Lima Pemain Berusia 18 Tahun Paling Bernilai Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini

Dunia bola sepak senantiasa akan dihiasi dengan kehadiran pemain muda yang berbakat dan memukau peminat dengan aksi yang sungguh menakjubkan.

Setiap musim atau tahun akan sentiasa munculnya pemain muda yang akan menggegar dunia bola sepak, dan menjadikan dirinya sebagai prospek masa hadapan yang akan terus diperhatikan.

Selepas mereka berjaya mempamerkan aksi persembahan yang mengagumkan dalam satu dua perlawanan awal, semua mata sudah tentu akan tertumpu pada mereka.

Kebanyakan pemain remaja yang bersinar di usia belasan tahun, nama mereka sudah tentu akan disebut-sebut sebagai calon pemain terhebat dunia di masa hadapan.

Hal ini kerana ketika usia mereka masih muda, mereka sudah mampu bersaing dengan pemain lebih senior dan menyesuaikan diri dengan tempo serta gaya permainan yang bukan kebiasaan mereka.

Walau bagaimanapun, bukan semua dari mereka berjaya menepati ramalan awal untuk konsisten pamer aksi persembahan hebat sehingga ke hujung karier masing-masing.

Terdapat juga yang mula menunjukkan kemerosotan prestasi selepas beberapa tahun menghibur para peminat dengan persembahan yang mantap.

Mana-mana pemain yang gagal meneruskan tahap persembahan yang mantap, atau tidak berkembang, nama mereka juga akan terus terpinggir.

Namun begitu, tetap ada juga pemain remaja berbakat, yang berjaya konsisten dan kekal menjadi yang terhebat dalam dunia bola sepak sehingga ke penghujung karier masing-masing.

Wayne Rooney, Lionel Messi, Ronaldo Nazario dan Cesc Fabregas antara nama pemain remaja yang berjaya konsisten dari awal karier hingga ke penghujung karier mereka.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang kesemua mereka telah melalui karier yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan dikenang sebagai antara bintang terhebat sepanjang zaman.

Apa yang membezakan pemain yang tergelincir dengan yang konsisten?

Ya selain dari usaha dan kerja keras, mereka juga pergi ke tempat yang betul dan diberi perhatian serta bimbingan yang tepat dalam membantu para pemain muda ini mengembangkan karier masing-masing ke tahap yang tertinggi.

Sejak kebelakangan ini juga, sebenarnya semakin ramai pemain muda yang mencuri perhatian ramai, atas aksi dan persembahan mantap yang mereka tunjukkan sejak usia belasan tahun.

Trent Alexander Arnold, Phil Foden, Mason Greenwood, Mason Mount dan duo terhebat dunia, Kylian Mbappe dan Erling Haaland juga berjaya mencuri perhatian peminat sejak usia belasan tahun.

Mereka berjaya mempertahankan aksi persembahan yang mantap, bahkan menunjukkan kematangan dalam aksi mereka sehingga ke hari ini.

Erling Haaland dan Kylian Mbappe bahkan dianggap sebagai calon pengganti Messi dan Ronaldo untuk mendominasi pentas dunia bola sepak di masa hadapan.

Satu hal yang pasti, dalam dunia bola sepak hari ini, sebenarnya masih ramai lagi pemain remaja di usia 18 tahun ke bawah, yang handal dan dianggap berpotensi untuk jadi yang terhebat di dunia.

Kesemua mereka jelas sekali bakal menjadi prospek masa hadapan yang cemerlang dan bakal mendominasi pentas dunia bola sepak.

Berikut merupakan lima pemain remaja di bawah usia 18 tahun yang paling bernilai dalam dunia bola sepak hari ini.

1) Pedri (Barcelona) โ€“ โ‚ฌ80 juta

Pedri merupakan antara pemain paling berprestasi sepanjang musim 2020/21, dengan pemain muda Barca itu boleh dianggap seperti robot dengan cara bagaimana kelab dan negaranya menggunakan khidmat beliau.

Beliau menyertai Barcelona dari Las Palmas pada musim panas tahun lalu, dengan Pedri pada ketika ini dianggap jelmaan semula legenda Xavi dan Iniesta.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mempunyai vision, kreativiti dan kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.

Sejak awal kemunculannya bersama skuad utama Barca, Pedri telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

Beliau turut dinobatkan sebagai pemain muda terbaik ketika beraksi untuk skuad kebangsaan Sepanyol dalam saingan Euro 2020.

Melihat kepada kemampuan dan persembahan hebat Pedri, Barca baru-baru ini telah mengumumkan tentang kontrak barunya..

Pedri menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, dengan Barca turut meletakkan klausa perpindahan memecah rekod bernilai โ‚ฌ1 billion dalam kontraknya.

2) Jude Bellingham (Borussia Dortmund) โ€“ โ‚ฌ70 juta

Pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham dianggap pemain yang sangat berbakat, bahkan ramai yang tidak percaya yang beliau baru berusia 17 tahun ketika beraksi dalam saingan Champions League tahun lalu.

Beliau antara pemain paling berprestasi dalam saingan Champions League pada musim lalu, dan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Sevilla dan Manchester City.

Pada Jun lalu, usia Bellingham baru mencapai 18 tahun dan beliau pada ketika itu sudah mewakili skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020.

Pemain muda berbakat itu telah mula mencuri perhatian peminat sejak dari kariernya bersama Birmingham City dalam saingan EFL Championship.

Beliau merupakan pemain di posisi serangan yang sangat berkesan dan akan sentiasa meninggalkan impak yang sangat positif setiap kali diturunkan beraksi.

Bellingham pada ketika ini sudah menjadi aset terpenting Borussia Dortmund dan tidak keterlaluan untuk katakan yang beliau antara nadi untuk skuad dari saingan Bundesliga itu.

Beliau juga berjaya menarik minat banyak kelab gergasi Eropah yang mahu mendapatkan khidmatnya, dan hanya menunggu masa saja untuk ditandatangani oleh pasukan lain.

3) Florian Wirtz (Bayer Leverkusen) โ€“ โ‚ฌ65 juta

Florian Wirtz merupakan pemain termuda dalam sejarah saingan Bundesliga yang berjaya menjaringkan 10 gol.

Beliau juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah seorang pemain terhebat dalam dunia bola sepak, dan tentunya bakal menjadi pemain rebutan kebanyakan kelab gergasi Eropah.

Florian Wirtz menyertai Bayer Leverkusen dari FC Cologne pada tahun lalu dan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim 2020/21.

Beliau pada musim ini sepertinya semakin berbisa dan menakjubkan dengan bintang berusia 18 tahun itu selain bermain di posisi attacking midfielder, beliau juga boleh bermain di posisi sayap.

Wirtz pada musim ini dilihat sangat menakjubkan dengan beliau sudah berjaya menjaringkan enam gol, dan turut mencatatkan lima assists, hanya dari lapan penampilan sahaja dalam semua pertandingan.

Beliau jugalah antara sebab mengapa Bayer Leverkusen mampu mengutip mata yang sama dengan Bayern Munich dalam saingan Bundesliga pada ketika ini.

Wirtz sudah melakukan empat penampilan bersama skuad senior Jerman, dan melihat kepada perjalanan kariernya pada ketika ini, tidak diragukan lagi yang beliau bakal menjadi prospek masa hadapan yang sungguh menakjubkan dalam dunia bola sepak.

4) Ansu Fati (Barcelona) โ€“ โ‚ฌ60 juta

Disamping segala masalah yang dihadapi oleh Barcelona, baik dalam mahupun luar padang, mereka masih tetap boleh berbangga dengan satu hal.

Barca merupakan antara kelab yang paling banyak melahirkan pemain muda berbakat pada hari ini, dengan Ansu Fati antara pemain berusia 18 tahun yang telah mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Produk akademi kelab itu telah mempamerkan persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang awal musim 2020/21 sebelum beliau terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Selepas hampir separuh musim menjalani rawatan, Ansu Fati akhirnya kembali beraksi untuk Barcelona dan menariknya lagi, persembahan beliau sama sekali tidak terjejas.

Barcelona sepertinya akan terus melindungi prospek masa hadapan mereka itu, dengan mereka memasukkan klausa perlepasan bernilai โ‚ฌ1 billion dalam kontraknya.

Pada musim 2020/21, Ansu Fati berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan empat assists dari 10 penampilan dalam semua pertandingan untuk skuad kendalian Ronald Koeman.

5) Eduardo Camavinga (Real Madrid) โ€“ โ‚ฌ55 juta

Eduardo Camavinga pada ketika ini baru berusia 18 tahun dan beliau telah berjaya mencuri perhatian begitu banyak kelab gergasi di benua Eropah ketika usianya baru 17 tahun.

Bekas bintang Stade Rennais itu melakukan debut bersama skuad kebangsaan Perancis ketika beliau baru berusia 17 tahun, sembilan bulan dan 29 hari.

Camavinga merupakan pemain yang bermain di posisi holding midfielder dengan beliau mempunyai kemampuan serta teknik permainan yang cukup menakjubkan.

Beliau juga mempunyai kebijaksanaan dalam membaca perlawanan yang sangat mengagumkan dan di usia yang muda, beliau sudah berjaya mengawal tempo permainan dengan sangat cemerlang.

Camavinga telah ditandatangani oleh Real Madrid pada musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai โ‚ฌ31 juta.

Pemain muda itu dilihat sebagai prospek masa hadapan kelab, dan beliau jelas sekali akan digunakan sebagai calon pengganti Casemiro.

Camavinga memberikan gaya permainan yang lebih dinamik untuk jentera tengah Real Madrid dan beliau dijangka bakal menjadi bintang utama kelab di masa hadapan.

Sumber: Sportskeeda

BACA:ย  Morten Gamst Pedersen Jaring Dua Gol Sepakan Percuma Jahat Yang Jauh Amat