Kyle Walker Terus Bingung Ditanya Persaingan Dengan Ferland Mendy

Kyle Walker terus menunjukkan reaksi yang sangat priceless dan kelihatan bingung apabila ditanya tentang persaingan beliau dengan Ferland Mendy bagi mendapatkan tempat dalam pasukan.

Soalan itu hadir dari seorang wartawan yang tak mabuk mesti bengong menjelang perlawanan Manchester City menentang Club Brugge di saingan Champions League.

Kejadian yang sangat tidak diingini ini terjadi dalam satu sidang media yang pasti menjadi tumpuan dari seluruh dunia.

Wartawan yang tidak pasti dari akhbar mana itu telah bertanya satu soalan yang tidak masuk akal dengan fakta yang salah kepada orang yang salah.

Dengan penuh yakin wartawan itu bertanya:

“Sekadar ingin tahu bagaimana persaingan antara kau dengan Ferland Mendy untuk mendapatkan tempat di posisi right back dan adakah Ferland memberi tekanan hebat dan aku dengar dia agak hebat juga?”

Kyle Walker menunjukkan reaksi wajah yang terpinga-pinga dan kebingungan mendengar nama Ferland Mendy dan terus terbeliak biji mata mendengar soalan itu sehingga tamat.

“Siapa tu… Mendy?” Soal Kyle Walker kepada pegawai media disebelah beliau.

“Boleh kau beri kepastian?” Ujar pegawai media itu mahukan keterangan lanjut bagi merungkai kekelliruan.

Wartawan misteri itu kemudiannya terus mengulangi soalan:

“Mahu sedikit pertimbangan tentang persaingan posisi right back denan Ferland Mendy, adakah dia memberi saingan yang kuat dan aku dengar dia sangat berkarakter di bilik persalinan juga.”

Kyle Walker bertambah bingung terus bertanya kepada pegawai media di sebelah.

“Adakah dia bermain untuk PSG? Soal Walker.

Pegawai media menyatakan bahawa wartawan itu keliru dengan nama yang beliau sebutkan.

“Aku fikir mungkin kau keliru dengan nama yang kau sebutkan, kami tidak begitu pasti kepada siapa yang kau tujukan, malangnya. Ferland Mendy merupakan bekas…”

Belum sempat pegawai media menjernihkan suasana, wartawan tersebut terus menekan buat palatao:

“Right back. Mendy..”

“Siapa, untuk Man City?” Soal Walker yang bertambah bingung.

“Ya.” Jawab wartawan penuh yakin.

Kerana kekeliruan yang nyata pegawai media memecahkan kebuntuan dengan jalan mudah.

“Aku rasa ada sedikit kekeliruan jadi kita akan tamatkan disini.”

Jelas terpampang disitu, wartawan tersebut telah terkeliru antara Benjamin Mendy dan juga Ferland Mendy lantaran tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Ferland Mendy merupakan pemain Left back Real Madrid yang dibeli dari Lyon pada tahun 2019. Manakala Benjamin Mendy pemain left back Manchester City yang kaca kakinya.

Kyle Walker pula merupakan pemain right back Manchester City buat sekian lama dan disebabkan itulah soalan mengarut wartawan itu telah disailang oleh pegawai media.

Ferland Mendy dan Benjamin Mendy bermain dikiri dan Walker pula bermain di kanan, kalau Ferland Mendy bermain di Manchester City tidak mungkin mereka akan bersaing merebut posisi.

Ferland Mendy dan Benjamin Mendy merupakan rakan sepasukan di skuad kebangsaan Perancis dan persaingan antara mereka berlaku bersama Perancis kerana bermain di posisi yang sama.

Selepas dikejutkan Crystal Palace beberapa hari lalu Manchester City kini fokus dikejohanan Eropah bagi mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.

Manchester City berada dalam kumpulan A bersama Paris Saint Germain, Club Brugge dan RB Leipzig yang aagak sendu apabila tewas dalam tiga perlawana awal.

Dalam sidang media tersebut Pep Guardiola ditanya soalan yang tidak mengelirukan seperti yang diterima Kyle Walker apabila ditanya mengenai prestasi semasa Kevin De Bruyne yang agak menurun.

“Kita terlupa mereka juga manusia biasa. Kau tak leh bayangkan betapa hebatnya pemain ini. Bila kau mempunyai karier yang panjang macam dia, kau akan alami situasi naik dan turun.”

“Dia tahu dia mendapat sokongan penuh, bermain atau tidak. Aku juga pemain bola sepak. Aku tahu sepanjang karier, kau takkan dapat pamerkan prestasi terbaik sepanjang masa.”

Entah apa reaksi Pep Guardiola jika dapat soalan mengarut dan mengelirukan macam Walker tu.

BACA:  [VIDEO]: Walker Dan Haaland Mengamuk Dengan Jurulatih Arsenal Selepas City Tewas