawanan, ini adalah permulaan yang sangat buruk.”

Ianya kekalahan ketujuh Liverpool musim ini dengan penyokong Wolves mengejek beliau dengan lagu: “Kamu akan dipecat pada sebelah pagi!”

Twitter Wolves dengan rasa rendah diri telah mengensel gol Ruben Neves dan biarlah pasukan mereka cuma menang 2-0. Asalkan Klopp terus kekal di Liverpool dan memberikan hiburan buat semua.

Sindiran itu membuatkan ramai pemian terharu dengan Wolves yang baik hati menjaga hati Klopp yang sedang bergelora.

Liverpool kini berada di tangga kesepuluh. Dipintas oleh Chelsea yang tak perlu menjaringkan gol pun untuk memintas mereka.

Walaupun kalah, peminat Liverpool masih optimis bahawa pasukan mereka akan mampu menjulang Liga Juara Juara Eropah musim ini sebagai cara layak ke UCL musim hadapan.

Jika gagal, Liverpool dalam masalah. Kerana mereka berpotensi hanya melepak di kedai mamak ketika pasukan lain bermain tengah minggu untuk aksi Eropah.

Klopp sebelum ini menafikan bahawa pasukannya memerlukan pemain baharu.

Kerana menurutnya pasukan yang sedia ada cukup kuat untuk bersaing dengan lawan mereka.

Ramai menjangkakan mas depan Klopp kini dalam bahaya. Walaupun FSG sudah memberikan jaminan akan mengekalkan Klopp walau apa berlaku.

Janji yang sama mereka buat kepada Brendan Rodgers dulu. Sebelum dia dipecat tanpa belas.

Pada pandangan sidang pembaca sekalian, adakah Jurgen Klopp akan dipecat? Jika ya jangan lupa terus ketawa. Jika tidak teruskan ketawa juga.

BACA:  Klopp Tidak Mahu Liverpool Berubah Bagi Memastikan Salah Raih Kasut Emas