Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya mampu ketawa besar usai ditanya oleh wartawan akan peluang dan nasib Liverpool untuk bergelar juara Premier League musim ini, masih ada atau tidak?
Jurgen Klopp telah mengangkat bendera putih tanda menyerah dan percaya Liverpool kini sudah pun terkeluar dari perlumbaan untuk mengejar kejuaraan liga selepas tewas kepada Arsenal.
Liverpool kini berada ditangga ke-10 liga selepas hanya mencatatkan dua kemenangan dari 8 perlawanan disusuli empat keputusan seri dan dua tewas kepada Arsenal dan Manchester United.
Dengan prestasi yang terumbang-ambing dan sendu, Liverpool yang bermain kurang satu perlawanan 14 mata dibelakang pendahulu liga Arsenal yang disebut-sebut sebagai pencabar kejuaraan bersama Manchester City.
Klopp watching Arsenal train 😭 pic.twitter.com/atIv9HECqi
— 𝓛𝓮𝓮🍊 (@IeeSZN) October 9, 2022
Selepas perlawanan, Klopp ditanya oleh wartawan beIN Sport Carrie Brown:
“Anda berkata sebelum pertemuan ini bahawa perlumbaan kejuaraan sudah berakhir….”
Sebelum Brown sempat selesai bertanya soalan penuh, bertaburan ketawa keluar dari mulut Jurgen Klopp.
Jurgen Klopp is definitely playing down Liverpool's title hopes this season!
🎤 @CarrieBrownTV#beINPL #ARSLIV 🔴🔴 pic.twitter.com/dKDCyKPvo6
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) October 9, 2022
Wartawan beIN Sport kemudian meneruskan soalannya selepas Klopp selesai ketawa:
“Adakah anda benar-benar percaya bahawa selepas persembahan ini, ia kini jurang 14 mata – jurang yang besar, walaupun dengan kelebihan satu permainan dalam tangan – adakah anda benar-benar sudah angkat bendera putih pada awal musim ini?”
Jurgen Klopp dengan yakin dan pasti mengiyakan bagi menjawab soalan itu dan berharap kepada keajaiban untuk Liverpool kembali menjadi pencabar:
“Ya sudah tentu.”
“Ia tidak menarik. Jika sebarang keajaiban berlaku dalam beberapa bulan akan datang secara tiba-tiba kerana semua yang lain mula tewas semua perlawanan mereka dan kami mula menang.”
Seven years ago today, Jürgen Klopp became a Red, and we’re so glad! 🥰🎶
Here’s to creating many more special memories, boss ❤️ pic.twitter.com/zH0WHksGNQ
— Liverpool FC (@LFC) October 8, 2022
Klopp dan anak buahnya kini dalam proses untuk memenangi perlawanan secara konsisten dan perkara itu belum ditemui lagi.
“Itu adalah perkara pertama yang perlu kami lakukan, maka kami akan berada dalam perebutan gelaran sekali lagi.”
“Kami boleh bercakap tetapi ini sebenarnya bukan masalah kami. Kami memahami keadaan, kami mempunyai masalah lain.”
“Kami perlu mencari jalan untuk memenangi perlawanan bola sepak secara konsisten dan itu masih belum berjaya musim ini.”
Klopp admits this leaves them “Not in the title race” he explained how tough it is to have to answer “all of the questions” at times like this. Still managed to be good value, even when he’s clearly fuming #ARSLIV pic.twitter.com/s4CQR9awor
— Alison Bender (@alibendertv) October 9, 2022
Klopp kemudian menjelaskan komennya dalam sidang akhbar selepas perlawanannya:
“Kami tidak berada dalam perebutan kejuaraan. Adalah naif untuk duduk di sini dan berfikir bahawa kami masih lagi menjadi pencabar.”
Klopp akui pasukannya adalah pasukan yang sedang dalam krisis prestasi. Tetapi dia gembira apabila melihat pasukannya masih mampu memberikan masalah kepada pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik iaitu Arsenal.
Klopp menambah:
“Jadi, kami pasukan yang bermasalah pada masa ini, tetapi kami juga masih mampu menyebabkan pasukan dalam prestasi terbaik [Arsenal], pendahulu liga, memberikan mereka masalah besar hari ini.”
“Walaupun dalam situasi yang sangat buruk untuk kami, tetapi kami masih memberikan mereka masalah sebenar. Itu kebenarannya juga. Kita kena teruskan.”
Jurgen Klopp talking to @JanAageFjortoft here. He looks very down, understandably. Managers are always so relaxed with Jan and this interview is well worth a watch #LFC pic.twitter.com/Dh292hfHdf
— Kevin Palmer (@RealKevinPalmer) October 9, 2022
Liverpool seterusnya menentang Rangers di Ibrox dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu sebelum kembali ke aksi Liga Perdana menentang juara bertahan Manchester City di Etihad pada hari Ahad.
“Sudah tentu, dalam situasi seperti kami, kami menentang Arsenal, kami akan bermain menentang Rangers dan kemudian kami menentang Man City.”
“Adakah itu lawan yang sempurna untuk mencari keyakinan kembali? Mungkin tidak. Tetapi kami akan turun ke sana dan melawan. Itulah yang kami perlu buat dan itulah yang kita lakukan.”
“Kami berada dalam saat yang sukar dan kami mahu mengharungi ini bersama-sama dan itulah yang sedang kami usahakan.”
Selain masalah prestasi pemain yang menyaksikan Liverpool gagal mempamerkan permainan bertekanan tinggi dengan berkesan hingga bocor sana-sini, masalah kecederaan juga menghantui pasukan.
Jurgen Klopp menyedari masalah yang dihadapi Liverpool kini tapi hidup kena terus dan lawan tetap lawan walaupun pasukan mana yang datang Liverpool akan hadap.