Premier League 2019/20: Sheffield United 3-0 Chelsea

Nombor 3 terus menjadi nombor ajaib buat pasukan Chelsea selepas meletakkan logo 3 di baju mereka di mana jaringan 3 gol terus terhasil samada dari Chelsea atau lawan.

Sheffield United terus menghidupkan peluang mereka untuk ke Champions League dengan perlawanan yang berbaki atau sekurang-kurangnya meraih tempat ke Europa League.

Entah apa yang tidak kena dengan pasukan Chelsea apabila mudah diratah oleh Sheffield United.

David McGoldrick menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini dengan menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-18.

Oliver McBurnie menggandakan kedudukan 15 minit kemudian dan keputusan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Minit ke-77 menyaksikan David McGoldrick menjarakkan kedudukan untuk kemenangan 3-0 dan meraih 3 mata berharga.

David McGoldrick menjaringkan gol pertamanya di Premier League dalama perlawanan ini selepas melakukan 42 percubaan dan 1615 minit.

David McGoldrick yang berusia 32 tahun 225 hari juga menjadi pemain tertua menajringkan dua gol ketika menentang Chelsea di Premier League sejak Paola Di Canio melakukan perkara sama.

Rekod ini dipegang oleh pemain West Ham United, Paolo Di Canio dan dilakukan pada September 2002 pada usia 34 tahun 81 hari.

Kekalahan Chelsea masih mengekalkan kedudukan mereka ditempat ketiga buat sementara waktu kerana Leicester City dan Manchester United belum turun beraksi.

Jika Leicester City dan Manchester United menang maka Chelsea akan turun ke tangga kelima.

Kesebelasan Utama Sheffield United 3-0 Chelsea

Sheffield Utd (3-5-2): Henderson 6.5; Basham 7 (Jagielka 68, 7), Egan 7, O’Connell 7.5; Baldock 7.5, Berge 6.5 (Lundstram 63, 6), Norwood 7, Osborn 7, Stevens 7.5; McBurnie 7.5 (Mousset 63, 7), McGoldrick 8

Subs: Sharp, K. Freeman, Robinson, Moore, Rodwell, Zivkovic

Chelsea (4-3-3): Kepa 6; James 6, Christensen 5 (Rudiger 46, 4.5), Zouma 5, Azpilicueta 5; Barkley 5.5 (Loftus-Cheek 78), Jorginho 5.5, Mount 4.5 (Alonso 46, 5); Willian 5, Abraham 5, Pulisic 5 (Giroud 66, 6)

Subs: Caballero, Bate, Kovacic, Batshuayi

BACA:  Premier League 2019/20: Brighton & Hove Albion 0-3 Manchester United