Lima Bintang Yang Terlibat Dengan Jenayah Berat

Para pemain bola sepak kebanyakannya menjadi ikon atau role model untuk peminat kerana sukan ini antara yang paling terkenal dalam dunia hari ini.

Seluruh dunia menikmati sukan bola sepak dan kerana itu pemain-pemain berprofil tinggi senantiasa menjadi role model untuk generasi baru, yang berminat untuk menceburi dunia sukan ini.

Dek kerana terlalu mencuri tumpuan, maka tidak mengejutkanlah untuk melihat ramai dari para pemain, pengurus atau sesiapa yang terlibat dengan sukan ini terpalit dengan kontroversi.

Dunia bola sepak hari ini memang tidak lari dari kontroversi, baik di atas padang mahupun di luar padang, para pemain atau pengurus senantiasa menjadi perhatian.

Lihat saja bagaimana banyak dan kerapnya keluar berita-berita berkait pemain-pemain berprofil tinggi yang kini dalam tahanan polis, yang sudah dipenjara, yang sedang dibicarakan boleh dilihat hari ini.

Selain isu-isu kontroversi biasa, ada juga para pemain yang terlibat dengan jenayah berat yang mungkin boleh mengakhiri karier mereka.

Ada pemain yang sudah menjalani hukuman kerana melakukan kesalahan sangat berat, ada yang sudah dibebaskan dan ada juga antara mereka yang masih turun naik mahkamah menyelesaikan kes masing-masing.

Dari menulis mukadimah yang lebih panjang, adalah lebih baik untuk lihat saja senarai lima pemain dari ramai lagi pemain berprofil tinggi yang pernah melakukan jenayah berat.

Kesemua lima pemain ini dipilih kerana mereka merupakan pemain berprofil tinggi yang melakukan jenayah paling berat berbanding yang lain.

1. Benjamin Mendy

Pada Ogos, Pendakwa dari Cheshire telah mengeluarkan empat dakwaan berkait memperkosa ke atas bintang Perancis, Benjamin Mendy.

Namun begitu, beberapa hari lalu, terdapat tambahan dua lagi pertuduhan yang bakal dikenakan kepada Mendy dengan beliau kini secara keseluruhannya bakal berdepan dengan enam pertuduhan.

Empat dari pengadu tersebut merupakan remaja di bawah usia 16 tahun telah menuduh Mendy melakukan kerja terkutuk itu pada Oktober 2020 hingga Ogos 2021.

Mendy tidak dibenarkan untuk diikat jamin dengan beliau turut dikenakan hukuman gantung dari Manchester City sehingga selesai kes perbicaraannya.

Perbicaraan seterusnya akan dilangsungkan pada 24 Januari 2022, namun semuanya nampak jelas tidak memihak kepada Mendy pada ketika ini.

2. Quincy Promes

Berita yang paling mengejutkan baru-baru ini selepas bintang Netherlands, Quincy Promes telah ditangkap oleh pihak polis kerana menikam sepupunya sendiri.

Pendakwa dari Belanda mendedahkan pada Khamis lalu yang Promes sedang berdepan dengan pertuduhan menikam sepupunya sendiri pada tahun lalu.

Pertuduhan atas kesalahan cubaan membunuh telah dikenakan ke atas pemain berusia 29 tahun itu, dengan Promes sendiri dilaporkan sudah ditahan oleh pihak Polis di Amsterdam setahun yang lalu kerana dianggap sebagai tertuduh.

Beberapa hari selepas itu, beliau telah dibebaskan oleh pihak Polis, namun masih kekal dianggap sebagai tertuduh dan siasatan ke atasnya masih tetap berjalan.

Terdapat saksi yang tampil kerana melihat sendiri Prones menikam seorang lelaki yang mana sepupunya sendiri, dengan insiden itu berlaku ketika beliau sedang berkumpul bersama saudara maranya.

Mangsa terselamat dari maut namun beliau berdepan dengan kecederaan parah di bahagian lututnya.

Promes beraksi bersama Ajax ketika insiden itu berlaku dengan beliau kemudiannya berpindah beraksi bersama Spartak Moscow.

Beliau telah membuat 360 penampilan bersama beberapa kelab, dengan Promes sepanjang kariernya beliau berjaya menjaringkan 139 gol dan turut mencatatkan 70 assists.

Beliau turut pernah melakukan 50 penampilan bersama skuad kebangsaan Belanda dan merupakan antara pemain yang cukup terkenal di Netherlands.

3. Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo merupakan nama paling besar dalam sejarah dunia bola sepak. Beliau juga dianggap sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.

Namun reputasi beliau sedikit terjejas kerana Ronaldo turut pernah dituduh melakukan kesalahan jenayah yang sangat berat.

Telah dilaporkan pada tahun 2017 yang lalu, yang mana pihak Polis dari Las Vegas sedang menjalankan siasatan ke atas Cristiano Ronaldo, selepas seorang wanita mendakwa beliau diperkosa oleh bintang Portugal itu pada tahun 2009 yang lalu.

Peguam Cristiano Ronaldo sendiri sudah mengesahkan pada tahun 2019 yang lalu, bahawa pihak beliau telah membayar $375,000 kepada wanita tersebut untuk menutup terus kes tersebut tanpa didedahkan.

Walau bagaimanapun, pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu bersama peguamnya telah mengeluarkan kenyataan terbaru dengan mereka menafikan segala tuduhan tersebut.

Pihak mereka menganggap kesemua tuduhan itu sebenarnya sekadar fitnah untuk menjatuhkan karier Cristiano Ronaldo.

Pihak pendakwa dari Las Vegas menerusi satu kenyataan pada 2019 telah mendedahkan bahawa pertuduhan terhadap Ronaldo tidak boleh diteruskan kerana tiada alasan yang munasabah (tiada bukti kukuh).

“Berdasarkan semakan dari segala maklumat yang kami ada pada ketika ini, pertuduhan gangguan seksual ke atas Cristiano Ronaldo tidak boleh dibuktikan dengan alasan yang munasabah.”

The Mirror pada awal tahun ini telah mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa wanita tersebut meminta £56 juta dari Cristiano Ronaldo sebagai kos kerugian.

4. Ferland Mendy

Wartawan terkenal Perancis, Romain Molina telah mendedahkan yang pemain pertahanan kiri Real Madrid, Ferland Mendy telah dituduh melakukan jenayah yang sangat berat.

Molina mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai salah satu sumber yang paling dipercayai dan ia jelas berita yang tidak begitu baik untuk Mendy pada ketika ini.

Beliau telah dituduh menumbuk dan menendang seorang wanita fi bahagian kepalanya, dengan beliau turut dituduh menghulurkan kemaluannya kepada wanita tersebut secara paksa.

Laporan sama turut menyatakan yang rakan Mendy cuba menghalang beliau dari melakukan hal tersebut, namun ia tidak banyak membantu untuk melindungi wanita tersebut.

Mangsa bersama rakannya dilaporkan terpaksa berkurung dalam bilik mandi di sebuah hotel kerana mereka sangat bimbang dengan keselamatan masing-masing.

Mendy dijangka akan berdepan dengan pertuduhan yang sangat serious seandainya mangsa memutuskan untuk membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

5. Marcos Alonso

Pemain wing-back Chelsea, Marcos Alonso pernah berdepan dengan kes mahkamah yang besar pada tahun 2011 yang lalu.

Beliau pada ketika itu sedang beraksi bersama Bolton Wanderers dan telah terlibat dengan satu kemalangan di Madrid, yang telah mengorbankan nyawa salah seorang penumpang.

Penyiasat mendapati Alonso memandu pada kelajuan 122.8kmph dalam keadaan jalan basah di kawasan larangan memandu lebih dari 50kmph.

Ujian mendapati pemain kebangsaan Sepanyol itu berada dalam keadaan mabuk dengan kandungan alkohol dalam darahnya adalah 0.93 mg setiap satu milliliter darah.

Yang mana catatan tersebut tiga kali ganda melebihi bacaan yang dibenarkan mengikut peraturan jalan raya di Sepanyol.

Beliau pada awalnya berdepan hukuman empat tahun penjara, namun ia kemudiannya ditukar kepada 21 bulan sahaja sebelum kes tersebut digugurkan sepenuhnya.

Beliau menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah dengan membayar €500,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup terus kes tersebut.

Beliau juga turut berdepan hukuman penggantungan lesen memandu selama tiga tahun empat bulan.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  Senarai Pemain Bola Sepak Terkaya 2022, Mbappe Mendonia!