Lima Sebab Kenapa England Bakal Menjadi Juara EURO 2020

England tampak goyah di kejohanan EURO 2020 walaupun berada dalam kumpulan D yang biasa-biasa sahaja serta dihuni oleh pasukan seperti Croatia, Republic Czech dan Scotland.

England dikatakan berada dalam laluan sukar kerana tidak dapat mengelak untuk bertemu salah satu pasukan gergasi di pusingan 16 terbaik.

Perancis atau Portugal atau Jerman bakal menunggu England dan akhirnya Jerman yang tidak konsisten yang bernasib baik dapat layak menjadi lawan England.

Lawan England selepas menewaskan Jerman adalah sayur-sayuran dan kekacang sahaja. Ukraine atau Sweden di suku akhir dan Republic Czech atau Denmark di separuh akhir.

Mungkin lawan England di final adalah Belgium atau Itali atau Perancis atau juga Sepanyol.

Tiada siapa yang nampak potensi England yang sememangnya menjadi kiblat bola sepak Malaysia bakal menjulang EURO 2020 ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa England tidak mampu beraksi cemerlang di kejohanan besar.

Bermula dari skuad generasi Emas mereka, perak dan gangsa semuanya gagal dengan cemerlang dan serba tidak menjadi. Kini dengan pasukan yang dibarisi pemain muda dan entah siapa-siapa England dipandang sepi.

Namun kejayaan England menghapuskan badi dipenentuan sepakan penalti di Piala Dunia 2018, Rusia menjadi titik tolak tambah bahagi darab England disebut-sebut sebagai calon juara

England gagal memenangi sebarang perlawanan di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 2006 dan menamatkan rentetan kekalahan itu dengan menewaskan Colombia pada 2018.

England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 sebelum terciduk di kaki Croatia dan kemudiannya tewas kepada Belgium di penentuan tempat ketiga dan keempat.

Piala Dunia 2006 โ€“ Tersingkir di pusingan kalah mati.

EURO 2008 โ€“ Gagal layak.

Piala Dunia 2010 โ€“ Tersingkir di pusingan 16 terbaik kepada Jerman.

EURO 2012 โ€“ Kalah sepakan penalti kepada Italy.

Piala Dunia 2014 โ€“ Persembahan terburuk England di Piala Dunia, pulang awal selepas gagal melepasi peringkat kumpulan.

EURO 2016 โ€“ Kekalahan memalukan kepada pendatang baru Iceland.

Piala Dunia 2018 โ€“ Separuh akhir (tempat keempat)

EURO 2020 โ€“ Juara

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu imanmu doaku buat England. Begitulah England cuba bangkit dari kegagalan teruk di kejohanan besar dalam tempoh lebih sedekad ini.

Kejayaan England melepasi cabaran Colombia di Piala Dunia 2019 merupakan satu kejayaan yang besar dalam tempoh 13 tahun ini.

Maka ketahuilah semua kenapa England berpotensi bergelar juara.

Kepoweran Harry Kane

Sejak awal kemunculannya bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane tidaklah dipandang tinggi walaupun muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dan dilabel sebagai โ€˜One Season Wonderโ€™ macam Ricky Martin yang popular kerana lagu Piala Dunia 1998.

Namun Kane membuktikan dakwaan mereka bermulut puaka ini salah apabila menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris buat kali kedua berturut-turut dan meneruskan rutin menjaringkan 20 gol semusim hingga kini.

Walaupun gagal mengekalkan kasut emas buat kali ketiga berturut-turut namun jaringan Harry Kane tetap konsisten dan ketajaman penyudahnya itu dibawa bersama ke Piala Dunia 2018 dan bergelar penjaring terbanyak Piala Dunia

Belum membuat sebarang claim dah 6 gol.

Semasa EURO 2016 Kane dikritik kerana gagal menjaringkan sebarang gol dan perkara ini menjadi penanda aras bahawa Kane akan mengulangi sejarah itu. Namun Kane telah menjaringkan 6 gol dalam 3 perlawanan Piala Dunia 2018. Benar! 6 gol dalam 3 perlawanan.

Kegarangan Harry Kane di Rusia seakan tidak dapat dihentikan lagi. 6 gol yang terhasil adalah dari 6 percubaan.

Di EURO 2020 sekali lagi Harry Kane mengulangi prestasi di EURO 2016 apabila gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan tetapi itu semua hanya lakonan Harry Kane yang sengaja jadi bodoh-bodoh sahaja.

Kane pasti akan mencipta kejutan dengan meledak 6 gol dalam perlawanan menentang Jerman. Kau tunggu jela.

Kehadiran Phillips = Pirlo, Kaka dan Gattuso

Kehadiran Kalvin Phillips yang dikatakan gabungan pemain legenda seperti Andrea Pirlo ketika membuat hantaran, menggelecek umpama Kaka dan keras bertahan bak Genaro Gattuso akan membawa England pergi jauh.

Gandingan Kalvin Phillips yang sudah lama mendapat jolokan Yorkshire Pirlo dan Declan Rice membentuh pivot berganda di tengah padang mapan melindungi bahagian pertahanan.

Gareth Southgate telah mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan senarai pemain kesebelasan utama yang sangat tidak kena dengan tekak peminat yang jauh lebih pandai.

Barisan pemain yang dibariskan oleh Southgate jelas menunjukkan England bakal bermain dengan lebih bertahan di mana Kalvin Phillips dan Declan Rice bermain di belakang Mason Mount.

Phillips mendedahkan bahawa beliau telah dilatih bermain sebagai centre-back dan juga deep-lying playmaker bagi menghadapi musim 2018/19.

Kemudian Bielsa telah menggunakan Phillips sebagai pemain tengah bertahan dan juga boleh menjadi deep-lying defensive midfielder.

Tidak cukup dengan itu, Bielsa juga meletakkan Phillips sebagai centre-back apabila Leeds United bermain dengan tiga pertahanan.

Phillips terkenal dengan dengan hantaran pendek yang tepat dan mampu melambungkan bola ke mana sahaja dengan tepat kepada rakan asalkan masih di dalam padang.

Kelebihan Sebagai Tuan Rumah

Konsep kelebihan sebagai tuan rumah tampak tidak boleh diguna pakai selepas wabak melanda dunia di mana semua sukan termasuk bola sepak dimainkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Walaubagaimana pun salah satu kelebihan England di EURO 2020 adalah sebagai tuan rumah bersama kejohanan di mana para penonton kini dibenarkan kembali ke stadium.

Hanya di Hungary sahaja yang juga merupakan tuan rumah bersama membenarkan penonton hadir dengan kapasiti penuh berbanding venue perlawanan yang lain.

Manakala 10 daripada 11 bandar yang menjadi tuan rumah hanya membenarkan sekurang-kurangnya 25 peratus kapasiti stadium untuk dihadiri penonton.

Secara teknikal, Stadium Wembley bukanlah โ€˜homeโ€™ yang asli bagi England tetapi Wembley menjadi salah satu stadium paling kerap digunakan.

England bermain di Home untuk semua perlawanan peringkat kumpulan, dua perlawanan peringkat 16 terbaik, kedua-dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

England yang sudah pasti juara hanya akan bermain di stadium lain hanya untuk perlawanan suku akhir sahaja dan pasti ini akan menjadi suntikan moral buat mereka bermain dihadapan penyokong sendiri secara majoritinya.

Pertahanan Yang Mengagumkan

Tanpa kehadiran pemain right-back terbaik dunia, Trent Alexander Arnold yang tercedera, England tidak mempunyai masalah dan mempunyai banyak lagi pilihan di posisi yang sama.

Dengan pemain pertahanan tengah Harry Maguire yang turut dibawa walaupun masih tidak cergas, Gareth Southgate masih mempunyai John Stone dan Tyrone Mings.

Selain itu Gareth Southgate mempunyai Ben Chilwell dan Reece James yang berada dalam prestasi tertinggi selepas membantu Chelsea menjuarai Champions League.

Luke Shaw dan Kieran Trippier yang kini juga dalam prestasi terbaik mereka pula antara pilihan pemain yang boleh digunakan Southgate.

Pemain veteran Kyle Walker masih mampu memberikan impak dan boleh diguna pakai tanpa rasa melekit.

Sekumpulan pemain pertahanan yang hebat ini pula dilindungi oleh pemain yang berbisa di hadapan mereka, Kavin Phillips dan Declan Rice.

Pemain Serangan Yang Pelbagai

Permainan bola lambung, jauh atau gelembung buaya tiada lagi dalam kamus pasukan England di bawah bimbingan Gareth Southgate yang menerapkan cara permainan moden.

Hantaran pendek dan memulakan gerakan daripada bawah seperti kebanyakkan pasukan hari ini menjadi asas permainan England yang telah meningkatkan permainan England.

Sudah pasti Harry Kane yang terbukti tajam mengepalai jentera serangan England dan disokong oleh beberapa orang pemain lain untuk mencorakkan serangan.

Jika England berdepan dengan pasukan yang bermain secara possesion maka Marcus Rashford, Jadon Sancho, Phil Foden dan Raheem Sterling boleh digunakan untuk permainan yang laju dan mampu melakukan fast break.

Bertemu pasukan yang masih bertahan dengan ke dalam kelincahan dan kreativiti Jack Grealish mampu memberikan sesuatu atau sekurang-kurangnya mendapatkan bola mati.

Pemain seperti Luke Shaw, Kieran Trippier, Reece James juga mampu menjana serangan daripada sisi masing-masing dan tidak dilupa kepada Kalvin Phillips yang mempu menjadi Kaka dan Pirlo.

Inilah faktor terbesar yang ramai tidak tahu dan jika tahu menerima tidak dapat menerima hakikat bahawa Liverpool power this is our year! merupakan kelab bola sepak paling hebat di muka bumi tiada dua hanyalah satu kau yang kucintai.

Kebangkitan kembali Liverpool ke pentas Eropah selepas hampir sedekad seiring dengan kebangkitan England di pentas. Jika England adalah kiblat bola sepak Malaysia maka ketahuilah bahawa Liverpool adalah kiblat bola sepak Dunia.

Punca

Selepas Piala Dunia 2018, Liverpool telah menjadi juara, Champions League, UEFA Super League. FIFA Club World Cup dan juga Premier League.

Hanya iri hati dan hasad dengki menafikan hakikat ini. Tidak perlu ulas panjang dan penerangan panjang lebar mengenai faktor ini kerana Liverpool adalah power.

BACA:ย  Alasan Lucu Southgate Tidak Turunkan Foden Membuatkan Penyokong England Bengang