Klopp Sanggup Berhenti Rai Kemenangan Hanya Kerana Mahu Kirim Mesej Kepada Dua Pemain Ini

Jurgen Klopp telah mendedahkan yang beliau sempat mengirim mesej kepada beberapa orang penting ketika kejayaan skuadnya menewaskan Villarreal untuk layak ke perlawanan akhir saingan Champions League.

Liverpool berjaya melakukan comeback selepas ketinggalan 2-0 untuk mencatatkan kemenangan 3-2 menewaskan Villarreal dalam aksi leg kedua peringkat separuh akhir.

Ia merupakan perlawanan akhir ketiga mereka dalam tempoh lima tahun ini dan ia jelas sekali satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Para pemain jelas sekali teruja dan gembira atas kejayaan mereka di Sepanyol itu apa lagi memikirkan yang mereka kini sedang berada di landasan terbaik untuk memenangi gelaran quadruple.

Ketika Klopp menyertai anak-anak buahnya meraikan kejayaan mereka itu, beliau sempat mengirim mesej kepada beberapa orang individu istimewa yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan skuadnya.

Isterinya, Ulla yang sebelum ini sering disebut oleh Klopp sebagai individu yang meyakinkan beliau untuk kekal di Anfield itu sebenarnya sudah mengirim mesej sendiri kepada suaminya sebaik tamat perlawanan tersebut.

Jadi Klopp tidak perlu mengirim mesej kepada isterinya itu terlebih dahulu sebaliknya beliau hanya membalas sahaja mesej ucapan tahniah dari isterinya itu.

Beliau hanya mementingkan untuk menghantar mesej kepada dua pemain yang telah memainkan peranan penting musim lalu yang memastikan Liverpool berjaya mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.

Dua pemain yang beliau maksudkan sebenarnya adalah dua pemain pertahanan beliau pada musim lalu, Rhys Williams dan Nat Phillips.

Kedua-dua pemain pertahanan itu memainkan peranan cukup penting sebalik kejayaan Liverpool layak ke saingan Champions League apa lagi ketika memikirkan krisis kecederaan pemain yang mereka hadapi musim lalu.

Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip kesemuanya menderita kecederaan jangka masa panjang dan ketiadaan mereka jelas sekali memberi impak yang parah kepada skuad.

Bercakap kepada Sky Sports, Klopp mendedahkan bahawa:

“Saya mesej Rhys Williams dan Nat Phillips kerana kita tak akan ada di sana tanpa mereka.”

“Saya masih ingat perlawanan terakhir musim lalu dan mereka meninggalkan padang dengan lilitan bandage di kepala, calar balar di muka dan itu adalah simbol yang menggambarkan situasi secara keseluruhan.”

“Kita harungi musim lalu dengan satu kaki, satu mata…ia sangat menakjubkan. Ia sememangnya satu musim yang sangat sukar.”

Situasi pada ketika itu sememangnya teruk hingga menyebabkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu berdepan enam kekalahan di Anfield termasuk tewas di tangan Burnley, Everton dan Brighton.

Harapan mereka untuk layak ke saingan Champions League juga nampak samar-samar selepas Liverpool hampir sahaja mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu West Brom.

Pada minit ke-94, ketika Liverpool dihadiahkan sepakan penjuru, Alisson Becker naik ke atas dan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk The Reds.

Selepas bergelut melalui musim yang sukar itu, Liverpool pada musim ini sedang berpotensi untuk memenangi gelaran quadruple.

Comeback bertemu Southampton bantu Liverpool hidupkan peluang memenangi gelaran quadruple

Liverpool berjaya memastikan harapan mereka untuk memenangi gelaran quadruple akan terus hidup hingga ke hari terakhir saingan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Southampton 2-1 di St Mary Stadium awal pagi tadi.

The Saints terlebih dahulu membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Nathan Redmond pada minit ke-13 permainan.

Jurgen Klopp membuat sembilan pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding skuad ketika aksi perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Chelsea kemarin.

Salah seorang muka baru yang diberi kepercayaan untuk beraksi, Takumi Minamino berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-27 permainan.

Takumi Minamino berjaya menjaringkan gol bertemu kelab yang meminjam beliau pada musim lalu dengan satu jaringan yang menakjubkan.

Skuad The Reds turun dengan misi wajib menang untuk memastikan mereka terus memberi cabaran kepada Man City dalam perebutan gelaran liga musim ini.

Pendahulu saingan Premier League pada ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan empat mata dan turut mempunyai rekod jaringan yang jauh lebih baik.

Maka, seandainya Liverpool tewas mereka akan sah dinobatkan sebagai Juara dan andai The Reds seri Man City sepertinya sudah hampir pasti bakal bergelar Juara.

Liverpool kehilangan Joe Gomez kerana dibelenggu masalah kecederaan pada aksi babak kedua dan dengan ketiadaan Trent Alexander Arnold dalam skuad, tempat beliau telah digantikan oleh ketua pasukan, Jordan Henderson.

Southampton terus menerus mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua permainan.

The Saints walau bagaimanapun terpaksa akur dihukum oleh Liverpool menerusi Joel Matip yang menanduk masuk bola yang cuba dikeluarkan oleh Mohammed Elyounoussi.

Ia merupakan gol kemenangan untuk Liverpool comeback menewaskan Southampton 2-1 selepas mereka awalnya ketinggalan 1-0.

Kemenangan itu bermaksud Liverpool berjaya untuk setidak-tidaknya menangguhkan kejuaraan Man City dan berpotensi untuk menjuarai saingan musim ini pada hari terakhir liga.

Liverpool hanya perlu memastikan mereka akan mampu menewaskan Wolverhampton Wanderers di Anfield pada hujung minggu ini, dan turut berharap agar Aston Villa akan mampu menewaskan Man City di Etihad.

Liverpool kini sudah berjaya mengesahkan kejuaraan Carabao Cup dan FA Cup pada musim ini, dan mereka bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid hujung bulan nanti.

Klopp baru-baru ini turut tampil menghentam jadual padat skuadnya pada ketika ini.

“Kami bermain 120 minit pada hari Sabtu, kemudiannya kami perlu bermain pada hari Selasa. Come on.”

Jelas Klopp yang bengang dengan jadual padat yang perlu dilalui oleh anak-anak buahnya.

“Kita tak boleh bermain pada hari Rabu kerana perlawanan akhir Europa League bukan?”

“Ahhh, UEFA, sahabatku! Kami patut bermain hari Khamis?! Saya perlu duduk di sini dan katakan ini.”

“Tak ada sesiapa fikirkan tentang itu kecuali saya.”

Seandainya Liverpool berjaya menjulang gelaran Premier League pada hujung minggu ini, dan turut berjaya membawa pulang gelaran Champions League pada hujung bulan nanti, maka tidak syak lagi mereka layak dianggap skuad terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Untuk mara ke perlawanan akhir semua pertandingan yang disertai oleh mereka saja sebenarnya sudah boleh dianggap sebagai pencapaian yang sungguh menakjubkan, apa lagi andai mereka berjaya memenangi kesemua Piala tersebut.

Para penyokong jelas sekali akan sangat berharap magis akan berlaku pada hujung minggu ini agar mereka akan mampu meraikan kejayaan skuad menjulang gelaran Premier League kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Berang Dengan Keputusan Pengadil Hadiahkan Penalti Saat Akhir Kepada Spurs