Liverpool Temui Calon Terbaik Untuk Menggantikan Sadio Mane

Liverpool berjaya mengakhiri saingan musim ini dengan memenangi 2 piala, FA Cup dan Carabao Cup dan ia boleh lah dianggap sebagai pencapaian yang sangat membanggakan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

The Reds pada awalnya berpotensi untuk memenangi gelaran quadruple pada musim ini, dengan mereka sudah memenangi dua piala domestik dan turut berpotensi untuk memenangi gelaran Premier League serta Champions League.

Liverpool walau bagaimanapun gagal untuk memenangi gelaran quadruple selepas Man City cemerlang melakukan comeback yang sangat dasyat untuk menewaskan Aston Villa dalam aksi terakhir saingan Premier League, seterusnya menobatkan mereka sebagai penakluk Liga Perdana Inggeris.

Satu mata memisahkan antara Liverpool dengan Manchester City dan jelas sekali kem The Reds sangat kecewa kerana mereka sebenarnya sudah sangat hampir untuk menjulang gelaran Premier League kedua mereka di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Selepas gagal untuk memenangi gelaran Premier League, anak-anak buah Jurgen Klopp itu bertekad mahu berusaha untuk memenangi gelaran Champions League.

Malang untuk kem Liverpool, mereka sekali lagi gagal untuk menewaskan Real Madrid di pentas perlawanan akhir, seterusnya menyebabkan mereka terlepas gelaran Champions League musim ini.

Liverpool jelas sekali telah melalui musim yang sangat cemerlang pada musim ini dengan mereka berjaya menjuarai dua piala dari empat kejohanan yang mereka sertai.

Liverpool bakal kehilangan Sadio Mane

Sadio Mane telah mendedahkan hasratnya kepada umum yang beliau akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

Selepas berjaya membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan seperti Champions League, Premier League, Super Cup, FIFA Club World Cup, FA Cup dan Carabao Cup, karier Mane di Anfield sepertinya telah sampai ke penghujungnya.

Sadio Mane menyatakan dia membuka telefon Nokia Ngage miliknya dan melihat 60% – 70% rakyat Senegal mahu dia meninggalkan Liverpool.

Mane berkata, dia pun sudah sedia untuk menuruti suara ramai rakyat negaranya. Cuma perkara itu bukan boleh dibuat terburu buru.

“Macam korang juga aku pun selalu tengok media sosial ni semua dan aku pun ada baca la komen komen korang, huhu.”

https://twitter.com/AnfieldEdition/status/1532867067950600197?t=KaiceuvU69Enr3sMkmiCVA&s=19

“Bukankah dalam 60% hingga 70% rayot Senegal nak tengok aku tinggalkan Liverpool? Tak gitu?”

“Huhu”

“Aku akan tunaikan apa yang diorang mahukan. Kita tengoklah nanti ye. Jangan terbulu bulu, ehh tersasul terburu buru, kita akan sama sama tengok nanti.”

“Apa yang bakal berlaku akan jadi jawapan.”

“Huhu.”

Bayern Munich dikatakan bakal menjadi destinasi pilihan Sadio Mane selepas ini dengan gergasi Bundesliga itu sememangnya terdesak mahu mendapatkan bintang Senegal itu sebagai pengganti kepada Lewandowski.

Liverpool nampak Darwin Nunez calon terbaik untuk gantikan Mane

Liverpool percaya Darwin Nunez merupakan calon terbaik untuk mereka tandatangani sebagai pengganti kepada Sadio Mane.

Manchester United merupakan antara pasukan yang sedang berjuang habis-habisan dalam usaha mereka untuk mendapatkan bintang Benfica itu pada ketika ini.

Nunez tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dan kerana itulah banyak kelab gergasi lain yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Bintang Uruguay itu pada musim ini berjaya menjaringkan 34 gol dari 41 penampilan dalam semua pertandingan.

Dalam saingan Premier League, beliau berjaya menjaringkan enam gol dari sembilan perlawanan termasuklah ketika bertemu Liverpool diperingkat suku akhir.

Assistant Sporting Director Liverpool, Julian Ward menganggap Darwin Nunez merupakan pemain yang sangat sesuai dengan sistem kendalian Jurgen Klopp dan kerana itulah beliau mendesak pihak kelab untuk mendapatkan bintang Benfica itu.

Nunez ketika ini masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Benfica dan dek kerana itu, agak sukar sebenarnya untuk beliau dilepaskan dengan harga yang rendah.

Liverpool dan Man Utd merupakan dua pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan pemain kebangsaan Uruguay itu, dan jika dilihat dari segi kemampuan, setan merah jelas sekali tiada masalah mahu mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sikap Terpuji Minamino Dan Reaksi Pemain Muslim Liverpool Ketika "Pesta Champagne" Dipuji Peminat