Lima Pasukan Premier League Yang Dijangka Berbelanja Besar Musim Panas Nanti

Hanya lima pasukan dari premier league yang dijangka akan mengeluarkan dana yang besar untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Newcastle United dijangka bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukan mereka untuk menghadapi musim baru nanti.

Mike Ashley semakin pasti untuk melepaskan Newcastle kepada Amanda Staveley yang mewakili Saudi Public Investment Fund.

Menurut laporan dari The Sun, sekiranya semua urusan pertukaran hak milik selesai, the Magpies sudah menyiapkan senarai pemain yang mahu dibeli dengan dana besar yang bakal dilaburkan.

Liverpool, Manchester City, Manchester United dan Chelsea merupakan empat lagi pasukan yang dijangka tiada masalah untuk melabur pada musim panas nanti.

Everton mungkin akan menjadi pasukan keenam dalam senarai untuk mengeluarkan dana besar tetapi masih bergantung kepada situasi peraturan Financial fair play.

Jendela perpindahan musim panas kali ini berada dalam keadaan tidak stabil ekoran dari impak wabak global yang teruk melanda dunia dan meninggalkan kesan kepada ekonomi kelab.

Menurut ejen kepada para pemain, kebanyakkan kelab tidak berani untuk menandatangani mana-mana pemain dengan membayar yuran perpindahan yang tinggi untuk pemain.

“Para peminat harus terima dan akur dengan kenyataan bahawa tidak banyak yang kelab boleh lakukan semasa jendela perpindahan musim panas dibuka nanti. Sampai bila situasi ini akan berterusan pon tidak pasti.”

Jelas seorang ejensi pemain kepada The Sun.

Newcastle bakal menjadi perhatian semua pihak untuk jendela perpindahan musim panas ini selepas mereka bertukar pemilik.

Ramai pemain bintang berkelas dunia yang dikaitkan dengan Newcastle untuk jendela perpindahan musim panas nanti dengan dana yang cukup besar.

Selain dari pemain bintang, the Magpies juga dilaporkan akan membawa pengurus terbaik dunia untuk membawa pasukan di era pemilik baru.

Steve Bruce tiba di St. James’ Park pada musim panas lalu dan nampaknya pemilik baru pasukan Newt tidak lagi memerlukan khidmat beliau.

Sejak kebelakangan ini, nama bekas pengurus pasukan Tottenham, Mauricio Pochettino telah dikaitkan bakal mengambil alih tugas Steve Bruce.

Pundit Sky Sports, Jamie Redknapp percaya bahawa Bruce layak untuk terus kekal walau bersama pengurusan yang baru.

“Orang sepatutnya memiliki rasa hormat yang tinggi kepada Steve Bruce, dia sudah menjalankan tugas dengan cukup baik bersama Newcastle.”

Jelas Redknapp kepada The Football Show.

“Kenapa dia tidak diberikan kesempatan? Kenapa tidak Steve Bruce diberikan dana dan peluang untuk dia buktikan sesuatu?”

“Dia tidak pernah mendapat peluang sebelum ini jadi tidak patut untuk mengatakan dia tidak layak untuk mengurus pasukan besar. Langsung tak patut. Dia tahu luar dan dalam dunia bola sepak.”

Redknapp sebolehnya mahu pengurusan baru tidak terus mengetepikan Steve Bruce sebaliknya beliau harus diberi peluang untuk buktikan kemampuannya dahulu.

BACA:  Senarai Kekayaan 20 Pemilik Pasukan Premier League Selepas Newcastle Diambil Alih