Laluan Maut Menanti England Jika Muncul Sebagai Juara Kumpulan D

Sekiranya England mara ke pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020, mereka bakal berdepan dengan laluan maut dan ia jelas satu hal yang tidak diingini oleh Gareth Southgate.

Lebih teruk lagi, England akan berdepan laluan yang benar-benar sukar seandainya mereka mengakhiri saingan peringkat kumpulan sebagai Juara.

The Three Lions mungkin sedikit bernasib baik kerana di undi berada dalam satu kumpulan yang sama dengan Croatia, Czech Republic dan Scotland.

Selain Croatia yang menduduki kedudukan kedua dalam kempen Piala Dunia sebelum ini dan England dilihat merupakan pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya dan tak mustahil untuk bergelar Juara.

Masalah utamanya ketika ini, jika England lepas di peringkat kumpulan, mereka bakal berdepan dengan laluan yang sukar di peringkat kalah mati nanti.

Kumpulan F saingan Euro 2020 merupakan kumpulan maut untuk edisi kali ini yang mana tiga dari empat pasukan dalam kumpulan tersebut merupakan yang terbaik di dunia.

Pemenang Piala Dunia 2018, Perancis, Juara European Championship 2016, Portugal, pasukan yang sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka, Jerman dan Hungary.

Jelas kumpulan F merupakan kumpulan paling sukar dari semua saingan peringkat kumpulan untuk saingan Euro edisi kali ini.

Masalah untuk England pula, jika mereka muncul sebagai Juara kumpulan, skuad kendalian Gareth Southgate harus berdepan dengan runners-up dari kumpulan F.

Melainkan Hungary mampu membuat kejutan dengan menewaskan Jerman, Portugal, Perancis dan muncul sebagai naib Juara, maka Englad bakal bertemu dengan mereka dan mengelak bertemu tiga pasukan gergasi dunia itu.

Namun jika benar Hungary mampu membuat kejutan seperti itu, tidak mustahil untuk mereka melakukan hal yang sama ketika bertemu England.

Jadi siapa pun lawan yang mereka akan jumpa di peringkat 16 terbaik, England jelas akan berdepan dengan laluan yang sangat sukar.

Dan seandainya England main tipu seperti yang mereka lakukan ketika Piala Dunia sebelum ini, dengan pura-pura kalah untuk mengelak sebagai Juara kumpulan, mereka tetap akan berdepan dengan laluan sukar.

Naib Juara kumpulan, England perlu berdepan dengan runners-up dari kumpulan E yang dibarisi oleh Sepanyol, Sweden, Poland dan Slovakia.

Jadi bertemu dengan salah satu dari tiga pasukan gergasi dalam kumpulan E juga bakal memberi masalah kepada skuad England dengan mereka tetap akan bertemu lawan yang sukar di pusingan kalah mati.

Walaupun Sepanyol berdepan dengan krisis pemain disahkan positif C0V-19, namun bakat pemain lain dalam skuad mereka tidak boleh dipandang enteng.

Walau bagaimanapun, berdepan dengan Sweden/Poland/Slovakia mungkin lebih baik berbanding bertemu pasukan seperti Perancis/Jerman/Portugal.

Sudah tentu, ramai yang menganggap England bakal berusaha untuk layak lebih awal dan kemudian bermain sambil lewa supaya mara sebagai naib Juara kumpulan.

Mungkin agak mengarut untuk memikirkan siapa yang perlu mereka lawan di peringkat kalah mati, namun bukti nyata pernah berlaku sebelum ini dengan England jelas mengelak berdepan lawan yang sukar.

Ketika edisi Piala Dunia sebelum ini, yang mana ketika itu England berdepan dengan Belgium dengan kedua-dua pasukan sudah layak ke peringkat kalah mati.

Namun kedua-dua pasukan saling beraksi hambar untuk kalah supaya mereka mara sebagai naib juara kumpulan dan bertemu dengan lawan yang mudah di peringkat 16 terbaik.

England tewas dalam perlawanan tersebut dan kedua-dua pasukan berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebelum masing-masing tersingkir.

Namun laluan England untuk sampai di peringkat separuh akhir lebih mudah dengan bertemu Colombia, Sweden dan Croatia.

Berbanding Belgium yang ketika itu perlu berdepan dengan Japan, Brazil dan akhirnya tewas kepada Juara dunia, Perancis di peringkat separuh akhir.

Di acara Euro 2020, pemenang kumpulan D, tidak kira negara mana sekali pun, mereka jelas perlu berdepan dengan lawan yang sangat sukar berbanding cabaran yang bakal dihadapi oleh naib Juara.

Jadi sekiranya peminat England mahu melaungkan slogan ‘it’s coming home’, maka mereka perlu pastikan skuad The Three Lions perlu menamatkan aksi peringkat kumpulan di kedudukan kedua.

Jika tidak, cerah harapan untuk lihat skuad kendalian Gareth Southgate pulang awal untuk edisi Euro 2020 ini nanti.

BACA:  Harry Maguire Tolak Tawaran Manchester United Kerana Terhutang Budi Dengan Leicester