Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah merengek dan merungut mengenai kuasa kewangan dimiliki oleh Manchester City dan Newcastle United serta Paris Saint Germain dalam pembelian pemain yang disifatkan sebagai tiada siling atau had.
Manchester City mendominasi liga domestik sejak diambil alih, Newcastle United dan Paris Saint-Germain mampu berbelanja lebih daripada orang lain dan perkara ini telah mencipta ketidakseimbangan dalam bola sepak.
Jurgen Klopp secara terang-terangan menyalahkan pengaruh wang dari kekayaan pemilik memberi kesan negatif kepada bola sepak, dengan menegaskan bahawa ‘tiada siapa yang boleh bersaing’ dengan kekayaan Manchester City.
Entah apa yang merasuk Jurgen Klopp menjelang perlawanan Liverpool menentang Manchester City apabila telah memberikan jawapan yang sangat diluar kotak.
Ketika ditanya bagaimana pertahanannya mampu menghalang Haaland, Klopp memberikan jawapan yang terus terang dan penuh ikhlas.
Dia memberitahu pemberita:
“Anda tidak akan menyukai jawapan itu dan anda semua sudah mempunyai jawapannya. Tiada siapa yang boleh bersaing dengan City.”
“Anda mempunyai pasukan terbaik di dunia dan anda mempunyai penyerang terbaik di pasaran, tidak kira apa harganya. , awak buat saja.”
“Saya tahu City tidak akan menyukainya, tiada siapa yang akan menyukainya. Anda telah bertanya soalan itu tetapi anda tahu jawapannya.”
Jurgen Klopp menamakan Newcastle dan gergasi Ligue 1 Paris Saint-Germain sebagai tiga pasukan yang boleh melakukan ‘apa sahaja yang mereka mahu’ hasil dari pemilikan mereka.
"There's no ceiling for Newcastle. Congratulations. Some other club's have ceilings."
Jurgen Klopp has his say on the financial resources of clubs like Man City and Newcastle pic.twitter.com/OpkiZHLD0S
— Sky Sports News (@SkySportsNews) October 14, 2022
Manchester City dan Newcastle dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dana pelaburan awam Arab Saudi, manakala pemilik PSG berasal dari Qatar.
Ketiga-tiga kelab mempunyai kuasa kewangan yang besar dan tidak terhad kerana kekayaan yang dimiliki pemilik mereka, Klopp percaya mereka tidak boleh dihalang.
Jurulatih dari Jerman itu meneruskan:
“Apa yang Liverpool lakukan? Kami tidak boleh bertindak seperti mereka. Tidak mungkin. Tidak mungkin. Ia jelas dan sekali lagi anda tahu jawapannya.”
“Terdapat tiga kelab dalam bola sepak dunia yang boleh melakukan apa yang mereka mahu dari segi kewangan.”
“There are THREE clubs in world football who can do what they want financially!” 🤯
Jurgen Klopp’s full EPIC rant on FFP and trying to keep pace with Manchester City 👀
🔗 https://t.co/cLsU3DGUgj#LFC | #LIVMCI pic.twitter.com/4BIO35vPXH
— Hayters TV (@HaytersTV) October 15, 2022
“Ia adalah sah dan segala-galanya baik tetapi mereka boleh melakukan apa yang mereka mahu. Mereka akan berkata ‘ya tetapi kami ada…’ tetapi itulah hakikatnya.
“Saya mendengar sekarang bahawa di Newcastle seseorang (pengarah sukan Dan Ashworth) berkata ‘tiada siling untuk kelab ini’.”
“Ya! Dia betul. Dia betul-betul betul. Tiada siling untuk Newcastle. Tahniah, tetapi kelab lain mempunyai siling.”
Perbelanjaan bersih Liverpool sejak ketibaan Klopp tujuh tahun lalu ialah £170.3 juta dengan purata perbelanjaan £24.32 juta setiap musim.
"Nobody can compete with City. We cannot act like them, it's not possible."
"Newcastle have said 'there's no ceiling for this club', and he's absolutely right. Congratulations. Some other clubs have ceilings."
🗣 Jurgen Klopp pic.twitter.com/5ieS3MANQO
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) October 14, 2022
Mereka menandatangani Fabio Carvalho, Calvin Ramsay dan Darwin Nunez pada musim panas sambil mengimbangi buku dengan jualan Sadio Mane, Takumi Minamino dan Neco Williams.
Musim ini Liverpool telah membelanjakan £81.27 juta untuk pemain baharu dan memperoleh £72.63 juta dari penjualan pemain.
Manchester City juga turut memperkasakan skuad mereka. Mereka membenarkan Raheem Sterling menyertai Chelsea, manakala Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko berpindah ke Arsenal dan hasil jualan pemain, City meraih £143.91 juta .
Guardiola telah membelanjakan £125.55 juta untuk menambah Erling Haaland, Kalvin Phillips, Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Stefan Ortega kepada skuadnya sebagai tindak balas kepada penjualan pemain.
Saudi takeover will allow Newcastle to spend over £200million WITHOUT breaching FFP rules https://t.co/ctQXPaKQCE
— MailOnline Sport (@MailSport) October 7, 2021
Selepas ditolak tambah, Manchester City menjana keuntungan sebanyak £18.36 juta berbanding Liverpool yang rugi £8.64 juta dari urusan jual beli pemain.
Peraturan FFP diperkenalkan UEFA pada tahun 2013 untuk memastikan tahap kewangan kelab yang berdaftar dengan badan induk itu berada dalam keadaan yang sihat.
Ia juga diperkenalkan bagi memastikan kelab tidak mempunyai hutang yang terlalu tinggi dan berbelanja seimbang dengan tahap kewangan kelab tersebut.
Segala perbelanjaan kelab Premier League dari 2013 sehingga kini adalah tertakluk kepada peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) termasuklah Newcastle United dan Manchester City.
💰 Liverpool net spend since 2016 – £𝟏𝟕𝟎.𝟑𝐦
💰 Man City net spend since 2016 – £𝟒𝟖𝟏𝐦 pic.twitter.com/1fiDuUZh3x
— Football Daily (@footballdaily) October 15, 2022
Secara perbandingan perbelanjaan Liverpool dan Manchester City sejak tahun 2016 berdasarkan laporan daripada Football Daily:
Perbelanjaan Bersih Liverpool sejak 2016 – £170.3 juta
Pembelian Pemain – £656 juta
Penjualan Pemain – £485.7 juta
Purata setahun – £24.32 juta
Perbelanjaan Bersih Manchester City sejak 2016 – £481 juta
Pembelian Pemain – £1.05 bilion
Penjualan Pemain – £568.6 juta
Purata setahun – £68.71 juta
Jika dilihat kepada perbelanjaan City secara purata adalah £68.71 juta semusim dan tidaklah melampau seperti didakwa Klopp seperti tiada had untuk kelab ini.