Lionel Messi Sepatutnya Malu Pamer Aksi Hambar Bersama PSG

Usaha dan persembahan Lionel Messi bersama Paris Saint Germain telah dipertikaikan oleh bekas pemain midfield Belanda, Rafael Van der Vaart yang menganggap bintang Argentina itu sepatutnya malu dengan sumbangan beliau.

Van der Vaart mengeluarkan kenyataan yang menghentam teruk pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu kerana aksi hambar yang dipamerkan bersama Paris Saint Germain pada ketika ini.

Messi bergelut dengan masalah prestasi ketika beraksi bersama PSG sejak beliau ditandatangani dari Barcelona pada musim panas lalu.

Walaupun Paris Saint Germain sedang mendahului saingan Ligue 1 pada ketika ini, namun Messi sering dihentam kerana gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Kemarin, ketika aksi kekalahan mereka bertemu Manchester City dalam saingan Champions League, satu-satunya aksi hebat yang Messi persembahkan adalah ketika beliau melakukan nutmeg ke atas Raheem sterling.

Kylian Mbappe berjaya menjaringkan satu-satunya gol untuk PSG dalam perlawanan tersebut, dan selepas tamat perlawanan, ramai peminat yang mula mempertikaikan kemampuan trio serangan Paris Saint Germain itu.

Ramai yang mula meragui trio tersebut akan mampu membimbing Paris Saint Germain untuk memenangi gelaran Eropah pertama mereka pada musim ini.

Dari banyaknya kritikan yang dilemparkan kepada trio tersebut, komen Van der Vaart terhadap Messi yang paling menarik untuk dibincangkan.

Legenda bola sepak Belanda itu menghentam Messi tanpa belas dan turut percaya bekas bintang Barcelona itu sepatutnya malu dengan apa yang beliau lakukan ketika ini.

“Dia boleh berjalan-jalan dekat situ, dan saya fikir, ‘adakah dia tak malu?”

Jelas Van der Vaart kepada siaran TV Belanda, Ziggo Sport.

“Saya mula rasa marah dengan Messi dan ia sangat memalukan kerana pemain seperti itu tidak akan pernah dilahirkan semula.”

“Ia bermula ketika berada di bawah Ronald Koeman (ketika bersama Barcelona). Dia sepertinya malas untuk bermain dan itu adalah satu hal yang tidak betul untuk pemain seperti Messi.”

Messi sebelum ini berjaya menjaringkan tiga gol dari empat perlawanan dalam saingan Champions League bersama Paris Saint Germain sepanjang musim ini.

Beliau gagal untuk menjaringkan gol ketika beraksi bertemu Manchester City, namun tetap berjaya mencatatkan satu assists untuk gol yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe.

Van der Vaart turut menegaskan yang Messi sebenarnya langsung tak berguna kalau dia tidak mencatatkan assists dalam perlawanan tersebut.

Assists tersebut sekadar membuktikan yang beliau ada bermain bersama, namun selain dari itu Van der Vaart merasakan Messi tidak berguna.

“Ia soalan berkait kehendak. Adakah kamu mahu ataupun tidak.”

Jelas bekas pemain midfield Real Madrid itu.

“Jika dia tidak menjaringkan gol atau mencatatkan assists, saya rasa ini perlawanan yang teruk untuk dia. Neymar berbeza, dia lebih berfungsi di atas padang, sama seperti Mbappe.”

Selain menganggap Messi sepatutnya malu, Van der Vaart baru-baru ini turut menghentam Harry Maguire tanpa belas kasihan, dengan menganggap ketua pasukan United itu bermain macam tahi.

Van der Vaart bantai Maguire tanpa belas

Sebelum sepak mula perlawanan antara Manchester United bertemu Villarreal kemarin, bekas pemain midfield Tottenham Hotspur, Rafael Van der Vaart memanfaatkan kesempatan yang ada untuk membantai Harry Maguire.

Sebelum para pemain United mendapatkan semangat baru selepas mencatatkan kemenangan bertemu gergasi La Liga itu, Van der Vaart terlebih dahulu menibai ketua pasukan setan merah itu tanpa rasa belas kasihan.

Legenda Belanda itu sememangnya mempunyai sejarah pernah memaki hamun Maguire sebelum ini, dan menjelang aksi perlawanan penting setan merah dalam saingan Champions League, beliau tidak melepaskan peluang untuk sekali lagi melakukannya.

Setan merah berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 untuk menewaskan Villarreal, seterusnya melayakkan diri mereka beraksi di pusingan kalah mati saingan Champions League musim ini.

Dalam perlawanan itu sendiri, Harry Maguire sepertinya mahu membuktikan kemampuan sebenar beliau selepas mempamerkan aksi dungu dalam beberapa perlawanan terakhir bersama Man United sebelum ini.

Beliau berjaya membantu United mencatatkan clean sheet dalam perlawanan tersebut, dengan Ronaldo dan Sancho muncul sebagai penjaring gol dalam membantu kemenangan 2-0 setan merah itu.

Dalam perlawanan pertama Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat itu, terdapat pelbagai pandangan negatif dari pelbagai pihak terhadap skuad setan merah.

Bahkan, sebelum sepak mula perlawanan lagi, Van der Vaart sudah mula membantai ketua pasukan setan merah itu tanpa belas.

Pertama sekali, beliau menganggap Maguire “benar-benar tahi” dengan menyuarakan hal itu secara langsung di TV, dan kemudiannya beliau terus membantai ketua pasukan setan merah itu tanpa belas.

“Saya banyak bercakap tentang Harry Maguire, saya cuba elakkan diri dari dia. Tapi dia benar-benar tahi. Saya sudah kerap kali katakan ini.”

Jelas legenda berusia 38 tahun itu kepada siaran TV Belanda, Ziggo Sport.

“Saya tak boleh terima yang Man United bayar €90 juta untuk dapatkan dia. Itulah tingginya nilai dia! Di mana yang mereka nilai dia? Kamu boleh cari pemain macam dia dekat mana-mana liga amatur di Netherlands.”

Pemain berusia 28 tahun itu sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim ini, terutama ketika beraksi bersama Manchester United.

Beliau walau bagaimanapun telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Maguire bahkan turut berjaya menjaringkan gol dari dua perlawanan secara berturut-turut untuk skuad The Three Liones, seterusnya memecahkan rekod sebagai pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman untuk England.

Maguire beraksi bersama John Stones sebagai dua centre-back untuk skuad Gareth Southgate, yang mana mereka berjaya layak ke aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020, dan turut berjaya layak beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, persembahan di pentas antarabangsa sama sekali tidak mampu untuk mengubah persepsi Van der Vaart terhadap beliau.

Bekas bintang Premier League itu tidak henti-henti menghina Harry Maguire seolah-olah ada dendam dalam dirinya terhadap bekas bintang Leicester City itu.

Menurut sumber laporan dari talkSPORT, Van der Vaart pada musim panas lalu turut menghentam Harry Maguire dengan menyatakan:

“Saya rasa Maguire setiap kali dia pulang ke rumah, dia akan beritahu isteri dia bahawa: ‘saya sangat tahi dalam bola sepak, tapi saya dapat banyak hasil. Mereka semua percaya saya bagus.’ Saya betul-betul rasa dia begitu, dia ketawakan kita semua.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lihat Bagaimana Dimitri Payet Mengayam-ayamkan Lionel Messi