Klopp: Liverpool Tidak Akan Jual Pemain Kepada Seteru Pada Pertengahan Musim

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata Liverpool tidak akan sekali-kali menjual pemain mereka kepada seteru liga pada pertengahan musim sebagaimana yang berlaku ke atas Arsenal ketika ini.

Pemain antarabangsa Chile ini semakin hampir untuk diumumkan menjadi pemain Manchester United yang baru dengan Henrikh Mkhitaryan bakal menyertai Arsenal dalam perjanjian pertukaran pemain.

Klopp tidak faham perangai Wenger yang suka jual star player kepada seteru utama

Perpindahan ini sudah pasti bakal memperkuatkan pasukan Manchester United dalam misi mereka mengejar kedudukan Manchester City yang kini selesa berada di persada liga.

Walaubagaimanapun, Klopp berkata beliau tidak akan sekali-kali membenarkan pemain Liverpool berpindah ke pasukan yang dianggap seteru utama ketika musim sedang berlangsung.

“Tiada pemain Liverpool akan berpindah seperti  Sanchez ke Manchester United. Bukan kerana  kami tidak membenarkannya tetapi komitmen pemain kepada kelab ini.”

“Pemain kami tidak akan berpindah menyertai seteru Liga Perdana Inggeris lain ketika musim sedang berjalan. Ianya mustahil untuk berlaku di Liverpool.”

Klopp percaya Liverpool berada dalam landasan yang baik ketika ini

“Tiada pemain Liverpool akan berkata, ‘OK. Saya akan berpindah menyertai pasukan lain pada pertengahan musim.’ Saya masih lagi belum dapat menerima situasi ini.”

Klopp mengakui pasukannya sedang menjalani fasa pembangunan, tetapi beliau percaya Liverpool kini sedang berada dalam landasan yang betul untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

“Saya melihat komitmen pemain yang saya ada sekarang. Kami bukan pasukan yang telah bersama selama 10 tahun. Walaupun ini bukan permulaan, pasukan ini masih lagi segar dan sedang berada dalam landasan yang tepat dari segi arahtuju dan pembangunan kelab.”

“Saya tahu pasukan kami masih lagi jauh dari sempurna tetapi mereka berada dalam landasan yang baik.”

Liverpool bakal menyambung aksi Liga Perdana Inggeris dengan berkunjung ke Liberty Stadium dalam perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi Selasa ini. Mereka kini berada di kedudukan ke-4 tetapi berpeluang menyamai mata yang dicapai Chelsea jika berjaya menang ke atas Swansea.

BACA:  EFL Cup 2021/22: Liverpool 0-0 Chelsea ( Penalti 11-10)