Liverpool Tak Akan Ada Masalah Andai Mereka Kehilangan Roberto Firmino

Walaupun terdapat banyak khabar angin yang menyatakan bahawa Roberto Firmino akan kekal bersama Liverpool pada musim panas ini, Danny Mills mencadangkan supaya The Reds menjual sahaja pemain berusia 30 tahun itu.

Bercakap kepada talkSPORT pada awal minggu ini, Danny Mills telah bercakap tentang bagaimana kedudukan Liverpool seandainya Roberto Firmino memilih untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Mills mendakwa Liverpool tidak akan merasa kehilangan seandainya mereka kehilangan pemain penyerang kebangsaan Brazil itu.

“Ia bukan satu kehilangan yang besar, betul kan? Itu memang masuk akal kan?”

“Ketika kamu lihat kepada pemain yang mereka ada, mereka baru sahaja membeli jelas sekali Darwin Nunez, mereka ada Diogo Jota juga, kamu sudah ada back up yang mencukupi untuk cover bahagian itu.”

“Secara logiknya, berapa banyak perlawanan yang Firmino akan turun dalam kesebelasan utama tahun ini? Tak ramai boleh jawab. Beberapa perlawanan dalam Cup competition.”

Laporan terbaru dari pelbagai sumber turut menyindir Liverpool kerana tidak bersedia untuk menjual pemain kebangsaan Brazil itu.

Juventus walau bagaimanapun dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain penyerang itu dengan mereka dilaporkan sudah membuat tawaran bernilai €23 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaupun hanya mempunyai baki kontrak selama setahun sahaja, ramai yang percaya Liverpool berkemungkinan tidak mungkin akan menawarkan kontrak baru kepada Roberto Firmino.

Firmino mungkin hanya boleh menjadi back up sahaja kepada skuad sedia ada Liverpool, dan beliau akan sangat berguna seandainya pemain utama gagal untuk melakukan sesuatu.

Darwin Nunez sudah tentu sangat diharapkan untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dengan beliau dijangka akan memimpin jentera serangan Liverpool pada musim baharu nanti.

Bintang Uruguay itu ditandatangani sebagai calon pengganti untuk menggantikan Sadio Mane sebagai pemain penyerang utama The Reds.

Sadio Mane telah meninggalkan Liverpool pada awal jendela perpindahan musim panas ini dibuka dengan beliau memilih untuk meneruskan kariernya beraksi bersama Bayern Munich.

Mane pada musim lalu lebih kerap bermain di bahagian penyerang tengah dan tempat itu sebenarnya dimainkan oleh Roberto Firmino.

Skuad Liverpool pada ketika ini sedang berada di Austria untuk menjalani aksi perlawanan persahabatan mereka pada pra musim ini.

Para pemain menjalani latihan bersama-sama dengan baru-baru ini tular video yang menunjukkan bagaimana mesranya Mo Salah bergurau bersama Jones di padang latihan.

“Saya ‘Bunuh’ Kamu”- Gurauan Salah Dan Jones Mencuri Perhatian Peminat

Mo Salah dan Curtis Jones sempat bergurau mesra selepas mereka tamat menjalani sesi latihan bersama skuad Liverpool di Austria baru-baru ini.

Gurauan mereka itu telah mencuri perhatian peminat yang terhibur dengan kata-kata yang keluar dari mulut kedua-dua mereka itu.

Kedua-dua pemain itu bergurau tentang dedikasi mereka terhadap kelab, dengan Jones terlebih dahulu menyakat Mo Salah dengan menganggap bintang Mesir itu malas berlari.

Mo Salah kemudiannya membalas dengan menyatakan yang beliau sudah ‘membunuh’ pemain muda itu ketika sesi latihan tersebut.

“Mo, mari sini! Rakam Mo.”

Jelas Jones sambil menyuruh kameramen merakam Mohamed Salah.

Mo Salah kemudiannya menjawab:

“Saya dah ‘bunuh’ dia, saya ‘bunuh’ dia hari ini.”

“Ya kamu berjaya, tapi kemudian dalam perlawanan saya lebih banyak berlari dari dia, ia langsung tak masuk akal.”

Jelas pemain kebangsaan England itu.

“Saya berlari di atas lebih banyak berbanding sesiapa sahaja.”

Jawab Mo Salah lagi.

“Ya, tapi itu langsung tak masuk akal, jika kamu boleh berlari seperti itu di sekitar sini.”

Soal Jones tanda tak mahu menyerah.

“Untuk jaringkan gol kawan, itulah cara bagaimana kamu jaringkan gol!”

Jawab Salah lalu beliau ketawa besar.

Kedua-dua mereka pada ketika ini sedang bersama skuad Liverpool untuk aksi pra musim mereka di Austria dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu RB Salzburg.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu melalui aksi pra musim mereka dengan agak baik selepas mencatatkan satu kekalahan dan dua kemenangan.

Liverpool mencatatkan kekalahan 4-0 bertemu Manchester United dan ia merupakan satu hal yang sukar untuk diterima oleh para penyokong The Reds.

Liverpool kemudiannya berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Crystal Palace dan ia permulaan yang baik untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Mereka kemudiannya mencatatkan kemenangan besar 5-0 menewaskan RB Leipzig dan kemenangan itu membangkitkan semula keyakinan para peminat terhadap skuad Liverpool.

Walau bagaimanapun, Jurgen Klopp merasakan yang skuadnya masih tidak berada di tahap seperti yang beliau harapkan dan beliau bakal berusaha untuk mengubah hal tersebut.

“Kami bahkan langsung tak mencapai tahap yang kami mahukan, terutama dari segi fizikal. Kami perlu capai tahap itu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champions League 2020/21: Real Madrid 3-1 Liverpool