Jurgen Klopp sepertinya akan memiliki pemain bernilai €100 juta dalam skuadnya pada musim hadapan selepas Liverpool kini semakin hampir pasti akan menandatangani Darwin Nunez.
Walau bagaimanapun, Jurgen Klopp sendiri sebenarnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa beliau tidak akan menandatangani pemain yang bernilai €100 juta ke dalam skuadnya.
Kenyataan itu telah dikeluarkan oleh pengurus Liverpool itu pada enam tahun lalu dan hari ini sepertinya beliau akan memakan semula kata-katanya itu dengan membeli seorang pemain yang bernilai €100 juta.
Jurgen Klopp on Man United signing Pogba for €100m back in 2016:
🗣 "The day that this is football, I'm not in a job anymore, because the game is about playing together."
🗣 "Other clubs can go out and spend more money and collect top players. I want to do it differently." pic.twitter.com/WRl51tyjdv
— SPORTbible (@sportbible) June 11, 2022
Jurgen Klopp mula menyertai Liverpool pada tahun 2015 yang lalu dan kehadiran beliau benar-benar mengubah skuad The Reds dari pasukan badut menjadi gergasi yang digeruni.
Musim ini sahaja beliau berjaya membantu Liverpool memenangi dua piala, FA Cup dan Carabao Cup dan beliau juga hampir-hampir membantu The Reds memenangi gelaran Premier League dan Champions League musim ini.
Beliau berjaya mengubah Liverpool dengan menandatangani pemain-pemain berpotensi dan mengubah mereka menjadi bintang besar.
Pemain-pemain yang beliau tandatangani jelas sekali merupakan bintang-bintang yang beliau rasakan mampu untuk bermain dengan sistem kendaliannnya.
Kehebatan beliau membentuk sendiri pemain membantu Liverpool jimat banyak dengan The Reds kebiasaannya tidak berbelanja besar berbanding pasukan seteru mereka.
"Jurgen Klopp questiona gastar £100 milhões em um jogador após a transferência de Paul Pogba do Manchester United: 'No dia em que isso for futebol, não estou mais no emprego'."
Kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk https://t.co/yJlByKyAmg
— Burt 🏴🇧🇷 (@Burtcrf_Utd) June 11, 2022
Pemenang tempat kedua saingan Premier League itu ketika ini sepertinya semakin hampir pasti untuk memecahkan rekod perpindahan termahal mereka dengan menandatangani Darwin Nunez.
Liverpool dilaporkan sudah berjaya mencapai kata sepakat dengan Benfica dan Darwin Nunez dilaporkan hanya menunggu masa sahaja untuk diumumkan sebagai pemain Liverpool.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu dilaporkan akan mengeluarkan dana bernilai €80 juta berserta bonus tambahan bernilai €20 juta untuk mendapatkan bintang Benfica itu.
Nilai tersebut sepertinya £10 juta melebihi nilai yang mereka keluarkan untuk mendapatkan khidmat Virgil Van Dijk dari Southampton sebelum ini.
Ia jelas sekali satu hal yang agak aneh dilakukan oleh Jurgen Klopp terutama memikirkan yang beliau merupakan individu paling lantang menentang penjualan pemain bernilai €100 juta pada tahun 2016 yang lalu.
Beliau bersuara tentang hal tersebut ketika Manchester United menandatangani Paul Pogba dengan yuran perpindahan bernilai €105 juta.
£67m for Alisson
£75m for Van Dijk
£80m for Nunez
FSG and especially John Henry have shown aggression and intent in the transfer market. They backed Klopp and deserve credit for moments like these. pic.twitter.com/I6YMm0xIhy
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) June 11, 2022
“Jika kamu bawa masuk seorang pemain dengan nilai £100 juta dan dia mengalami kecederaan, maka ia semuanya akan melalui chimney.”
Jelas Jurgen Klopp pada tahun 2016 yang lalu.
“Pada hari bola sepak berjalan seperti ini, saya sudah tidak akan bekerja lagi, kerana permainan ini tentang bermain bersama.”
“Inilah bagaimana semua orang dalam dunia bola sepak faham tentangnya. Kamu sentiasa mahukan yang terbaik, tapi membina satu kumpulan adalah satu hal yang dituntut untuk berjaya.”
“Kelab lain boleh keluar dan berbelanja lebih dan kutip pemain bintang. Saya mahu lakukannya dengan cara berbeza. Saya bahkan boleh lakukan dengan lebih berbeza jika saya boleh berbelanja.”
“Saya tak tahu dengan tepat berapa banyak duit boleh kami belanja kerana tak ada sesiapa beritahu saya tentang itu.”
“Jika saya berbelanja, ia kerana saya sedang berusaha membina skuad, skuad yang terbaik. Barcelona lakukan itu. Kamu boleh menang Championship, kamu boleh menang piala, tapi masih ada adab untuk kamu lakukan apa yang mahu kamu lakukan.”
Walau bagaimanapun, jika mengikut mata wang pounds, nilai Darwin Nunez masih belum melepasi 100 juta dan sepertinya Klopp masih berpegang pada kata-kata beliau sebelum ini.
The Promised One: Liverpool’s Biggest Transfer Window In The Jurgen Klopp Era
If FSG and Julian Ward get this summer wrong, then we could easily fall backwards.
✍️@LFCTransferRoom https://t.co/zZLMRD1mpD
— Damon Carr (@da9mo) June 6, 2022
Nilai Nunez juga sepertinya tidak sebesar nilai yang Manchester United belanjakan untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba.
Pemain berusia 22 tahun itu bakal menjadi pemain keempat paling mahal dalam saingan Premier League selepas Jack Grealish, Romelu Lukaku dan Paul Pogba.
Walaupun jumlah perbelanjaan Liverpool akan lebih kurang berbanding pasukan seteru seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea, namun Klopp sebenarnya sudah memiliki pertahanan termahal seperti Virgil Van Dijk dan penjaga gol termahal seperti Alisson Becker.
Pada tahun 2016 juga, Jurgen Klopp ada menyatakan yang beliau hanya mahu menandatangani pemain yang bukan sasaran kelab lain dengan menyatakan:
“Jika kamu semua berenang di kolam yang sama, kolam itu akan menjadi sangat kecil, sama macam kamu semua pergi kejar pemain yang sama.”
“Masih ramai pemain lain di luar kolam, pemain bagus yang bersedia untuk jadi lagi bagus untuk karier mereka. Kita cuba cari mereka.”
Walau bagaimanapun, dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini sahaja, Liverpool sepertinya sudah dua kali sailang pemain sasaran pasukan seterunya.
Klopp says he'll quit football if it ever becomes 'biggest spender always wins' https://t.co/mdlJtE8g7E
— #DISUNOMICS (@_NOMICS) June 11, 2022
Beliau sebelum ini menandatangani Luis Diaz yang menjadi buruan Tottenham Hotspur dan kini Darwin Nunez yang menjadi pemain sasaran United sebelum ini.
Sumber: SPORTbible