Klopp Sentap Dengan Lawak Bodo Wartawan Amazon Mengenai Waktu Sepak Mula Perlawanan

Jurgen Klopp tersentap dengan lawak wartawan Amazon Marcus Buckland ketika ditemual selepas Liverpool merekodkan kemenangan ke atas Sheffield United pada malam tadi.

Liverpool cemerlang menewaskan Sheffield United dengan jaringan 2-0 di Bramall Lane sekaligus mendekatkan lagi perbezaan mata dengan pendahulu liga Arsenal hanya kepada dua mata.

Virgil van Dijk membuka tirai jaringan pada babak pertama perlawanan selepas menyempurnakan sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.

Darwin Nunez kemudian menampilkan magisnya dengan gerakan yang membolehkan Dominik Szoboszlai menjaringkan gol kedua Liverpool pada masa kecederaan.

Ia adalah kemenangan bermakna buat Liverpool dalam usaha mereka memburu kejuaraan Premier League pada musim ini.

Dan selepas ini kelab Merseyside itu akan menyambung cabaran mereka menentang Crystal Palace – pada jam 12:30 tengah hari (waktu UK) – yang tidak digemari oleh Klioo.

Wartawan Amazon Buckland kemudiannya dengan selambanya membuat lawak mengenai waktu sepak mula itu.

Ia bagaimanapun tidak diterima baik oleh jurulatih dari Jerman itu yang terus mempersoalkan pengetahuan bola sepak Buckland.

“Ia amat hebat melawak tentang perkara itu,” jawab Klopp secara sarkastik.

Bukcland kemudiannya cuba untuk menjelaskan dia bukannya cuba untuk tidak menunjukkan rasa hormat, tetapi pantas dijawab oleh Klopp: “Tetapi anda sudah berbuat demikian…

“Anda sangat berani kerana melawak mengenai perkara ini. Sekarang kami akan pulang dan masuk tidur pada jam 1-2 pagi. Kami hanya akan sempat berlatih untuk dua sesi dan akan bermain kembali.”

“Saya baru menyedari anda tidak faham (impak sepak mula perlawanan pada tengah hari) tapi anda juga bekerja di dalam bola sepak (sebagai wartawan), jadi mengapa saya perlu jelaskan?”

Sebelum ini Klopp pernah merungut mengenai waktu sepak mula jam 12:30pm pada Sabtu sebaik sahaja pemain pulang daripada tugasan antarabangsa.

Kini pasukannya terpaksa mengharungi satu lagi perlawanan pada waktu tengah hari dan perlu mula melakukan persediaan intensif dalam masa yang singkat.

Liverpool akan berada di kedudukan teratas liga sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sekiranya berjaya memastikan kemenangan milik mereka di Selhurst Park sebelum Arsenal turun beraksi.

BACA:  Klopp Merengek Mengenai Kuasa Kewangan City dan Newcastle