Video aksi antara Frank Lampard dengan beberapa penyokong pasukan Stoke City yang sedang dalam keadaan marah pada tahun 2015 sebenarnya sangat klasik untuk ditonton.
Legenda England itu turun sebagai pemain simpanan dalam perlawanan Manchester City bertemu Stoke yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Citizens 4-1.
Perlawanan yang dilangsungkan di bet365 stadium itu memperlihatkan para penyokong Stoke tidak henti-henti menganjing pemain City.
Throwback to Stoke City fans giving Manchester City’s Frank Lampard verbal only for City to go and score… 😶😂 pic.twitter.com/KWIWykX2qV
— EPL Bible (@EPLBible) April 27, 2018
Ketika Frank Lampard sedang memanaskan badan ditepi padang, beliau telah diganggu oleh sebilangan peminat pasukan Stoke disekitarnya.
Para penyokong Stoke berulang-ulang kali memanggil Lampard dengan gelaran “wanker” ketika bekas ketua pasukan Chelsea itu sedang memanaskan badan dan kelihatannya seperti beliau menikmati provokasi dari peminat itu.
Dan dengan tidak semena Super Frank ketawa diwaktu yang tepat yang mana ketika beliau sedang ketawa Man City berjaya menjaringkan gol. Lalu beliau terus melemparkan senyuman sinis kepada penyokong pasukan Stoke.
Lampard pada awalnya menyertai skuad kendalian Manuel Pellegrini’s itu sebagai pemain pinjaman untuk membina kecergasan beliau sebelum berkelana beraksi bersama pasukan New York City.
Beliau menghabiskan satu musim penuh bersama City dan akhirnya menamatkan karier profesionalnya sebagai pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama the Citizens.
Lampard membuat 38 kemunculan untuk City dan menjaringkan lapan gol secara keseluruhan sepanjang karier pendeknya di sana.
Sudah pasti antara kenangan yang sukar untuk dilupakan adalah ketika beliau menjaringkan gol untuk City ketika bertemu pasukan kesayangannya Chelsea.
Throwback to Stoke City fans giving Manchester City’s Frank Lampard verbal only for City to go and score… 😶😂 pic.twitter.com/KWIWykX2qV
— EPL Bible (@EPLBible) April 27, 2018
Jaringan penyamaan Lampard ketika itu memberi mata beharga buat City yang ketika itu cuma beraksi dengan 10 orang pemain di Etihad Stadium.
Lampard masuk sebagai pemain gantian dan berjaya menjaringkan gol diminit ke-85 perlawanan hasil umpanan dari James Milner.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea itu tidak meraikan gol jaringannya dan meminta maaf kepada penyokong The blues yang hadir.
Beliau turut mendapat tepukan dan penghormatan dari kedua-dua penyokong atas jaringannya itu.
“Ia antara perkara paling sukar untuk saya, saya akan dianggap tidak profesional sekiranya menolak untuk beraksi, saya cuma lakukan yang terbaik untuk majikan saya, bola umpanan Milner sangat cantik dan saya terus menolak bola itu masuk ke gawang Chelsea.”
When Lampard played for City and scored against his lifelong club Chelsea. Stood up, didn't celebrate, started tearing up with red eyes. Then the Chelsea fans cheered him on, for scoring against them. One of the most beautiful moments in football. https://t.co/nD004uhwAX pic.twitter.com/IFpuHfK28p
— Baguette Broski 🥖 (@nielesh75) April 22, 2020
Jelas Lampard kepada Sky Sports tentang gol penuh dramatik itu.
“Detik yang perit untuk saya, saya ada 13 tahun kerjaya yang cemerlang bersama penyokong Chelsea, jadi saya sudah sangat memahami mereka. Saya tetap gembira menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan yang saya beraksi.”
“Saya agak kehilangan kata-kata. Saya tidak sangka bahawa saya akan hadir dan menjaringkan gol seperti itu. Kehadiran saya disambut dengan nyanyian oleh peminat Chelsea, hal itu membuat saya beremosi.”
“Saya terpaksa berlawan dengan kelab yang telah membawa nama saya ke peringkat seperti ini. Jadi saya betul-betul tersepit.”
This goal from Frank Lampard deserves more attention. 👀🔥pic.twitter.com/bivXGZpFKK
— Football HQ (@FootbaII_HQ) April 26, 2020
Lampard menunjukkan sikap professional beliau apabila tetap menjalankan tugas dengan baik beraksi bersama City ketika bertemu bekas pasukannya Chelsea.