Pengurus Barcelona, Ronald Koeman tanpa segan silu dan penuh yakin telah memanggil seorang pemain muda sebagai ‘Leaker’ atau mulut tempatan dihadapan semua pemain yang lain.
Panggilan itu telah Ronald Koeman tujukan kepada pemain lepasan akademi La Masia, Riqui Puig di dalam bilik persalinan yang dihuni seluruh pasukan.
Ronald Koeman dilaporkan telah mengenalpasti Riqui Puig sebagai pemain yang membocorkan maklumat kepada media dan telah memberitahu pemain berusia 21 tahun itu:
“Kau mulut tempayan(pembocor maklumat.”
Menurut penerbitan dari Sepanyol, El Pais, pemain muda itu telah memberitahu kepada media bahawa Koeman telah menyuruh beliau meninggalkan kelab secara pinjaman.
A slap on the face of Ronald Koeman. Riqui Puig was just phenomenal against Juventus. #BarcaJuvepic.twitter.com/BEygAPK4zd
— Usama Imtiaz (@UsamaImtiaz37) December 8, 2020
Dengan tersebarnya berita ini kepada media, Koeman telah melabel pemain tesebut mulut tempayan sebelum perlawanan Joan Gamper Trophy pada awal musim lalu.
Namun Riqui Puig tidak dipinjamkan ke mana-mana pasukan dan setakat ini hanya membuat empat penampilan sahaja dalam semua kejohanan dan semuanya bermula dari bangku simpanan.
Peminat percaya Riqui Puig merupakan pemain masa depan Barcelona dan patut diberikan peluang terutamanya selepas menunjukkan prestasi yang padu menentang Juventus di Champions League.
My commentator: "of all the young players playing for Barcelona right now, Puig seems to be the best."
My commentator is probably not even a Barça fan and already sees the light, but Ronald Koeman, FC Barcelona coach, sees nothing. pic.twitter.com/N9ljCUWjB2
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) December 8, 2020
Menurut peminat Barcelona, bagi mereka, Riqui Puig merupakan pemain muda Barcelona yang terbaik di antara pemain muda yang lain.
Bagi mereka bukan peminat Barcelona sahaja yang melihat sinar masa depan daripada Riqui Puig malah orang luar.
Mereka beranggapan Ronald Koeman tidak nampak permata di depan mata dan ada yang mahukan Ronald Koeman tampil memberi penjelasan.
In the 85 minutes that he played this season, Riqui Puig provided 5 key passes, 7 accurate long balls, had 138 ball contacts, and completed 4 dribbles.
Explain, Koeman. pic.twitter.com/5w4Oz49e3F
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 8, 2020
Mungkin kini kemusykilan dan tanda tanya para peminat Barcelona sudah terjawab kenapa Koeman yang terkenal dengan sikap keras kepalanya ini tidak menurunkan Riqui Puig.
Walau sepadu dan sepower mana pun pemain bila dibenci oleh pengurus sudah pasti sukar untuk mendapatkan tempat kecuali keadaan terdesak.
Ataupun mungkin di mata Ronald Koeman, Riqui Puig tidak sesuai dengan taktikalnya dan biasa-biasa saja kerana Koeman mengadap pemainnya setiap hari.
At least Koeman can focus all his efforts on stopping people eating chips without mayonnaise now pic.twitter.com/B4bziycTdn
— Asif Rasheed (@AJR2210) October 23, 2017
Koeman yang sukakan menikmati chip dicicah mayonis dengan sikap keras kepalanya bukan perkara baru tapi sejak bergelar pemain lagi.
Bekas penyerang Newcastle dan juga bekas rakan sepasukan Koeman, Rob McDonald telah menceritakan kedegilan Koeman yang dilarang menikmati chip dengan mayonis.
“Ronald telah mengambil beberapa keping chip dan mencicah dengan mayonis di hadapan pengurus.”
Kemudian pengurus telah meberi amaran bahawa beliau akan didenda 500. Namun Koeman dengan selamba membalas:
“Jadikan 1000.”
Sikap keras kepala Koeman setakat ini belum menampakkan hasil yang berkesan setakat ini di Nou Cam dan Barcelona masih lagi terumbang-ambing.