Liverpool Akan Lepaskan Dua Pemain Seandainya Diaz Ke Anfield Bulan Ini

Liverpool dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melepaskan Divock Origi dan Takumi Minamino selepas mereka berjaya melengkapkan perpindahan pemain sayap Porto, Luis Diaz.

Liverpool sepertinya sudah hampir pasti untuk menyailang Diaz dari Tottenham Hotspur dalam masa terdekat ini dengan mereka kini sudah mendapat kata sepakat dari kedua-dua pihak.

Sky Sports News mendakwa yang Liverpool telah menawarkan £45 juta kepada Porto untuk mendapatkan Luis Diaz yang kini sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Porto.

Gergasi Merseyside itu dilaporkan telah menghantar rombongan ke Amerika Selatan untuk berusaha dan melengkapkan rundingan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Liverpool berkemungkinan akan melepaskan beberapa pemain mereka dalam masa terdekat ini terutama sekali selepas mereka berjaya melengkapkan perpindahan Diaz ke Anfield.

Menurut sumber laporan The Athletic, Liverpool berkemungkinan akan membenarkan kedua-dua Origi dan Minamino untuk pergi meninggalkan kelab jika ada tawaran baik dalam masa terdekat ini.

Leeds United dan Monaco dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan Minamino dengan bintang Jepun itu sepertinya sukar untuk mendapat minit permainan mencukupi di Anfield.

Sejak dari awal beliau ditandatangani dari Red Bull Salzburg, Minamino sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama Liverpool.

Minamino menghabiskan suku kedua musim lalu sebagai pemain pinjaman bersama Southampton dan sepanjang musim ini beliau masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool dalam saingan Premier League.

Liverpool dilaporkan akan sanggup melepaskan pemain kebangsaan Jepun itu seandainya ada kelab yang sanggup menawarkan £20 juta kepada mereka.

Origi sementara itu telah menarik minat kelab dari Premier League, Newcastle United dan gergasi Itali, Atalanta.

Pemain kebangsaan Belgium itu sudah berjaya menjaringkan 40 gol dari 167 penampilan bersama Liverpool, termasuk gol kemenangan ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Kontrak asal beliau akan tamat pada musim panas nanti, namun dek kerana ada klausa dalam kontraknya, Origi bakal kekal di Anfield selama satu tahun lagi seandainya beliau beraksi beberapa perlawanan (bergantung pada kontrak) sepanjang musim ini.

Menurut The Athletic juga, Liverpool turut akan mencari dana tambahan dengan melepaskan Nat Phillips dan Rhys Williams dalam masa terdekat ini.

Liverpool telah menolak tawaran bernilai £7 juta dari Watford untuk mendapatkan pemain pertahanan mereka itu, dengan The Reds mahukan £15 juta untuk melepaskan pemain pertahanan berusia 24 tahun itu.

Penyokong Liverpool teruja melihat Diaz mengayam-ayamkan Fred

Para penyokong Liverpool pada ketika ini sedang benar-benar teruja dengan bakal pemain baru, Luis Diaz yang berkemungkinan akan ditandatangani dalam masa terdekat ini.

Liverpool sepertinya akan melengkapkan penandatanganan Luis Diaz dari Porto dalam masa terdekat ini dengan kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan masing-masing.

The Reds berjaya sailang bidaan dari Tottenham Hotspur dan kini sedang mendahului pencabar lain untuk menandatangani pemain kebangsaan Colombia itu.

Menurut sumber laporan dari Sky Sports News, Liverpool dikatakan sudah menawarkan bidaan bernilai £45 juta untuk Luis Diaz.

Diaz merupakan pemain terpenting Porto dengan beliau berjaya menjaringkan 16 gol dari 28 penampilan untuk pendahulu saingan liga Portugal itu pada musim ini.

Gergasi Merseyside itu dilaporkan telah menghantar wakil ke Amerika Selatan untuk mencuba melengkapkan rundingan tersebut sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Diaz dijangka akan turun beraksi untuk Colombia dalam aksi bertemu Peru sebelum turun bertemu Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Beliau sebelum ini sudah berjaya mencuri perhatian dunia ketika sedang beraksi di pentas antarabangsa.

Pemain sayap Porto itu tukar pada tahun 2021 yang lalu selepas beliau memalukan bintang kesayangan Manchester United, Fred dengan skill yang sungguh menakjubkan ketika aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Brazil.

Dalam video klip tersebut, Diaz dilihat mengawal bola dari pemain pertahanan Paris Saint Germain, Marquinhos di sudut tepi padang, sebelum melakukan flick melepaskan diri dari kawalan Fred.

Selepas berjaya melepasi Fred beliau kemudiannya menambah garam pada luka di hati Fred dengan melakukan no-look pass mencari rakan sepasukannya.

Para penyokong Liverpool sangat berharap agar bintang berusia 25 tahun itu akan memberikan impak yang sama seandainya beliau melengkapkan perpindahannya ke Anfield dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan dari Sky Sports News, Diaz lebih berminat untuk sertai Liverpool berbanding Tottenham Hotspur yang lebih terdesak mahukan khidmatnya.

Spurs sudah memulakan rundingan untuk menandatangani Diaz pada minggu ini, dengan skuad kendalian Antonio Conte itu sanggup membayar £46 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, Tottenham Hotspur pada ketika ini mungkin perlu mengalihkan perhatian mereka untuk mencari pemain sasaran yang lain kerana Dias sudah memutuskan untuk ke Anfield.

BACA:  Takumi Minamino Dan Divock Origi Pamer Aksi Persembahan Luar Biasa Menakjubkan