Liverpool Akan Mendapatkan Timo Wener Kemudian Meminjamkan Semula Kepada Leipzig

Timo Werner kini merupakan salah satu pemain prospek paling hangat dan diburu semua pasukan gergasi seluruh dunia.

Penyerang RB Leipzig ini telah mempamerkan aksi yang sangat menakjubkan sepanjang musim 2019/20, dari 25 perlawanan Bundesliga, beliau telah mencipta tujuh assist dan mencetak 21 gol.

Werner juga telah berjaya menjaringkan empat gol dari tujuh perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara.

Beliau telah berjaya membantu Leipzig mara ke pusingan 16 terbaik dan menjadi penjaring tunggal ketika menewaskan Tottenham 0-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 lalu.

Tetapi walaupun pasukan Leipzig kini sedang berada di kemuncak prestasi mereka diperingkat Eropah, Werner kemungkinan akan meninggalkan pasukan German itu lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Liverpool dilihat pasukan yang paling kerap dikaitkan dengan pemain berusia 24 tahun ini. Werner kelihatannya adalah pemain paling sesuai dengan sistem serangan The Reds.

Klopp sangat memerlukan pemain seperti Werner sebagai langkah persediaan menghadapi musim baru 2020/21 nanti.

Bild sekali lagi melaporkan bahawa Liverpool kini terdesak untuk mengikat kesepakatan menandatangani Werner dan kali ini The Reds melakukannya dengan menambah perjanjian baru.

Liverpool bersedia untuk menandatangani Werner dan kemudian segera meminjamkan semula pemain itu kepada Leipzig untuk saingan musim hadapan.

Ini adalah langkah berani dari Michael Edwards dan pasukan recruitment di Anfield. Mereka memasukkan perjanjian itu atas dua sebab yang bakal berlaku kepada pasukan bakal pemenang Premier League ini.

Pertama, selepas berjaya mengikat Werner kemudian meminjamkannya dapat membuka laluan untuk pasukan Liverpool menandatangani pemain lain pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain-pemain seperti Jadon Sancho, Kai Havertz dan Kylian Mbappe adalah pemain berprofil tinggi yang sering dikaitkan dengan Liverpool sejak kebelakangan ini.

Kedua, penangguhan kedatangan Werner adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Liverpool akan kehilangan salah satu dari tiga pemain penyerang mereka seperti Firmino, Mane dan Mo Salah.

Mo Salah adalah pemain yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan sekiranya hal itu berlaku,Liverpool sudah ada beberapa pemain sebagai pengganti dan kehadiran Werner bakal membantu.

Mane dan Firmino juga menjadi pemain yang diburu oleh pasukan gergasi Eropah yang lain jadi tindakan Michael Edwards mengikat Werner untuk persediaan kepada sebarang kemungkinan berlaku itu adalah langkah yang bijak.

BACA:  RB Leipzig Nafi Ada Berunding Dengan Chelsea Berkait Perpindahan Timo Werner