Koeman Tolak Rayuan Barca, Mintak Kurang Bayaran Pampasan

Situasi ekonomi Barcelona yang teruk kini menjadi semakin parah selepas pihak kelab memutuskan untuk memecat Ronald Koeman.

Hal ini kerana pengurus dari Belanda itu menuntut setiap sen yang Barca hutang padanya, dan menolak permintaan dari kelab untuk mengurangkan pembayaran pampasan.

Sport.es mengeluarkan kenyataan dari wartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Koeman, Lluis Canut yang mendakwa bahawa Barcelona merayu kepada bekas pengurus kelab itu untuk terima pampasan lebih rendah.

Barcelona sepatutnya perlu membayar €12 juta kepada Ronald Koeman kerana memecat beliau, namun mereka kini tampil berunding untuk mintak kurang harga.

“Dia (Ronald Koeman) mahu menuntut setiap sen yang tinggal.”

“Ia 12 juta, tapi saya mahu jelaskan yang nilai ini tiada kena mengena dengan duit yang dibayar kepada negara Belanda (untuk menandatangani Koeman), untuk itu Barcelona terus bayar €5 juta.”

“Saya tak tahu seandainya nilai 12 juta ini termasuk apa yang perlu dibayar kepada pegawai teknikal dia atau untuk dia sahaja, dia menuntut semua termasuk 45% yang dia setuju tangguhkan kerana pandemik musim lalu.”

Canut mendakwa yang CEO Barca, Ferran Reverter telah membuat tawaran rasmi kepada Koeman yang mana ia dipercayai bernilai 7 ke 8 juta Euro, namun bekas pemain midfield kelab itu menolak untuk berunding.

“Dalam perbualan pertama mereka, mereka ada bertanya kepada dia untuk terima pemotongan bernilai 7 ke 8 juta, jauh dari nilai 12 yang sepatutnya mereka bayar.”

“Ia merupakan kontrak yang sudah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, namun pimpinan kelab pada ketika ini tidak tahu tentang isi kontrak tersebut, ini bukan soal balas dendam tapi ia memang perlu dibayar.”

Koeman telah dipecat dari menjadi pengurus Barcelona pada awal minggu lalu, selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan Rayo Vallecano dalam aksi saingan La Liga.

Hal itu telah menyebabkan Barcelona jatuh terperosok ke kedudukan kesembilan dalam carta liga, dan ia merupakan permulaan musim paling teruk dalam sejarah kelab.

Sergi Barjuan ketika ini merupakan pengurus interim kelab dan beliau turut berdepan dengan kekecewaan selepas sekadar membantu Barca mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Alaves kemarin.

Memphis Depay meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-49 permainan, namun Luis Rioja berjaya memadam kelebihan gol tersebut tiga minit selepas itu.

Pemain legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Xavi merupakan calon kegemaran yang dilaporkan akan menjadi pengurus kelab selepas ini.

Walau bagaimanapun, pemenang Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Sepanyol itu masih terikat dengan kelabnya pada ketika ini, Al-Sadd.

Beliau dikatakan sudah bersetuju untuk menjadi pengurus Barcelona, dan kini beliau sedang berurusan dengan gergasi Qatar itu terlebih dahulu, sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pengurus Barca.

Tugas berat menanti Xavi seandainya beliau benar-benar sah menjadi pengurus Barcelona nanti, dengan kelab sedang bergelut dengan masalah prestasi, dan ditambah pula dengan kedudukan ekonomi kelab yang sangat teruk pada ketika ini.

Barcelona kini perlu selesaikan masalah mereka dengan Koeman yang tidak mahu di bawa berbincang, dan membayar segala yang dituntut oleh pengurus dari Belanda itu.

Mungkin juga Koeman terkilan kerana rasa dirinya tidak dihargai oleh kelab, dan kerana itulah beliau memutuskan untuk menuntut sepenuhnya apa yang pihak kelab hutang padanya.

Ayat-ayat sedih Barca untuk meminta pengurangan harga sudah tidak laku, dengan Koeman pada ketika ini hanya mahukan bayaran sahaja tanpa mahu berunding.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gundogan Dibenarkan Tamatkan Kontrak Dengan Barcelona Jika Gagal Didaftarkan