Sang penakluk dunia, Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan keenam mereka dari enam perlawanan dalam aksi saingan Champions League musim ini.
Mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris pertama yang menang kesemua enam perlawanan dalam aksi peringkat kumpulan di pentas saingan Champions League.
Tidak ada lagi pasukan dari Premier League yang mampu mencipta rekod sehebat Liverpool yang menang kesemua perlawanan walau ada dalam kumpulan maut.
What about that bit of composure from Nat Phillips! ππ pic.twitter.com/ONkXSPAFOk
β Liverpool FC (@LFC) December 7, 2021
Jurgen Klopp membuat beberapa pertukaran dalam skuadnya ketika aksi bertemu AC Milan di San Siro dan ia jelas menunjukkan yang beliau tak kisah menang atau kalah kerana Liverpool sudah layak sebagai juara kumpulan.
Namun apa boleh beliau lakukan, walau Liverpool tak mencari kemenangan, namun kemenangan sendiri yang datang mencari mereka.
Liverpool berjaya menewaskan AC Milan 2-1 dengan menggunakan barisan pemain-pemain muda serta pemain simpanan mereka sahaja.
Gergasi Serie A itu berjaya mendahului perlawanan pada aksi babak pertama menerusi Fikayo Tomori, sebelum Salah menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama.
Can confirm seeing big Nat Phillips doing Cruyff turns against Zlatan was lovely. https://t.co/2r2mVz80Pv
β Lizzi Doyle (@lizzidoyle) December 7, 2021
Gol jaringan Salah dalam perlawanan ini merupakan gol ke-20 beliau sepanjang musim ini dalam semua pertandingan dan ia merupakan rekod yang sungguh menakjubkan.
Milan dilihat serba tidak menjadi dengan mereka melakukan kesilapan di setiap posisi di atas padang walau perlawanan ini sangat penting untuk mereka.
Mereka hanya akan mampu untuk layak ke pusingan kalah mati seandainya berjaya menewaskan Liverpool dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-55 permainan, kesilapan dan kedunguan para pemain AC Milan telah dihukum oleh skuad Liverpool yang berjaya untuk menjaringkan gol kemenangan mereka.
What Nat Phillips did to Zlatan Ibrahimovic leaves Liverpool fans stunned π€― https://t.co/2MH2K52oSS
β Liverpool FC News (@LivEchoLFC) December 7, 2021
Legenda Liverpool, Divock Origi berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk The Reds mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak dengan menjadi pasukan Inggeris pertama menang semua perlawanan peringkat kumpulan.
Agak mengejutkan untuk melihat bagaimana pemain muda dan skuad simpanan Liverpool mampu untuk tumbangkan Milan yang turun dengan kesebelasan terbaik mereka.
Malam yang indah untuk Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya dan beliau tentu berbangga melihat para pemainnya cemerlang mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.
Antara pemain Liverpool yang paling mencuri tumpuan dalam perlawanan ini adalah Nat Phillips yang telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan.
Stop that Nat Phillips. pic.twitter.com/1U90DXrTrt
β Stop That Football (@stopthatfooty) December 7, 2021
Phillips mencipta gandingan yang super mantap bersama penandatanganan musim panas Liverpool, Ibrahima Konate dalam memastikan gawang mereka sentiasa dilindungi.
Beliau bahkan turut berjaya memperbodoh-bodohkan Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie di dalam kotak penaltinya sendiri ketika pasukan Milan sedang menyerang.
Beliau membuat skill yang super mantap dalam kotak penalti sendiri, untuk memperbodoh-bodohkan bintang terhebat dunia seperti Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie.
Ia boleh dianggap sebagai pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk pemain yang tak selalu diturunkan seperti Nat Phillips.
Gitu aja Nat bodoh-bodohkan Zlatan pic.twitter.com/0K4UkIG7K3
β shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 8, 2021
Pemain centre-back Liverpool itu menunjukkan ketenangan yang sungguh menakjubkan ketika diasak oleh Zlatan dan Kessie, dengan beliau tenang menarik semula bola ketika dua pemain itu sedang meluru ke arahnya.
Sebaik beliau menarik semula bola itu, Kessie tersembam mencium tanah, sementara Zlatan hanya mampu berdiri tegak umpama tiang bendera melihat Nat berjaya memperbodoh-bodohkan dirinya.
Nat Phillips owns the San Siropic.twitter.com/7qE7XRXRAd
β The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) December 7, 2021
Tidak kira apa pun berlaku dalam karier Nat Phillips selepas ini, beliau sebenarnya telah membuktikan yang dirinya antara pemain pertahanan paling tenang yang ada dalam dunia bola sepak.
Kejayaan dapat memperbodoh-bodohkan Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie sudah cukup untuk beliau buat berlagak dengan anak cucunya satu hari nanti.
Highlights AC Milan 1-2 Liverpool
Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke San Siro untuk aksi terakhir peringkat kumpulan B dalam saingan Champions League.
Kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi perlawanan pembukaan pada September lalu, dengan Liverpool ketika itu cemerlang mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Milan di Anfield.
Liverpool kemudiannya mengharungi empat lagi perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan ataupun seri.
Le magnifique Tifo de la Curva Sud !π΄β«β
Sempre Con Te SarΓ² !β€π€#MilanLiverpool pic.twitter.com/TXhhhGcqpV
β Milan Actu π«π· (@MilanActuFR) December 7, 2021
Ia merupakan rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan The Reds berjaya mengutip tiga mata dari kesemua aksi perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.
Mereka bahkan sudah melayakan diri ke aksi peringkat kalah mati sebagai Juara kumpulan sejak dari kejayaan bertemu Atletico Madrid lagi.
AC Milan sementara itu selepas kekalahan bertemu Liverpool, mereka berdepan dengan dua lagi kekalahan, satu seri dan satu kemenangan.
Skuad kendalian Stefano Pioli itu perlu untuk memanfaatkan kesempatan beraksi bertemu Liverpool di halaman sendiri hari ini, dalam usaha untuk membawa Milan mara ke pusingan 16 terbaik.
Liverpool menurunkan ramai muka-muka baru dalam kesebelasan mereka hari ini, sementara Milan pula memilih untuk menurunkan skuad terbaik yang mereka miliki.
β ππππ ππππ β
Your Reds line-up for our final #UCL group stage encounter π #ACMLIV
β Liverpool FC (@LFC) December 7, 2021
Ia sangat jelas yang Milan perlu membawa skuad terbaik mereka, kerana hanya kemenangan sahaja yang akan membantu mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.
Lima minit pertama perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tak ada gerakan merbahaya yang berjaya dihasilkan.
Aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan terus berlangsung hangat sehingga minit ke-20 permainan, namun masih lagi tiada percubaan merbahaya yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Pada minit ke-29 permainan, Fikayo Tomori berjaya membuka tirai jaringan untuk AC Milan, seterusnya menaikkan semangat para pemain untuk terus menambah tekanan kepada Liverpool.
Hasil dari satu sudut sepakan penjuru, bola melantun betul-betul di hadapan Alisson Becker yang kemudiannya menepis keluar bola itu dari kawasannya.
Former Chelsea defender Fikayo Tomori gives Milan the lead against Liverpool at San Siro.
As it stands, Milan are going through. πΏ#UCL pic.twitter.com/jZN1oaekL3
β Squawka News (@SquawkaNews) December 7, 2021
Walau bagaimanapun, malang untuk Alisson, bola yang beliau tepis tepat menemui Tomori yang berada dalam kotak tanpa kawalan, dengan bekas bintang Chelsea itu mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol Liverpool.
Selepas berjaya mendahului perlawanan, AC Milan sepatutnya boleh mendominasi permainan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Liverpool seperti mendapat rentak persembahan terbaik mereka selepas dibolosi oleh Tomori, dengan mereka tak henti-henti menyerang kubu pasukan tuan rumah.
Origi berkesempatan untuk mencipta nama sebagai penjaring gol pada aksi babak pertama, namun sayangnya percubaan lemah beliau mudah ditangkap oleh Mike Maignan.
β½οΈ Origi
π Divock delivers πππππ‘!
π΄ Liverpool lead in Milanβ¦ #UCL pic.twitter.com/CULQYivN01
β UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 7, 2021
Liverpool dilihat sangat dominan menjelang 15 minit terakhir aksi babak pertama, dengan mereka berjaya mencipta beberapa gerakan merbahaya untuk menguji gawang gol Milan.
Pada minit ke-36, Mohamed Salah berjaya memadam gol pendahuluan Milan yang dijaringkan oleh Tomori, untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Chamberlain membawa masuk bola ke kotak penalti Milan selepas menggelecek dua pemain lawan, sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Maignan.
Penjaga gol Milan itu berjaya menepis keluar bola rembatan dari Chamberlain, namun sayangnya bola tersebut tiba tepat ke kaki Salah.
The Egyptian King menunjukkan kualiti penyudah yang sungguh berkualiti tinggi dengan merembat padu bola masuk menerjah jaring gawang gol Milan.
π€― Thatβs @MoSalahβs 20th goal this seasonβ¦
π Itβs December 7th.
π This guy is a joke. pic.twitter.com/hJQR2sLrg5
β SPORF (@Sporf) December 7, 2021
Aksi babak pertama berakhir dengan kedudukan Liverpool 1 AC Milan 1 selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.
Masuk aksi babak kedua, jentera serangan Liverpool terus menerus melancarkan serangan namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.
Agak mengejutkan juga untuk melihat pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Brahim Diaz bergelut untuk melepasi pemain muda Liverpool di bahagian midfield.
Ibrahima Konate juga bermain dengan sangat cemerlang dalam mematahkan serangan-serangan dari pemain AC Milan.
Tyler Morton boleh dipuji kerana beliau memanfaatkan kesempatan yang diberikan oleh Jurgen Klopp untuk membuktikan yang beliau mampu beraksi cemerlang dalam perlawanan besar seperti aksi bertemu Milan.
Saturday: Origi scores the winner against Wolves
Today: Puts Liverpool ahead against MilanIt's what he does π pic.twitter.com/wEVlP1ODdn
β B/R Football (@brfootball) December 7, 2021
Pada minit ke-55, legenda Liverpool Divock Origi berjaya menggandakan kedudukan untuk The Reds mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.
Sadio Mane memanfaatkan kesilapan dari pemain pertahanan lawan dengan memintas bola lalu membawa masuk ke dalam kotak penalti, dan melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Milan.
Bola padu rembatan dari Sadio Mane berjaya diselamatkan oleh Maignan namun sayangnya bola yang beliau tepis melambung cantik melalui kepala Origi.
Origi kemudiannya menanduk padu bola tersebut untuk mengesahkan gol kedua Liverpool, untuk mendahului Milan 2-1.
AC Milan kemudiannya kerap kali melancarkan serangan, namun tak ada serangan merbahaya yang berjaya mereka lakukan.
Di hujung-hujung minit permainan, Alisson Becker dilihat terpaksa bekerja lebih keras, dengan menyelamatkan beberapa siri percubaan dari Milan.
Liverpool are the first English team to win every game in a single Champions League Group Stage campaign:
WWWWWW
Goals: 17
Conceded: 6
Clean sheets: 2Flawless victory. #UCL pic.twitter.com/zUrBbKbGg7
β William Hill (@WilliamHill) December 7, 2021
Perlawanan tamat dengan Liverpool berjaya menewaskan AC Milan 2-1, seterusnya memastikan mereka mencipta rekod yang menakjubkan dalam aksi saingan peringkat kumpulan.
The Reds berjaya menjadi pasukan pertama dari Premier League yang cemerlang mencatatkan kemenangan dalam semua aksi peringkat kumpulan di pentas Liga Juara-Juara Eropah.
Sementara AC Milan pula, kekalahan ini menyebabkan mereka sekadar mengakhiri aksi peringkat kumpulan di kedudukan terakhir.
Atletico Madrid berjaya mencatatkan kemenangan selesa menewaskan Porto untuk mengikuti jejak langkah Liverpool layak ke aksi kalah mati.
Porto walaupun tewas di tangan Atletico, namun mereka berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, seterusnya melayakkan diri beraksi di pentas Europa League.
AC MILAN (4-2-3-1):Β Maignan 5; Kalulu 6 (Florenzi 65min, 6), Tomori 5.5, Romagnoli 6, Hernandez 6; Tonali 5 (Saelemakers 59, 6), Kessie 6; Messias 6, Diaz 5 (Bennacer 59, 6), Krunic 5 (Bakayoko 83); Ibrahimovic 5.
Penjaring: Tomori 29.
Pengurus: Stefano Pioli 6.
Liverpool (4-3-3):Β Alisson 7; Williams 7 (Bradley 90), Konate 7.5, Phillips 7, Tsimikas 7; Oxlade-Chamberlain 8, Morton 7, Minamino 6.5 (Woltman 90); Salah 7.5 (Keita 64, 6), Origi 7 (Fabinho 80), Mane 7 (Gomez 65, 6).
Penjaring: Salah 36, Origi 55.
Pengurus: Jurgen Klopp 7.
Pengadil:Β Danny Makkelie (Hol) 7.