Komen Merapu Evra Bantai Rangnick Buat Peminat Sakit Hati

Patrice Evra mengeluarkan beberapa kenyataan merapu berkait keputusan Manchester United melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Evra sebenarnya langsung tidak yakin dengan pelantikan pengurus dari Jerman itu untuk memimpin Manchester United.

Bekas bintang Perancis itu bercakap selepas tamat aksi kemenangan 3-2 Man Utd menewaskan Arsenal di Old Trafford awal pagi semalam.

Beliau kemudiannya telah mengeluarkan beberapa pendapat yang agak merapu dan seolah-olah mempertikaikan kemampuan Ralf Rangnick.

“Saya tak setuju. United ada DNA sendiri dan cara permainan yang tersendiri.”

“Kita sudah ada DNA. Sekarang kita akan beralih kepada corak permainan Ralf Rangnick?”

Jelas beliau kepada Amazon Prime.

“Manchester United sudah bertahun-tahun bermain dengan cara tertentu, dan sekarang lelaki ini bertugas untuk tentukan corak permainan United. Saya sudah mula rasa sedikit kecewa.”

“Siapa Rangnick? Adakah dia menang banyak Piala sebagai pengurus? Saya rasa dia patut jadi football director dan pergi ke akademi, ajar budak-budak.”

“Bahkan kalau tukang masak berada di belakang Man Utd, saya akan berada di belakang dia, tapi saya rasa kamu sepatutnya menghormati sejarah Manchester United.”

Rangnick akan mula mengendalikan skuad untuk aksi selepas ini, sehingga tamat musim 2021 dan selepas Manchester United menemui pengurus tetap yang baru pada musim panas nanti.

Komen Evra sepertinya tidak diterima dengan baik oleh para peminat, dengan ramai yang mula menghentam semula legenda kelab itu.

Para peminat sendiri bingung memikirkan DNA yang Evra maksudkan kerana selepas era Sir Alex Ferguson, kelab telah dikendalikan oleh empat pengurus termasuk Ole Gunnar Solskjaer.

Legenda United itu juga dianggap tidak menghormati Ralf Rangnick dengan pengurus interim kelab itu sebenarnya merupakan pengurus paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak Jerman.

Ralf Rangnick akan turun mengendalikan United buat pertama kalinya pada minggu ini ketika aksi bertemu Crystal Palace nanti.

Bekas pengurus RB Leipzig itu sebenarnya bakal berdepan tugasan yang sangat berat, dengan beliau sangat diharapkan agar dapat membawa United setidak-tidaknya berada di kelompok empat teratas dalam saingan liga.

Sementara Evra pula, beliau sepertinya memang sering melakukan hal-hal tak masuk akal dan kadang kala terlalu memperbodohkan dirinya di media sosial.

Beliau sering memuat naik Video-video yang aneh dan lawak dalam video itu mungkin hanya beliau seorang sahaja yang faham.

Sebelum ini, peminat menghentam beliau kerana bercakap tentang anugerah Ballon D’or, yang mana Evra awalnya menyatakan yang Kante dan Jorginho paling layak untuk menang.

Namun begitu, selepas Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang, beliau dengan tiba-tiba menjadi pejuang kebenaran untuk Robert Lewandowski.

Beliau juga sebelum ini membandingkan rekod jaringan Cristiano Ronaldo dengan jumlah penampilan Jamie Carragher dan meminta legenda Liverpool itu untuk lebih menghormati Cristiano Ronaldo.

Lebih teruk lagi, sebelum aksi Manchester derby sebelum ini, Evra telah merakam dirinya memakan rumput di Old Trafford, dan menganggap rumput itu memiliki rasa seperti bawang putih.

Evra makan rumput

Patrice Evra telah memakan rumput di Old Trafford sebagai tanda rindu, kasih dan sayangnya beliau kepada kelab tercintanya itu.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu melakukan aksi menarik dan sungguh menghiburkan dengan beliau mempromosikan kesedapan rasa rumput di padang Old Trafford.

Beliau tidak membuat ‘paid review’ tetapi dengan ikhlas telah mempromosikan rumput di padang Old Trafford dengan menganggap rasanya sesedap bawang putih.

Secara peribadi, Evra merasakan Old Trafford seperti rumah keduanya yang mana di stadium keramat itulah beliau berjaya mencipta nama untuk menjadi antara pemain terhebat dunia satu ketika dahulu.

Evra menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada jendela perpindahan Januari pada tahun 2006 dari Roma.

Beliau berjaya mencipta pelbagai kejayaan bersama setan merah dan turut mencipta nama menjadi antara pemain terhebat dunia pada ketika itu.

Evra juga berjaya membantu setan merah memenangi lima gelaran Premier League dan juga satu gelaran Champions yang dimenangi pada tahun 2008.

Setahun selepas Sir Alex Ferguson memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak, Patrice Evra turut sama memilih untuk meninggalkan Old Trafford.

Evra sememangnya sering memuat naik video lucu di laman instagram miliknya, dengan ramai peminat tidak kira dari pasukan mana sekali pun akan tetap terhibur melihat telatahnya.

Terbaru, beliau telah memuat naik satu video khas untuk mempromosikan stadium serta rumput di padang Old Trafford sebelum aksi sepak mula Manchester derby.

“Hai semua, inilah apa yang saya katakan! Home sweet home. Stadium yang sungguh luar biasa. Ini rumah saya.”

Jelas Evra ketika merakam aksinya dalam stadium yang ketika itu masih kosong.

“Dan kamu semua mungkin tidak akan pernah percaya pada saya ketika saya kata yang saya pernah makan rumput. Ini buktinya.”

Jelas Evra sambil mencabut rumput di padang Old Trafford lalu terus memasukkan ke dalam mulutnya

Beliau benar-benar menikmati kesedapan rumput tersebut dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda aneh dan ia menunjukkan yang rumput itu benar-benar sedap.

Bukan hanya helaian rumput, sekali dengan akar beliau rentap lalu memakannya dengan penuh kenikmatan.

“Ada rasa bawang putih di sini. Tapi tak kesah.”

“Sebelum ini rasanya sedikit lebih sedap. Saya bukan vegetarian tapi tak kesah, kerana saya cintakan permainan ini!”

Jelas Evra sambil ketawa besar.

“Ayuh United!”

Jerit Evra mengakhiri video pendeknya itu.

Evra mungkin sedikit kecewa kerana Man Utd tewas dalam perlawanan tersebut, dengan beliau kemudiannya mengajar para peminat cara untuk berdepan dengan penyokong Man City.

Evra seru penyokong Manchester United supaya tunjukkan buku sejarah kepada penyokong City

Patrice Evra meminta peminat Man United jangan gelabah, walaupun sekarang mereka di belakang Man City dari segi kejayaan dan prestasi dalam beberapa musim ini.

Kali terakhir Man United menang Liga Perdana Inggeris adalah pada musim terakhir Alex Ferguson menjadi pengurus. Begitu juga dengan Liga Juara Juara Eropah.

Evra meminta peminat United berpegang kepada kata kata keramat, sila buka buku sejarah, dan tengok kelab mana paling banyak Piala.

Evra bermain di Old Traffrod selama 8 musim dan menuai banyak kejayaan bersama Red Devils.

Sejak Pep Guardiola tiba di Man City, skuad biru itu tak pernah gagal menamatkan saingan liga di atas Man United.

Namun Evra tetap menganggap Man United sebagai pasukan lebih hebat dan nombor 1 di bandar Manchester.

“Tiada peluang langsung [City no.1 di bandar Manchester]. Aku ada lima kejuaraan Liga Inggeris, jumlahnya sama dengan yang dimiliki City dalam sejarah kelab mereka. Itu baru piala saya seorang tu.”

“Liga Juara Juara Eropah kamu [Man City] di mana?”

“Ya, masa ni mereka lagi bagus daripada United. Tapi itu tak penting. Kerana sejarah tak akan pernah mati. Jika mereka mulai memenangi UCL barulah sejarah itu mulai berubah.”

“Itupun mereka kena sampai ke tahap Chelsea dulu (2 UCL). Tapi mereka masih jauh daripada nak sampai situ.”

“Hanya bebudak yang lahir selepas Playstation 5 (2020) yang akan kata, City kelab terbesar di dunia. Yang lain? Tak akan la.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Patrice Evra Tiba di London, Bakal Sertai West Ham Sehingga Tamat Musim