Lampard Dedahkan Kenapa Mourinho Jual De Bruyne Semasa Di Chelsea

Lagenda pasukan Chelsea Frank Lampard yang kini seorang pesara bola sepak tenang menikmati pencen telah mendedahkan sebab kenapa Jose Mourinho telah menjual Kevin De Bruyne ketika Jose Mourinho menjadi pengurus di Chelsea.

Lampard berhijrah ke Amerika pada tahun 2015 selepas memulakan kerjaya di West Ham United dan menjalani karier yang gemilang di Chelsea. Semasa di New York FC Lampard telah dipinjamkan ke Manchester City.

Pada 2017 Frank Lampard mengumumkan persaraan dan kelab terakhir beliau adalah New York FC yang beraksi di liga Amerika Syarikat, Major League Soccer.

Bersama Chelsea Lampard telah memenangi 3 gelaran liga, 4 Piala FA, masing-masing satu Liga Juara Eropah dan Liga Europa. Lampard juga mempunyai 106 cap bersama pasukan England.

Lampard kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 211 gol.

Frank Lampard kemudiannya telah menjadi pengurus Derby County pada tahun 2018 dengan kontrak selama tiga tahun. Pada tahun pertama Lampard telah membawa Derby ke perlawanan Play-off Championship.

Walaupun gagal membawa Derby ke Premier League tetapi Lampard berjaya membawa dirinya kembali ke Chelsea kali ini sebagai pengurus.

Lampard telah diletakkan sebagai pengurus pertama yang bakal dipecat pada musim 2019/20 namun itu tidak terjadi dan Lampard kekal tetapi dipecat pada musim kedua.

Kevin de Bryune dan Frank Lampard pernah beraksi bersama ketika di Chelsea tetapi Kevin De Bryune ketika itu masih lagi mudan dan mentah ku lihat hijau.

Kevin De Bruyne memulakan karier bola sepaknya bersama Genk pada 2008 dan menjadi pemain utama apabila Genk menjuarai Belgian Pro League pada musim 2010/11. Kehebatan bersama Genk menarik minat Chelsea dan menyertai mereka pada tahun 2012.

Malangnya De Bruyne sukar mendapat tempat di Chelsea dan dipinjamkan ke Werder Bremen.

Kevin De Bruyne tidak bermasalah untuk beraksi cemerlang hingga menarik minat Wolfsburg untuk membeli beliau pada harga £18 juta pada 2014.

Bercakap kepada BT Sports legenda Chelsea itu telah mendedahkan kenapa De Bryune dijual di era Jose Mourinho :

“Masa tu suatu waktu yang sukar bagi kelab membuat pilihan, di Chelsea ketika itu ada Eden Hazard, Oscar dan Willian yang baru diikat. Kevin De Bruyne masa tu tidak sebagus seperti sekarang.

Menurut Lampard itu merupakan satu keputusan yang tepat untuk Kevin De Bruyne keluar untuk menadapatkan masa bermain dan menambah ilmu di dada.

“Sudah tentu senang bagi kamu yang melihat dan berkata ‘Nape ler ko pegi jual De Bruyne?’ Tapi beliau pergi dan menjadikan dirinya sebagai pemain bertaraf dunia.”

Jika Kevin De Bruyne masih kekal di Chelsea mungkin perkembangannya sebagai pemain bola sepak tidak sebagus seperti hari ini.

Jadi keputusan Mourinho melepaskan dan kerelaan De Byune untuk meninggalkan Chelsea satu keputusan yang menguntungkan sama seperti Romelu Lukaku.

Romelu Lukaku dilepaskan ke Everton dan menjadi mesin gol sehingga menarik minat Manchester United lalu bertukar menjadi mesin tebu dan kembali ke kemuncak bersama AC Milan.

De Bruyne terus cemerlang dan pada tahun 2015 beliau tersenarai sebagai Footballer of the Year in Germany dan menyertai Manchester City dengan yuran yang memecahkan rekod perpindahan kelab pada ketika itu, £55 juta.

Di usia 19 tahun pada 2010, Kevin De Bruyne telah melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belgium dan telah mempunyai lebih 60 cap setakat ini.

Kevin De Bruyne merupakan salah seorang pemain yang membawa Belgium ke suku akhir Piala Dunia 2014 dan EURO 2016 serta tempat ketiga di Piala Dunia 2018.

BACA:  Lampard Dedah Kisah Terima Pesanan Suara Dari Pep Guardiola Yang Terus Mengubah Mood Beliau