Lihat Aksi Neymar Mengayam-ayamkan Tiga Pemain Peru

Neymar terus mempamerkan kepada dunia kehebatan dan kelincahan yang beliau miliki, dengan membantu Brazil membelasah Peru 4-0 dalam saingan Copa America.

Bintang Brazil itu mencuri tumpuan peminat dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau mendominasi bahagian serangan dengan sangat baik dan sempurna ketika beraksi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Estadio Olimpico Joao Havelange itu.

Empat gol yang dimiliki oleh Brazil dalam perlawanan ini adalah hasil jaringan Alex Sandro, Neymar, Everton Ribeiro dan Richarlison.

Antara aksi Neymar yang paling mencuri tumpuan peminat adalah ketika beliau mengayam-ayamkan tiga pemain Peru dengan menggunakan skillnya yang menakjubkan.

Renato Tapia awalnya cuba mengawal Neymar di kawasan tengah padang dengan menggunakan kelebihan fizikal yang beliau miliki.

Namun bintang PSG itu dengan menggunakan kelebihan akal yang beliau miliki, beliau tenang menutmeg Tapia seterusnya bergerak masuk ke dalam kotak penalti Peru.

Tapia yang merasa dirinya telah diabkan oleh Neymar terus mengejar bintang Brazil itu dari belakang sambil dibantu oleh rakan sepasukannya Christian Ramos.

Kedua-dua pemain Peru itu gagal untuk mengawal Neymar dengan baik, sebaliknya kedua-dua mereka diperbodohkan semula dek kelincahan dan skill yang dimiliki oleh bintang Brazil itu.

Neymar sekali lagi lepas dari kawalan dua pemain itu hingga menyebabkan Aldo Corzo terpaksa ikut campur untuk mengekang asakan dari bekas pemain Barcelona itu.

Ketika berdepan dengan Ramos dan Corzo, Neymar sempat menunjukkan skill-skill menarik untuk cuba melepasi kedua-dua pemain itu.

Kawalan bola yang menarik menyebabkan Tapia terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalang Neymar dari terus mengaibkan mereka.

Aksi Neymar mengayam-ayamkan tiga pemain itu tular di media sosial dengan para peminat begitu teruja dan kagum melihat bagaimana tenangnya beliau mengawal bola dalam situasi tersebut.

“Kasihan pemain Peru itu, dengan mudah dia kena nutmeg, Neymar patut faham yang Tapia juga ada keluarga.”

“Tak faham kenapa masih ramai orang pandang rendah pada kemampuan Neymar, dia dah buktikan yang dia sememangnya yang terhebat di dunia ketika ini.”

“Tidak kira bersama kelab atau kebangsaan, Neymar tetap berjaya mencuri tumpuan peminat dengan skill dan kehebatan dia.”

Kemenangan 4-0 Brazil menewaskan Peru ini membantu mereka untuk mendominasi saingan peringkat kumpulan A dengan mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Brazil dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Copa America, mereka berjaya menewaskan Venezuela 3-0 dan perlawanan kedua membelasah Peru 4-0.

Neymar dalam saingan Copa America musim ini, beliau berjaya menjaringkan dua gol dan satu assists dari dua perlawanan.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi kedua-dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Beliau setakat ini telah membuat 107 penampilan untuk skuad kebangsaan Brazil, yang mana ia merupakan pemain keempat yang membuat penampilan terbanyak bersama skuad Samba itu.

Dari 107 penampilan itu, Neymar berjaya menjaringkan 68 gol dan 47 assists.

Beliau ketika ini berada di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil, 10 gol sahaja di belakang legenda terhebat sepanjang zaman, Pele.

Neymar ketika ini memegang rekod sebagai pemain paling banyak mencatatkan assists dalam sejarah bola sepak Brazil dengan mencatatkan 47 assists.

Secara keseluruhannya Neymar telah terlibat dalam 115 gol jaringan Brazil dari 107 penampilan di pentas bola sepak antarabangsa.

Ketika aksi bertemu Peru, Neymar telah dianugerahkan dengan anugerah pemain terbaik perlawanan selepas mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan.

Selain menjaringkan 1 gol, beliau berjaya melakukan 71 sentuhan, 85.7% ketepatan hantaran, empat gelecekan, empat key pass, mencipta dua peluang keemasan, memenangi 12 perebutan bola dan tujuh kali dikasari.

Brazil selepas ini akan beraksi bertemu Colombia pada 24 Jun, sebelum bertemu Ecuador pada 28 Jun nanti.

Skuad kendalian Tite telah memulakan kempen Copa America kali ini dengan sangat baik dan tentunya mereka akan berusaha sehabis baik untuk bergelar Juara.

Neymar pula, beliau sendiri tentunya akan terus berusaha untuk merobek gawang lawan, dalam usahanya untuk memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil.

BACA:  Fred Mencipta Assists Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Gol Jaringan Neymar