Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan mencipta sejarah tersendiri apabila bakal menjadi pengurus pertama Premier League yang mengharamkan para pemainnya daripada menyertai tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing.
Liverpool selaku penyandang juara melalui musim yang sukar dengan kepadatan jadual serta kecederaan demi kecederaan yang di alami oleh pemain tongga sehingga menjejaskan prestasi di padang.
The Reds telah kehilangan ramai pemain dalam tempoh ini dan ada diantara mereka hilang untuk tempoh yang panjang termasuklah Joe Gomez yang sudah tamat musimnya kerana cedera untuk tugasan antarabangsa.
Liverpool defender Joe Gomez has suffered an injury while on international duty with England, per @_pauljoyce pic.twitter.com/v1na4rhv7j
— B/R Football (@brfootball) November 11, 2020
Isu kecederaan bukanlah kebimbangan utama Klopp tetapi dengan situasi semasa dunia, banyak negara yang berada dalam senarai zon merah dan pemain yang kembali dari sana diwajibkan menjalani kuarantin 10 hari.
Jika ini terjadi bermakna para pemain akan terlepas perlawanan Premier League dan mungkin juga perlawanan Eropah.
Ini merupakan sesuatu yang semua peminat bola sepak boleh faham kenapa Jurgen Klopp tidak bersedia untuk menghadapi situasi ini.
Jurgen Klopp to ban Liverpool players from international duty if they face quarantine on return #LFChttps://t.co/9FVfjhqIMB pic.twitter.com/7bEf9ZdURE
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) March 3, 2021
Perkara ini diluahkan sendiri oleh Klopp dalam satu sidang media pra-perlawanan.
“Aku fikir semua orang bersetuju bahawa kami tidak boleh benarkan pemain pergi dan bermain untuk negara mereka dan kembali dan dikuarantin selama 10 hari di hotel.”
“FIFA agak jelas bahawa kami tidak patut membiiarkan pemain pergi kali ini dan aku rasa semua kelab setuju dengan masalah yang sama. Kami tidak boleh biarkan pemain pergi.”
“Kami tidak boleh tunggu untuk menyelesaikan situasi ketika mereka kembali dengan menempatkan pemain kami untuk dikuarantin 10 hari di hotel. Itu tidak mungkin.”
Liverpool could BAN❗️players from International duty this month.#Liverpool boss Jurgen Klopp says it is not reasonable for clubs to be expected to lose their players to international duty if they then must quarantine in a hotel on their return. #YNWA | #LFC | #PL pic.twitter.com/FQDjD6gaPT
— The Football District (@ThisIsTFD) March 3, 2021
Dalam sidang media ini Klopp telah meminta para pemain supaya menunjukkan kesetiaan kepada kelab mereka dan bukan pasukan kebangsaan.
“Aku faham keperluan setiap FA yang berbeza, tetapi kita harus akaui bahawa pemain dibayar oleh kelab jadi itu bermakna kelab perlu menjadi keutamaan pertama.”
“Ini adalah masa di mana kami tidak boleh membuatkan semua orang gembira.”
“Kami tidak 100 peratus yakin kerana beberapa negara mungkin memutuskan untuk menukar tempat perlawanan dan bermain di negara yang tidak berada dalam zon merah.”
Liverpool could ban players from International duty this month –
Liverpool boss Jurgen Klopp says it is not reasonable for clubs to be expected to lose their players to international duty if they then must quarantine in a hotel on their return. pic.twitter.com/TpN8djVoIf
— The Terrace (@TFTerrace) March 3, 2021
Jurgen Klopp menjadi pengurus pertama membuat pengharaman ini namun rasanya bukan yang terakhir kerana mungkin ada pengurus pasukan lain yang akan mengikut jejak Klopp.
Sekiranya pemain England kembali pada 28 haribulan selepas menentang Albania dan dikuarantin 10 hari maka mereka akan terlepas perlawanan Liverpool menentang Arsenal.
Pemain ini juga berpotensi untuk terlepas perlawanan suku akhir Champions League jika layak la kan?