Logo Terbaru Pada Jersi PSG Dianggap Jawapan Kepada Perdebatan ‘GOAT’ Dalam Bola Sepak

Paris Saint Germain telah mendapat tajaan baru dari GOAT dan ia secara tak langsung mencuri perhatian peminat berkait status Messi sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Tular di media sosial gambar Messi memakai jersi terbaru PSG dengan tulisan GOAT di lengan beliau menjadi topik perbualan hangat para peminat.

Juara saingan Ligue 1 itu mendedahkan jersi home mereka untuk musim 2022/23, dengan jersi mereka menunjukkan jalur putih menegak di bahagian tengah, dan turut mempunyai garisan merah pada jersi tersebut.

Bintang seperti Kylian Mbappe, Achraf Hakimi, Marquinhos, Presnel Kimpembe dan Marco Verratti turut hadir ketika sesi mempromosikan jersi tersebut.

Antara yang paling mencuri tumpuan ketika sesi pelancaran jersi tersebut sudah tentu pemain yang sudah memenangi tujuh gelaran Ballon d’Or sepanjang kariernya, Lionel Messi.

Lionel Messi pada ketika ini sedang bersedia untuk memasuki musim kedua beliau sebagai pemain Paris Saint Germain, dan sudah tentu ramai berharap beliau bakal melalui kempen yang lebih baik berbanding musim sebelum ini.

Nama Messi semakin disebut-sebut selepas melihat tulisan yang tertera pada jersi terbaru PSG, dengan ia seolah-olah sangat sesuai untuk bintang Argentina itu.

GOAT merupakan pemasar kasut yang dibina pada tahun 2015 lalu dengan mereka turut membawa tag “Pasaran Global sejak dahulu, kini dan masa hadapan.”

Syarikat tersebut kini secara rasminya telah menjadi rakan kongsi Paris Saint Germain sejak April lalu.

Dan GOAT bakal menjadi rakan penaja rasmi PSG pada awal Julai ini dan logo mereka akan tertera pada lengan jersi rasmi, jersi latihan dan beberapa pakaian rasmi kelab.

Logo itu dilihat sangat sesuai dengan pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu, apa lagi selepas memikirkan status Messi yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

“Tulisan itu secara tak langsung mengakhiri perdebatan siapa pemain terhebat sepanjang zaman.”

“Messi akan bawa nama GOAT itu setiap kali beliau bermain selepas ini, apa lagi yang boleh menafikan hak dia untuk dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman?”

“Kebetulan apakah ini? Ia seolah-olah informasi tepat yang PSG sampaikan menerusi jersi mereka.”

“PSG betul-betul menjaga status Messi dengan mereka meletakkan nama gelaran dia pada jersi dan akan dipakai oleh semua pemain.”

60 peratus dari 1 juta hasil pendapatan PSG menjual jersi pada musim lalu sebenarnya datang dari Lionel Messi sendiri.

Pihak kelab turut menerima 10 rakan penaja baru dengan mereka bakal mengaut keuntungan sekitar £600 juta selepas kehadiran bintang Argentina itu.

Melihat kepada hal itu, maka tidak hairanlah mengapa GOAT memilih untuk bekerjasama dengan PSG.

Sudah tentu mereka mahu mencari publisiti dengan melihat logo GOAT itu dipakai oleh Messi.

Pada tahun 2018 yang lalu, Messi telah terlibat dengan satu photoshoots yang dianggap terbaik sepanjang zaman, dengan beliau bergambar bersama kambing sebenar untuk majalah.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi cover majalah tersebut pada Jun lalu dan gambar tersebut diambil oleh Carles Carab.

Messi sepanjang kariernya beliau berjaya menjaringkan 769 gol dan turut mencatatkan 331 assists untuk kelab dan negara.

Musim pertama beliau bersama PSG dianggap sebagai musim yang sangat mengecewakan untuk beliau sendiri dengan beliau hanya mampu menjaringkan enam gol sahaja dalam saingan Ligue 1.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi percaya yang Lionel Messi bakal berjaya untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya pada musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gerakan Solo Messi Ketika Bertemu Colombia Membuktikan Kemampuan Fizikal Beliau Sungguh Menakjubkan