Ralf Rangnick Minta Mansuhkan Penganjuran Carabao Cup

Ralf Rangnick tak begitu selesa dengan kewujudan Carabao Cup dan beliau percaya pertandingan tersebut sepatutnya dimansuhkan sahaja kerana dianggap terlalu membebankan.

Pengurus interim Manchester United itu percaya Carabao Cup punca jadual perlawanan dalam saingan bola sepak Inggeris semakin padat dan huru-hara.

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini benar-benar memberi impak negatif kepada dunia bola sepak Inggeris.

Musim lalu saingan liga terpaksa digantung kerana penularan wabak pandemik dan pada musim ini jadual perlawanan dalam saingan liga sekali lagi terjejas dek kerana masalah yang sama.

Beberapa perlawanan tidak dapat dilangsungkan pada ketika ini kerana ada pasukan yang teruk dilanda wabak pandemik itu.

Manchester United sudah terlepas dua perlawanan bertemu Brentford dan Brighton dengan kedua-dua perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas kem mereka dilanda wabak pandemik.

Rangnick hanya memiliki sembilan pemain (tak termasuk penjaga gol) sahaja yang boleh digunakan ketika aksi bertemu Brentford sebelum ini, dan menyebabkan perlawanan tersebut ditangguhkan.

Keadaan semakin memburuk untuk kem setan merah, dengan mereka hanya ada tujuh pemain sahaja yang boleh digunakan ketika aksi bertemu Brighton yang turut terpaksa ditangguhkan.

Pengurus interim Manchester United itu menegaskan yang England sepatutnya mengikuti jejak langkah negara lain seperti Perancis, yang membatalkan pertandingan Piala bawahan seperti League Cup.

“Kamu lebih tahu dari saya tentang tradisi bermain ketika Boxing Day dan pada 27 hari bulan dan saya rasa kita patut kekalkan ini atas dasar menghormati tradisi.”

Jelas Ralf Rangnick.

“Saya berminat tentang itu, dan ia pertama kali saya hadapi sepanjang karier saya sebagai jurulatih, tapi ada isu lain yang saya rasa sudah dibincangkan sebelum ini.”

“England merupakan satu-satunya liga teratas di Eropah yang bermain dua Piala domestik. Di Perancis, mereka sudah memansuhkan salah satu, jadi saya rasa hanya kita negara yang ada dua Piala domestik.”

“Ini merupakan satu hal yang perlu kita bercakap dan bincangkannya. League Cup biar dikekalkan untuk pasukan division ketiga dan keempat supaya mereka mampu untuk kukuhkan situasi kewangan mereka.”

“Tapi dengan jadual yang padat, perlawanan yang banyak, ini merupakan hal paling penting untuk diperkata dan dibincangkan.”

United pernah menjulang lima League Cup sepanjang sejarah penubuhan kelab, dengan Liverpool dan Manchester City merupakan pasukan paling berjaya dalam pertandingan ini selepas memenanginya sebanyak lapan kali.

Setan merah telah tersingkir dari saingan Carabao Cup pada musim ini di pusingan ketiga pada September lalu, dengan gol jaringan Manuel Lanzini berjaya bantu West Ham tewaskan United 1-0 di Old Trafford.

Juara bertahan saingan Carabao Cup, Manchester City turut sama tersingkir pada musim ini di pusingan 16 terbaik juga di tangan West Ham.

Rangnick ketika temu bual sama turut merayu kepada mana-mana pemainnya yang masih belum mendapatkan suntikan vaksinasi lengkap supaya dapatkan suntikan masing-masing.

Ia kerana beliau mahu mengelak dari berlakunya masalah sama seperti apa yang sedang mereka lalui dua minggu kebelakangan ini.

“Premier League akan cuba sedaya upaya untuk memastikan liga selamat dan situasi sekitar pemain juga berada dalam keadaan selamat.”

Jelas Ralf Rangnick lagi.

“Kita sudah beri dorongan kepada para pemain supaya menjaga sikap dan disiplin masing-masing supaya ikut garis panduan yang ditetapkan, dan kita juga perlu memastikan kadar pemain yang menerima suntikan vaksinasi semakin tinggi.”

“Bahkan walau kamu sudah divaksin, kamu masih boleh dijangkiti, tapi ia akan melindungi kamu dari symptoms tertentu dan kebanyakan dari pemain kami yang disahkan positif hanya berdepan symptoms yang lemah sahaja serta tidak alami kesan buruk.”

United akan kembali beraksi dalam saingan Premier League selepas ini untuk bertemu Newcastle United di St James Park.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Martial Bengang Kerana Difitnah Oleh Ralf Rangnick