Lihat Aksi Orjan Nyland Membawa Bola Melepasi Garisan Gol Beliau

Hawk-Eye telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kejadian kontroversi gol atas garisan yang terjadi ketika perlawanan antara Aston Villa bertemu Sheffield United awal pagi tadi.

Gol jaringan dari pasukan pelawat telah dinafikan oleh pengadil perlawanan, ketika Orjan Nyland secara terang-terangan membawa bola melepasi garisan gol bahkan bola tersebut turut telah menerjah jaring sebelah kiri gawangnya.

Sheffield mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Oliver Norwood, dan bola rembatannya tepat ke penjuru sebelah kiri gawang Aston Villa lalu terkapai-kapai Orjan Nyland untuk menangkapnya.

Orjan Nyland terlanggar rakan sepasukannya lalu beliau terjatuh ke dalam gawang golnya sendiri dengan membawa bola bersamanya.

Ianya jelas jaringan untuk pasukan Sheffield, namun pengadil perlawanan tidak memberikan gol kepada mereka dan cuma meneruskan perlawanan seperti biasa.

Hawk-Eye gagal untuk menyedarkan pengadil perlawanan, Michael Oliver tentang gol jaringan Sheffield United yang mana ketika itu perlawanan hanya diteruskan seperti biasa sahaja tanpa mengira jaringan dari pasukan pelawat.

Sistem yang beroperasi menggunakan teknologi serba canggih itu telah memberi respond tentang kejadian tersebut dengan mengeluarkan kenyataan secara rasmi.

Menurut mereka, kamera terhadang oleh penjaga gol, pemain pertahanan dan tiang gol jadi menyebabkan kejadian itu sukar untuk dilihat.

‘The Blades’ turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kejadian tersebut melalui laman twitter mereka.

Villa turut menyuarakan hal yang sama berkaitan kegagalan sistem goal line technology melalui laman twitter mereka.

Perlawanan antara Aston Villa menentang Sheffield United berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Perlawanan juga berlangsung agak perlahan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tidak ada sebarang gol yang terhasil melainkan jaringan Sheffield yang dinafikan oleh pengadil perlawanan.

BACA:  Firmino Kejutkan Ramai Kerana Mahu Tinggalkan Al Ahli Dan Kembali Beraksi Di Premier League